Thursday, December 31, 2009

Khas dari penang.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Pertama kalinya post ini dibuat khas dari penang.. ;)


Firstly.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan pada Allah yg satu, kerana dengan izin-Nya, aku dikurniakan rezeki yg bagiku cukup indah di sini.. Tiada apa yg boleh aku ungkapkan lagi selain Alhamdulillah, kepada yg selayak-layaknya menerima pujian.. ;))

syukur.. segalanya berjalan lancar.. bertemu dengan orang yg baik2.. housemate yg ceria dan boleh dibawa berbincang.. rakan-rakan sekerja yang amat-amat memahami, helpful dan tidak lokek memberi tunjuk ajar.. walaupun kebanyakan pensyarah-pensyarah di sini sudah berusia, tetapi, masih sporting dan memahami aku yg masih merangkak-rangkak di sini.. ;) Syukur Alhamdulillah...

Hari ni, masuk hari ketiga aku berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. bukan lagi sebagai pelajar.. tetapi sebagai seorang pensyarah Kimia yg bagi aku masih belum layak utk aku digelar sebegitu.. Yang paling menarik, aku berjumpa kembali dengan Cik Asfar (skrg sudah Puan Asfar), pensyarah Kimia aku di kolej matrikulasi Kedah dulu... Kata beliau, sekarang, panggil aje dia Kak Asfar.. hehe.. Dulu, dia sebagai pensyarah aku dan sekarang sudah menjadi rakan sekerja aku di sini.. ;)

Aku..?? herm.. masih juga begini.. kadang-kadang seakan-akan tak percaya yg aku sudah di alam pekerjaan! syukur Alhamdulillah.. di sebalik sedikit kesulitan, rupanya terselit banyak limpahan rezeki yang Allah bagi.. sekali lagi syukur pada-Nya..

Herm.. teringat pula saat aku masuk ke pejabat KMPP utk melapor diri.. Bila aku cakap aku nak melapor diri, pegawai pentadbir tu ulang balik soalan aku, "melapor diri??".. hee.. mungkin dia agak terkejut. kerana waktu itu students pun ramai berkeliaran di depan bangunan itu utk ke cubic pensyarah.. lagipun, ketika berjalan ke pejabat, aku terpaksa berjalan bersama-sama kelompok students yg memang tgh rush nk ke kuliah..

Then, aku bgtau, "Em, sbgai pensyarah.." huhu.. masa tu amat berat skali nk sebut. aku pun xtau kenapa.. aku rasakan mcm belum layak aje utk mengaku.. huhu

Then, dia tersenyum. dan minta surat tawaran kerja dariku.. Then, selesai dia uruskan semuanya, dia ucapkan selamat bertugas pada aku, dan menyuruh seorang pensyarah kimia yg kebetulan lalu kat situ membawa aku ke cubic.. sampai di cubic pensyarah, pensyarah itu yg menggelarkan dirinya Kak Ti, memberitahu dengan agak kuat kepada pensyarah-pensyarah di situ..

"Hari ni kita ada orang baru.. pensyarah baru.. Fresh graduate dari UM.. akan ajar Kimia."

Hee.. ntah la. terasa amat janggal skali.. then kakti menemani aku ke setiap meja pensyarah dan aku bersalam-salaman dengan rakan-rakan sekerja aku yang kebanyakan sudah berusia.. Then, dua orang pensyarah Bio datang dekat aku... sangat ramah dan sporting..

"herm.. Nani.. tudung budak.. cara bawak beg macam budak.. kasut? herm.. kasi tinggi sket.. jalan mcm students.. hai.. nanti kena tukar tau! name tag kena pakai n jgn buang.. kami ingatkan student dah tadi.. hehe"

huhuu... macam budak2 sangatkah aku??? hihiii.. mungkin sedikit kena tukar.. tapi.. herm.. nak tukar apa ye?? xpe lah.. biarlah aku begini~ cewwah!! haha..

Herm.. agak gementar utk memulakan tugas.. sudah mendapat silibus utk matapelajaran Kimia di sini tapi jadual belum ada... mungkin lepas cuti midsem ni kot aku akan start mengajar..

Apa pun.. aku suka dengan suasana di sini.. agak tenang dari kesibukan kota.. blakang rumah ada sawah padi... setiap masa ada angin sepoi sepoi bahasa.. hehe.. sangat tenang dan mendamaikan...

Syukur Alhamdulillah.... Semoga Allah akan sentiasa mengiringi langkah hidupku... Amiinn.. ;))

Sunday, December 27, 2009

Too Fast.

Too fast???
huhu.. sorry memilih bahasa kedua sbgai tajuk utk post kali ini...

sebenarnya...
terlalu banyak yg ingin diluahkan.. terlalu bnyk ingin dikongsikan.. Tentang pengalaman hidup.. kisah2 hidup suka dan duka...

Aku juga hanyalah insan biasa.. terhasilnya coretan dan nukilan ini juga adalah dari segala apa yg dilalui dan dialami oleh diriku sendiri.... Sungguh.. terlalu banyak yg aku lalui... antara keperitan, kesusahan dan juga kesenangan dan kebahagiaan.. semua itu telah bercampur menjadi sebati dalam perjalanan hidup aku yg serba kurang ini...

Aku bukanlah dari keluarga yang amat senang.. ataupun dari keluarga yg amat susah.. Apa yg aku tahu... Aku lebih suka hidup secara sederhana... mungkin nampak secara luarannya, aku hidup dengan bahagia dan sempurna... tetapi hakikatnya tidak... kehidupan aku dan keluargaku juga ada pasang dan surutnya... tak usahlah aku membuka semua cerita di sini.. Aku sedar, susah utk kita mengajak orang lain utk sama-sama faham akan situasiku... Sebab itulah aku lebih suka berahsia tentang segala-galanya.... mungkin hanya seorang dua teman yg rapat sahaja mengetahui... selebihnya.. biarlah aku pendamkan.. aku cuba menghadapinya satu persatu...

Kadang kadang... manusia tersalah tafsir akan tindakan kita... tapi apalah daya kita ingin memuaskan hati semua pihak.. terus terang aku katakan, aku amat tidak gemar orang yg suka merasakan dirinya sempurna... usahlah ditanya kenapa kerana aku pernah bertemu dengan orang sebegini.. terlalu merasakan diri sempurna dan terlalu mengharapkan pandangan yg sempurna dari orang lain... biralah..... mungkin dia memang sempurna.. tapi, ingatlah, tiada yg lebih sempurna melainkan Allah...

kenapa terlintas di fikiran aku utk menulis post sebegini? Entahla.. sejak dapat tawaran kerja, aku mula nampak sinar dalam hidupku.... Alhamdulillah.... Aku rasa diri aku terlalu kerdil di sisi-Nya... DIA tahu segala keperitan yg aku lalui... DIA dengar segala apa yg aku doakan... Ya Allah.. sempurnanya sifatmu.. Aku hanyalah insan yg sentiasa tidak puas dengan nikmat-Mu..

Too fast... sememangnya masa terlalu cepat berlalu... sememangnya, kita kurang kesedaran tentang cepatnya masa berlalu sehinggalah kita rasakan masa seolah-olah terlalu jauh meninggalkan kita... Janganlah kita mengejar masa, kelak kita sendiri akan tersungkur.. jangan juga kita membiarkan masa, kerana kita yg akan rugi.. Tetapi, berjalanlah seiring dengan masa.. kerana itulah yg terbaik buat kita.. masa itu usia... masa itu segala-galanynya.. masa juga perngorbanan.. dan masa juga adalah segala titik permulaan dan pengakhiran...

Aku akhiri post kali ini dengan sedikit kata-kata yang agak memberi inspirasi padaku..

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyum walau hatimu xlagi mampu bertahan..
belajarlah memaafkan walaupun dirimu terluka..
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan..
Berpeganglah pada ALLAH walaupun Dia tidak kelihatan."

Layan.

mengisi masa lapang dengan layan lagu feveret sangat lah syahdu sekali.. hihi ;p

Turutkan hati
Kita menyesali
Andai ku biarkan
Usik perasaan

Aku seperti ombak yang berlari
Enggan menghampiri terbiar ke tepi
Aku ingin kemesraan
Dan senyum keramahan
Sentuhan rindu
Ku ingin selalu

Kisah yang manis bermain di mata ku
Tiada tangis di ketika itu
Ubatilah hati ku usah dibiarkan
Kerinduan ini sering bergelora
Semaikanlah cinta mu dengan benih rindu
Moga lenyap hilanglah segala
Gelora di jiwa

Aku inginkan senyum
Dan keramahan yang berkekalan
Bukan seketika

Gelora kasih permainan rindu
Andai dibiarkan usik perasaan
Gelora kasih menghempas hati
Gelora rindu menyentuh kalbu

=)

Saturday, December 26, 2009

Hari ini.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

xde pe yang nak di post kat sini...
saje ingin mengisi masa lapang.. hee

Alhamdulillah..

Hari ini... rasa tenang sedikit..
2,3 hari lepas, terlalu kalut dan sibuk dengan hal-hal posting..
sampai xde masa nk tenangkan diri..
Baru hari ni rasa sedikit tenang..

Herm.. semoga perjalanan hidup ini berjalan lancar..
sekiranya ada dugaan yg mendatang, semoga DIA selalu ada menunjukkanku jalan...
semoga sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya..
Amiinn.. ;))

Wednesday, December 23, 2009

KMPP. ;)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Alhamdulillah...
segala puji bagi Allah y memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya... ;)

Alhamdulillah.. semalam, aku dapat satu lagi berita baik.. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).. Itulah tempat bermulanya career aku sbgai seorang pendidik...

Sebenarnya, sejak aku dapat result posting yg menyatakan aku di tempatkan di Matrikulasi, aku sudah tidak sabar lagi ingin tahu kolej manakah tempat aku akan ditugaskan.. Memang agak cuak menelefon ke bahagian matrikulasi berpuluh-puluh kali kerana panggilan seolah-olah tidak dilayan..

Sampailah pagi semalam, 24hb 12 2009... aku dapat sms daripada Gee yg bagitau dah bleh kol bhgn sane utk tau result posting.. Aku xdelah rasa excited sgt utk menelefon sbb aku sudah rasa cuak.. dengan santai-santai sambil baring-baring atas katil di bilik umi, aku menelefon nombor tersebut.. banyak kali juga aku call... hampir putus asa, tapi layan je la... kol aje.... smpai lah talian itu berjawab!!

Masa tu aku tetiba rasa berdebar.. sbb aku mcm belum bersedia nk dengar kolej mana.. tapi dah terkol nk buat mcm mana.. hehe.. Then bila pegawai mintak no ic aku, sempat lagi dia gurau-gurau kata no ic aku unik! huhh.. apa-apalah..

Then dia bcakan nama aku dgn ic...
dgn rasa berdebar + cuak, telinga aku meneliti perkataan itu.
"Kimia kan.. Pulau Pinang ye... daftar 30 hb.. awak ditempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang!"

huhuuu.. tetiba lutut rasa ketar dan agak excited memandangkan my best buddy, IZZA jga dah mngjar di Penang Free School.. hee......

Cikgu Izza n Miss Nani.. hee..
(2001)-Tusyen Sir Hashim
(2002-2003)-roomates di MRSM Jeli
(2004)-Kolej Matrikulasi Kedah
(2005-2009)- UPSI & UM- future chemist teacher
(2010-???)- Penang Free School & KMPP


Tapi.. bila diingat balik... keputusan ni memang seperti yg dijangkakan.... Instinct aku kuat mengatakan aku akan dapat Penang.. bila member2 tanya, aku dengan konfidennya gitau aku rasa aku akan ke sebelah utara.. masa pergi holiday ke Penang baru baru ni, hati aku sudah terdetik yang aku akan kembali ke situ.. huhu.. Apa pun, semua sudah tertulis.. aku akan menjadi seorang pendidik di KMPP..

Aku berharap.. aku dapat mendidik pelajar2 ku nanti, bukan sekadar dengan ilmu KIMIA semata-mata, tetapi aku ingin mendidik anak-anak bangsa aku mengenal erti KEHIDUPAN.. (cewahh!!) Semangat lak rasanya nk mengajar... hee.. harap2 semangat ini akan kekal sampai bila-bila... ;))

Apa pun.. aku sangat2 bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ini... Aku harap, Allah jauhkan aku dari sikap Ujub, Ria' dan takbur.. kerana aku harus sedar, segala nikmat pemberian-Nya hanyalah pinjaman dunia semata-mata... Jika Allah menginginkan, dalam sekelip mata sahaja Dia boleh menarik segala-galanya... Nauzubillah...

Herm... di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri dan SELAMAT BERTUGAS.. hehe.. Hargai diri sendiri dahulu k! hee

Juga ucapan TAHNIAH dan SELAMAT BERTUGAS buat sume kawan2 SEP UM 2005-2009 yg akan mula bertugas di matrikulasi, SBP, dan juga sekolah-sekolah di serata Malaysia... Selamat menjadi pendidik yg berjasa.. Di mana saja kita ditugaskan, tugas utama kita adalah mendidik anak2 bangsa kita... ;))

Lastly.. THANX a lot kepada semua yg menyokong aku... ;) kepada family dan semua orang-orang yg aku sayangi.. walaupun Sains Muar ngan KMPP itu jauhhhh yg amat.. huk huk.. ;( heeeee... xpelah.. aku tetap HAPPY dengan rezeki kurniaan ALLAH ini.. ;))

Sunday, December 20, 2009

starting my career. ;)

I'm speechless!!! huhu
I'm gonna be a matriculation lecturer soon!!
I hope that I can give the best to my students!!
Alhamdulillah.. Alhamdulillah... ;))
Hope that Allah will always be with me..

thanx to all!!!
I'm gonna start my career soon!!!!!
pray for me, okay!!
;D

Saturday, December 19, 2009

2112'09. ;)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

At the date..
21.12.86...
9.30 am..

yeaahh!! 1st time melihat dunia!!! ;D


nak jadi kecik balik!! ;p


Tomorrow..
21.12.09..
(tapi wonderprends kata tarikh ni xde dlm kalendar tahun ni.. hihi.. what eva lah! ;p)

I'm 23????? can't believe it!!! betul ke ni??

Tapi blum agi.. tunggu sok.. kul 9.30 am..
hehe..
Perasaan aku.. herm.. entah..
SPEECHLESS! hee

Zaman kegemilangan aku dan abe.. hehe

Apa pun.. syukur Allah panjangkan umur aku smpai ke angka ni..
kiranya dah 2 dekad 3 tahun aku hidup bernafas di sini..
huhu

ape la yg aku fikir time ni.. hee ;p

Perlukah berubah??
Em.. ntahla..
bagaimana nak act as 23 year old lady??
em... Just be myself.. am I right??

hehe..
tapi bbrapa buah sikap yg perlu diubah akan aku ubah..
Antaranya...
em.. xpelah.. hehe.. if nk tau tnya sdiri k..
xpun tanya org2 yg rapat ngan aku.. ;p

Apa pun aku bersyukurrr... :))

Thursday, December 17, 2009

waiting.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Baru sehari lepas pulang dari Penang..
bersuka ria bersama wonderprends..
seronok sgt2 walau dalam hati tuhan je tahu...
Selagi belum lepas hari Isnin ni selagi tu hati aku resah + gelisah.. hehehe

Just arrived.. ;) still discussing either spending our time at Pulau Jerejak or not.. ;)


Now.. i'm waiting.. waiting and waiting...
penantian ini akan berakhir juga..
Huhhh.. Too tired of waiting....
But the day will come!!!!
I can't wait!! really!!

semoga kekuatan akan bersama2 ku slalu..
Semoga aku akan redha dgn setiap ketentuan-Mu..
semoga apa yg aku dapat adalah yg terbaik untukku...

huhu... no words can describe my true feeling rite now... What can I do is just put the ;) on my face..... Hope that this worry will not influence the people around me.... ;))))))

Wednesday, December 9, 2009

hepi!

Happy happy happy!!!
sangat happy!!
Alhamdulillah...
;))

naper? hee.. macam la korang nk tau kan?
yg penting happy!!!!!!!!!
;)))

paling dekat.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Paling dekat?? ape yg paling dekat tu?? hee ;p

Actually aku teringat salah satu pesan Imam Ghazali, yang paling dekat dengan umat manusia adalah MATI..

huhu.. gerun kan dengar perkataan tu? entahla.. sejak dua menjak ni.. terlalu banyak hal berkaitan mati... Sebelum semua kejadian ni, aku ada terbaca tentang tanda-tanda kematian.. huhu.. No wonder aku rasa amat takuut skali, mungkin amal ibadatku masih terlalu kurang utk aku berhadapan dengan mati..

0812'09..


aku dapat melihat dengan JELAS mayat yg matanya tidak tertutup.. Subhanallah.. Allahuakbar..
Bila ditanya pada emaknya, emaknya menjawab, "Arwah meninggal sebelum sempat melihat kakaknya yg tinggal di Perlis padahal kakaknya itulah yg sering disebut2 arwah sebelum meninggal.. mungkin sebab itulah matanya tidak boleh ditutup..".. huhu..

betapa lemahnya kita di sisi-Nya.. segala kejadian semua Allah sudah tentukan..Aku takut untuk melihat, tetapi mayat yg disebalik tirai dengan mata terbuka dapat dilihat dengan jelas semasa angin menerbangkan tirai itu.. Kenapa aku diberi peluang utk melihat ini semua?? huhu.. mungkin Allah ingin aku berfikir sejenak.. semua yg berlaku adalah atas kehendak-Nya..

0612'09..

Incident di KB Mall..
Teringat lagi beberapa dialog between Aku, Izza n Jaja sebelum kami ke Food Court.. Kami berkira-kira ingin makan di Pizza Hut di Ground Floor.. Msa tu, kami berada di tingkat 2.. then:

Aku: Agah la sek sek kito, nk makey kat pizza, kfc, mcD.. padahal food Court ado.. (Berlagak btol geng2 kita ni, nak makan pizza, kfc, mcD.. Padahal Foodcourt ada..)
Jaja n Izza: Kami x kesah.. lagipun poket tengah kering neh..

So, kami menaiki juga eskulator di mana kejadian ngeri itu berlaku utk naik ke tingkat atas menuju ke food court..
Xsmpai beberapa minit selepas itu, kejadian ngeri itu pun berlaku dan syukurnya masa itu kami sudah slamat smpai di foodcourt..

Hari ini, aku terfikir.. kalaulah kami bertiga decide utk ke pizza hut di ground floor.. semestinya kami masih berlegar2 di eskulator itu.. dan kemungkinan besar kami pun turut terlibat dengan kemalangan itu..

Subhaanallah.. Allahuakbar.. Alhamdulillah!!!

0112'09..

Berita sedih yang aku dengar.. tentang kematian wife kepada guru BI aku, yg juga bapa saudara Izza.. Aku agak terkejut kerana setahu aku, Sir Hashim yg sakit, bukan wife dia.. Innalillahi wainnaa ilaihi rooji'uun..

Aku ceritakan pada umi.. Umi memberitahu kawannya yg juga jiran Sir Hashim.. Kawan umi agak terkejut, katanya baru aje pagi tu dia bersembang-sembang dengan arwah yg sangat-sangat sihat walafiat keadaannya.. dan pagi itu juga arwah dijemput Ilahi.. Allahuakbar... betullah... jika Allah inginkan ianya berlaku, dalam sekelip mata sahaja ianya berlaku..

*******
Huhu... Aku takut.. takut yang amat!! ntah kenapa, aku rasa mcm ni.. selain fobia pada shopping complex yg masih belum hilang... ada perasaan lain yg buat aku rasa ntahla.. susah nk describe.. smoga kejadian-kejadian ini membuat aku lebih sedar akan kuasa-Nya..

Melihat pada wajah-wajah kesayanganku di rumah ini.. Aku harap aku sempat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka padaku... Semoga Allah panjangkan umur umi dan abah.... Berilah kesempatan padaku untuk menebus segala pengorbanan mereka..

Monday, December 7, 2009

0612'09.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

post kali ni tajuknye spt di atas.. harap maklum.. hee ;p

Em.. tarikh tu mgkin akan jd tarikh yg amat bersejarah buat aku, Izza n Jaja.. tarikh di mana kejadian itu berlaku.. kejadian di shopping complex itu.. ahh xsanggup aku nk men'detail'kan (ayat BM salah ;p) tempat dan kejadian apa sbb aku tahu yg membaca post ni sudah sedia mklum kejadian apa..

Huhu.. percaya atau tidak.. aku masih fobia.. Smlm lepas smpai umah aje aku terus menuju kepada umi dan memeluk umi.. Aku pun xtahu knapa sebegini takutnye aku.. umi kata badan aku terketar2.. Act lepas kejadian semalam memang aku dah drive ingin trus pulang ke rumah, tetapi Izza kol bgtau tempat perjumpaan kami n the gang ditukar ke port lain.. so aku terpaksa U-turn perjalananku ke destinasi yg dipilih..

Sepanjang drive ke port y dijanjikan, lutut aku masih terketar2... Sepanjang itu juga aku bersembang melalui phone dgn umi, ayi, amin dan Ijad.. perasaan gementar memang masih perlu diluahkan memandangkan aku sorang y drive.. lepas parking, aku tunggu Izza n Jaja pergi bersama-sama sbb lutut masih ketar.. memang aku rasa xde kekuatan n I need someone bersama-sama aku ketika itu.. Bila mereka berdua tiba, baru aku keluar dari kereta dan menuju ke port yg dijanjikan..

Kami bertiga (Aku, Izza n Jaja) menunggu kehadiran Muja, Helmi dan Nabil sebelah bazar Buluh Kubu kat KB.. Saat kami bertiga, kami still meluahkan emosi gementar kami yg masih membuak-buak.. Saat itu kejadian ngeri masih terbayang-bayang (even skrg pun masih terbayang).. Perut aku yg lapar td memang xterasa dah walaupun chicken chop dan mango juice terpaksa ditinggalkan demi nyawa yg lebih berharga.. Kerana sangkaan kami bangunan itu akan runtuh.. huhu...

Kehadiran tiga jejaka itu mungkin mengurangkan sedikit resah kami.. Namun kami still perlu meluahkan kepada mereka bertiga.. Mereka bertiga pun dengarlah dengan sabar (mungkin agak cuak juga ;p).. Then menuju ke Medan Selera Kampung Kraftangan yg berhampiran..

Kami duduk-duduk bercerita lagi.. bila kami berenam berkumpul bersama memang bingitlah suasana di sana.. makan-makan dan bersembang.. atau lebih tepat melepak.. hehe.. ;p

Namun, fikiran aku masih gusar ttg kejadian itu.. lutut still terketar-ketar even dah kurang sedikit.. Namun masih terbayang dan aku perasan, fikiran aku bercelaru dan percakapan aku pn mgkin ntah apa-apa ntah.. xtahu lah kot2 mereka berlima x perasan.. Tapi bila aku ingat balik, aku tergelak sorang2..

Antara yg aku ingat, tiba-tiba aku tanya Muja, "Kenal la Pakcik Li??".. hihi.. Muja kelihatan agak terpinga-pinga... haha.. Yelah, ntah nape tetiba aku teringat pada Pakcik Li yg juga tinggal di daerah yg sama dengan Muja.. Ayer Lanas.. hehe.. Laju aje soalan tu terkeluar dari mulutku... Bila tersedar, baru aku jadi waras sket n berfikir, "ish, nape lak aku tanya muja soklan neh??" haha.. lawak.. lawak.. Nasib baik Muja y selalu ceria menjawab selamba, "Hah, habis semua sedara dia nak suruh orang kenal!!" hahahaha.. Aku tergelak besar dengan jawapan itu.. ;pp

Then, bila azan maghrib mula berkumandang (wah, anak dara balik lambat!!), kami berenam ingin berangkat pulang... Tapi, tetiba lak aku tercari-cari sesuatu.. Ya Allah, kunci kereta umi!!! hilang.. memang agak gelabah.. jarang aku kuar melepak dgn kereta umi.. Masa tu, aku rasa mau menangis.. tetapi aku tahan.. malu pula pada jejaka bertiga itu.. hehe..

Diorang cdangkan pergi balik kat tempat kami menunggu mereka tadi.. dlm perjalanan ke sana, aku x henti2 berdoa moga2 adalah insan2 yg baik hati mengambil kunci kereta itu utk dipulangkan...

Smpai kat sana.. aku sedikit hampa.. wajah2 mereka berlima juga hmpa.. kunci kereta tiada juga.. Aku pn mula rasa bersalah sbb buat kwn2 ku turut rasa mcm yg aku rasa.. Namun, tetiba ada sorang abang ni bertanyakan kami apa yg kami cari... Dia menunjukkan kunci tersebut dan aku dengan rasa excited dan syukurnye mengatakan itulah yg aku cari.. wajah kwn2 ku juga gembira!! aku xtau banyak mana ucapan terima kasih aku ucapkan pada orang tersebut.. Alhamdulillah... ;))

Apa apa pun.. Aku syukur sangat2... Dua perkara yg berlaku pada tarikh tersebut yg buat aku ucapkan Alhamdulillah berkali-kali.. sesungguhnya Allah masih sayangkan aku... ;)))

Thursday, December 3, 2009

Nukilan 1.50 pagi.

Assalamualaikum..
Hi.. ;))

Skarang ni jam menunjukkan pukul 1.50 pagi.. Sememangnya jarang aku bangun online waktu-waktu begini.. ntah nape hari ni, tidurku terganggu tadi... ntah la macam mana ntah aku leh tersedar dari tidur then dah xleh tido balik...

Em.. ntahla.. bila time2 mcm ni... terasa laju je tangan menaip... hee.. memang waktu-waktu mcm ni terasa syahdu kot.... Waktu yg sunyi, dan memang amat sesuai utk bangun beramal ibadat... Waktu-waktu camni, mungkin diri akan terasa amat dekat dengan Allah, sbb seolah-olah kita berkhalwat dengan-Nya.. Aku yakin, sume pernah melalui pengalaman ini, di mana air mata mencurah-curah menginsafi betapa lemahnya diri ini di sisi-Nya.. betapa hinanya kita sebagai hamba-Nya yang tidak serik-serik melakukan dan mengulangi dosa-dosa....

Herm... xpelah... Yang penting, kehidupan kita sentiasa berada di landasan yang betul... Untuk waktu ni, aku xtau lah apa yg aku rasa... Dalam masa yg sama aku merasakan amat cukup dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepadaku... Walaupun aku sering juga mengeluh itu dan ini, namun sekali sekala jauh di sudut hati aku ada juga sekelumit rasa syukur yang amat...

Alhamdulillah.. mungkin itu juga hadir dari secebis imanku yang aku akui amatlah tipis dan tidak seberapa ini.... Namun, aku tetap mengharapkan dan berdoa agar diri ini dan juga insan-insan yang amat amat aku sayangi sentiasa berada di bawah naungan-Nya yang Esa... Aku mengharapkan agar aku dan insan-insan yang memberi warna dalam hidupku sentiasa berada dalam lindungan-Nya.... Aminn..

Kadang-kadang... ada indah di sebalik sengsara.. ada bahagia di sebalik duka.... itulah hakikat hidup ini... Allah telah mengatur segala-galanya, memang adalah yang terbaik utk hamba-Nya..

Em.. tadi, aku meninjau juga status-status sahabat-sahabatku di Buku Muka (facebook).. Herm.. aku seronok melihat setiap cetusan hati dan fikiran mereka.. ternyata setiap insan mempunyai agenda tersendiri dalam hidup mereka.... dalam sehari, semua mempunyai pemikiran yang berbeza-beza.... sebab itulah manusia ini unik!! ;) dan kadang-kadang amat menarik! namun, disebabkan adanya ukhuwah yang terjalin, setiap yang lain mampu memberikan pendapat yang berbeza-beza dan bernas.. mungkin kadang-kadang agak sukar diterima akal tetapi sudah cukup utk mengurangkan sedikit keresahan dan memberi cetusan idea kepada mereka utk berfikir dan meneruskan agenda mereka...

Herm.. hidup ini memang sementara... Bila-bila masa sahaja kita boleh dijemput Ilahi... Apa yang aku doakan... semoga setiap patah bicara dan tingkah laku ini mendapat redha dari-Nya.... Semua anggota ini adalah pinjaman dari-Nya... Semoga segala pinjaman-pinjaman ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya... insya Allah..

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Ustaz aku masa zaman sekolah dahulu:
Beramal dan berusaha biarlah seperti kita akan hidup di dunia ini beribu-ribu tahun lagi;
dan Beribadat biarlah seperti kita akan dijemput ilahi sesaat sahaja lagi...
Insya Allah.. ;)

K lah.. terasa panjang pulak post kali ni.. hee... ;p aku tulis post ni utk peringatan diri aku sendiri juga ye... xde niat apa-apa pun... just utk perkongsian rasa di sini... ;)

Wednesday, December 2, 2009

Paku.

Assalamualaikum.
Hi.. ;)

sesungguhnya, setiap hari yang kita lalui pastinya ada kisah yang tersendiri... Dan di sebalik setiap langkah kaki kita menyusuri kehidupan ini, pastinya ada hikmah yang tersendiri.. Yang perlu kita lakukan hanyalah melihat dengan mata yang ketiga.. apa lagi kalau bukan mata hati kan? ;)

Hari ini, aku banyak beremosi yg negatif.. Bukanlah kehendak aku.. Aku memang tidak suka marah... Marah itu sifat syaitan.. tetapi entah kenapa keadaan menjadikan aku lebih sensitif hari ini.. Terutama apabila seseorang yg terlalu menyibukkan diri beliau tentang kehidupanku.. yang mana aku merasakan cukup rimas dan lemas..... Maaflah... aku tidak bermaksud ingin memaki beliau.. dan jika beliau terbaca, aku harap beliau mengerti...
Sebagai ingin bersangka baik, aku menganggap bahawa beliau cuba mengambil berat tentang diriku, sama seperti insan-insan lain yang aku sayangi... tak apalah....

Apabila aku terbaca satu artikel tadi.. terasa dapat kembali kekuatan utk aku meneruskan langkah kaki ku yang entah bila akan terhenti ini utk hari2 mendatang... semuanya tentang "paku"..

Aku cuba ringkaskan supaya ia lebih senang utk difahami... ;)

Apabila kita menyakiti hati seseorang, dan kita terlebih dahulu meminta maaf..... Ia adalah satu sifat yang sangat terpuji... Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang yang sangat-sangat pemaaf walaupun kepada orang-orang yang menghina mencaci herdik baginda s.a.w...

***dan aku sangat-sangat menyanjung sifat terpuji ini jika ianya ada dalam diri insan-insan yang aku kenali.... dan apabila ada orang meminta maaf kepada kita, apalah salah jika kemaafan diberi seikhlas hati kerana ia akan menjadikan kehidupan kita bertambah 'lega'...

Namun.. namun.. namun......
Kenapakah kita seringkali cuba menyakiti jika hanya utk meminta maaf...??

Ianya seperti PAKU.. sekiranya kita mengetuk paku di dinding dengan tukul... dan kita mencabutnya kembali.... Semestinya sudah tiada paku di dinding itu...
Sesudah itu.. kita memohon maaf kepada dinding, dan dinding sedia memaafkan kita... kita berasa sangat lega kerana mendapat kemaafan itu..

Namun... cuba lihat kembali pada dinding tadi.. tidakkah di dinding itu adanya lekuk dan retak serta berkerutu??? Sejauh manakah maaf mampu menghilangkan kesannya??

Begitulah juga dengan hati manusia.. hati kita semua...! kita sengaja menyakiti seseorang, dan meminta maaf namun parut luka itu akan tetap meninggalkan parutnya...

Jadi..... CUBALAH untuk TIDAK MENYAKITI... meminta maaf itu satu yang terpuji tetapi cuba untuk tidak menyakiti itu jauh lebih terpuji...

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah 'Paku' ini.....

Monday, November 30, 2009

Awesome..!!

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Belum terlambat if aku nk wish salam Aidiladha utk semua... ;)

Aku juga nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua kawan-kawan yang terlibat dlm picnic di Pantai Melawi.. It's awesome!! sangat gembira dan ceria pada hari itu.... Mungkin akan menjadi salah satu kenangan yang terindah dalam hidup ini... Friends forever..!!! ;D

My Girlfrenszz... ;)


My frenz also.. ;)


Makan time... sume selera besar.. ;p


One of my feveret pic!! ;D


Cikgu ber'picnic'!! ;))


Em... memang seronok sangat berpicnic!! hehe.. apa pun, gambar2 di atas sudah agak memadai utk menggambarkan betapa excitednya kami pada hari tersebut.. ;))

****************************
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Em, let's start a new story.. hee ;)

Em, semalam aku baru smpai umah dari Kedah, Perak dan Penang.. I learn many new things... yg susah utk aku ungkapkan di sini...

walaupun agak penat.. tapi perjalananku agak berbaloi.. yelah, jauh perjalanan, luas pandangan, tmbah, pengalaman, luas pengetahuan, release stress dan macam2 lagi la.. that's y aku suka melancong dan berjalan-jalan.. ;D

Apa pun.. dalam hidup ini.. utamakan yg paling penting dulu antara yang terpenting... Herm.. aku lebih yakin sekarang apa yg terpenting dalam hidup aku yang perlu aku laksanakan... Aku cuba memberikan yang terbaik untuk semua, terutama terhadap insan-insan yang amat aku sayangi... ;)

mungkin terkadang aku terlalu mengikut kata hati... tapi aku tahu Allah mengerti semuanya... ;)

Monday, November 23, 2009

humble.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Em, smalam, aku tengok rancangan AC? kat RIA.. em, aku tertarik dan kagum sangat dengan pembawaan Lisa Surihani.. Selain wajahnya yang cun dan jelita, dia juga seorang graduate from Aberystwyth University, Wales dalam bidang perundangan..

Aku agak kagum dengan pembawaan dia yg confident but still cool and humble... Dari penampilannya, terserlah yg dia seorang yg educated.. kerana percakapan yg keluar dari mulutnya ketika menjawab soalan-soalan yg agak panas oleh AC sangat tersusun dan teratur..

Lovely her..!! ;)

Hee.. terlebih-lebih kah aku memuji seorang artis?? hehe.. salah satu yg dia ucapkan yg aku ingat ketika ni, kecerdikan setiap orang adalah berbeza-beza.. ada yg cerdik dari segi "buku" dan ada yg cerdik dari segi pengalaman... herm.. betul tu.. aku sangat setuju dgn pernyataan ini.... sbb itu kita kena menghormati orang yg lebih tua walaupun orang itu tidaklah sehebat mana pelajarannya kerana dari segi pengalaman hidup, orang tua lebih pHD dari kita....

Ingat semua tu dapat mendidik diri kita kita untuk tidak terlalu sombong dengan apa yg kita miliki... begitu juga dgn kanak2 yang kita anggap kurang matured... xsalah jika kita amik sedikit masa utk belajar dari mereka kerana walaupun mereka lebih jauh lebih muda dari kita, mereka sebenarnya lebih mulia dari kita yg terlebih dahulu banyak membuat dosa berbanding mereka...

Apa pun... hidup ini bukanlah untuk disombongkan dan dibanggakan.. berkawanlah dengan semua orang, dengan setiap peringkat umur.. itu menjadikan hidup kita lebih bermakna.. percayalah.. Insya Allah dengan izin-Nya.. ;)

X Paham.

Kadang-kadang... aku xpaham dengan sikap manusia ni...
Nape ye... mudah sangat menilai sesuatu tanpa melihat dengan mata hati..??

Entahlah.. aku tau, aku bukanlah seorang yg terlalu baik dan yg lebih tepatnye aku sedar aku pn memang agak jahil... aku cuma beramal dengan ilmu yg aku tuntut slama ini dan dalam masa yg sama aku masih lagi belajar utk megatasi kejahilan aku ini...

Nape manusia suka sibuk pasal manusia..????? nape manusia suka mencari kelemahan dan kesalahan manusia??? ntah nape utk kali ini, aku rasa down sangat dgn sikap2 manusia sebegini.... Aku juga insan biasa yg inginkan kebahagian dlm hidup aku dunia dan akhirat.... Aku tidak gentar utk berusaha mencari kebahagiaan kerana aku tahu sinar bahagia itu milik aku.... Kenapa manusia-manusia ini tidak senang melihat kebahagiaanku..??

Em.. mungkin Allah ingin menguji kesabaranku lg ketika ni.... Ya Allah, hanya Engkau yg tahu isi hatiku.... Aku yakin semua kebaikan dan kebahagiaan adalah darimu.....

Kadang-kadang, aku kagum dan terkedu dengan nikmat-Mu.. aku bersyukur kerana di saat aku merasa kosong, Engkau memberi petunjuk kepadaku... Aku tahu itu sinar dari-Mu.... Aku yakin Engkau mendengar doa-doaku..... kerana itu aku tidak pernah jemu utk berdoa... Aku tahu nikmat-Mu tidak setanding dan tidak layak jika dibandingkan dengan kejahilanku.... Aku tahu Engkau ingin menunjukkan hikmah yg tersembunyi di sebalik dugaan yg Engkau berikan padaku...

Dan kamu manusia-manusia yg agak "busuk hati" (maaf agak kasar bahasaku kali ini)... Kalian tidak tahu apa2 tentang hidupku..! kalian tidak kenal dengan hatiku..! kalian tidak pernah ada walau sesaat pun dalam situasiku...! Kalian cuma tahu menyatakan "kebenaran" kalian tanpa tahu apa2 tentang kebenaranku..! cuma satu yang aku harapkan..... jauhkan diri kalian dariku... tolong jgn pertikaikan setiap langkah hidupku kerana aku lebih tahu hala tuju hidupku..... dan aku yakin insan-insan di sekelilingku memahami setiap keputusanku... Aku sudah cukup bahagia dengan kehadiran mereka.. aku tidak perlukan kalian yg tidak beri apa2 manfaat pn dalam lgkah hidupku....

Apa yg aku harapkan... muhasabah diri kalian dahulu.... jangan jadi seperti menepuk air terpercik ke muka sendiri.. Buat masa ini, hati ini terlalu muak utk berhadapan dengan kalian.. aku bukan membenci.... percayalah.. aku cuma ingin teruskan perjalanan ini tanpa gangguan... aku sudah penat.........!

Thursday, November 19, 2009

bengang.

Assalamualaikum..
Hi..

Em, asalnya aku nk post benda lain kat sini.. tp tetiba lak mood aku hilang disebabkan ada seseorang yg telah mencuri mood aku itu... Herm.. napela dia nak bizi bodi sangat tentang aku..?? napela ada jugak orang mcm ni yg aku kenal... padahal dia bukan tahu semua cerita.. aku xpernah citer pun kat dia... pandai-pandai aje dia seolah-olah tahu semua pasal aku...

Ya Allah, tabahkanlah hati aku utk berhadapan dengan orang yang macam ni... Cukuplah aku ditemukan dengan orang macam ni.... Ada sesetengah hal, kita boleh kongsi, tapi xsemua hal boleh dikongsi.... xkan semata-mata nk jadi halwa telinga orang-orang yg xbertanggungjwab aje..??

Entahla.. Allah mengetahui segala-galanya.. niat kita, dan kenapa kita lakukan itu dan ini... Semoga orang itu sedar akan kesilapannya dan berubah utk kebaikan dirinya sendiri.. Aminn..

Wednesday, November 18, 2009

ikut Jari.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Baru jer lepas solat Isyak.. Herm.. actually camni lah rutin hari2.... lepas isyak, tengok TV, xpun online.. tp since last week my broadband ada problem.. so, seminggu yg lalu, malam-malam aku depan tv aje.. Herm.. camnilah namanya orang penganggur kot.. nak tunggu bulan depan utk tau tempat posting satu hal... herm.. penatnye jadi penganggur... huhu.. pastu bulan 1 lak baru lah berangkat kaki dari rumah...

Abah dah bising skit2 kat aku.. suh aku blajar tentang Java la, pastu microsoft pe benda lah.. huhu.. bukannya aku xnak, tp.... sape yg nak ajar aku..?? if nk masuk kelas, memang kena bayar, paling x pun beratus2 gak.. Herm.. katanya dengan ilmu tentang sume tu leh buat bnyk projek2 yg mendatangkan hasil.... herm.... xpelah... (alasan.. hee ;p) biarlah aku begini sementara aku berpagi berpetang bila kerja nanti... (adakah ini simbol orang yg xde matlamat?? huhu)... Biarlah aku jadi "suri rumah" sepenuh masa dulu buat sementara waktu ni.. hee

Herm... ni, aku mengeluh lagi ni... ntahla,, pe lah yg aku resahkan..... bukan pe, sejak duk umah lama2 ni, otak aku mcm agak 'beku' sket.. tambah2 ngan cuaca kat KB yg sentiasa sejuk dgn air hujan mencurah-curah.. lagi la beku hotak aku neh.... Paling x pun... kuar hang out ngan kawan2 dekat umah... Tp, since skrg hujan xhenti-henti.... so umah la jadi tempat berteduh...

Em... harap2 plan utk berkelah ngan kawan-kawan kat Pantai Melawi nanti berjaya lah.. Em, tp, risau gak memandangkan cuaca ni...... tp... xpelah.. no hal kot.. Insya Allah sume berjalan lancar.. (sedapkan hati.. hehe)

Meeting kali pertama.. ice breaking..?? hee ;p

Meeting latest.. Puyu kata meeting majlis tertinggi.. hehe.. hope success lah projek b4 raya haji ni.. ;)

K lah.. serius aku xde idea nk tulis pe.. memang jari aku menaip keyboard dengan sesuka hati beliau sahaja dengan arahan dari hati dan otak yg agak beku ketika ini.. hee.. pe lah yg aku merepek nih...

Thanks ye pada yg sudi baca smpai ayat terakhir ni.. hee... ;)

Monday, November 9, 2009

nak Kongsi sket.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Kali ni nak tulis pasal pe ek.. Em.. ntah la.. ingat nk share citer pasal holiday kat Bukit Kluang hari tu tapi tetiba cam xde idea lak.. ni pun main tulis ikut tangan n ikut rasa je.. hehe

pemandangan yang cukup utk buat mataku terpukau.. oh indahnya ciptaan Allah.. ;)

xciter pn, letak gmbar pn jadila.. hope gmbar ni pn da menggambarkan my feel~ ;D


Actually emosi skrg xbrapa stabil.. sbenarnya agak menyesal gak tengok citer seram tadi kat channel 952.. sepatutnya aku kena tengok citer2 yg happy2 sket.. hehe.. tp xpe la, skrg da happy balik.. sebab? sbbnya.. adalah.. xperlulah dicerita kat sini.. ataupun lain kali saje ye citer itu akan tertaip kat sini.. insya Allah.. (macam la korang nk tau kan..?? hee.. ntah pe pe aku neh)

image rock aku yg xbrapa nk rock.. hee.. yg penting rock n steady.. hee ;p

Tadi aku terbaca blog seorang sahabat... mungkin dia ada sedikit salah faham dengan adiknya.. herm... benda tu slalu gak jadi pada aku... Yelah, sebagai anak sulung (aku anak perempuan sulung), kadang2 setiap benda yg adik2 lakukan akan jadi perhatian buat kita.. Tanyalah mana2 anak2 sulung, mesti akan mengiyakan kata-kata aku ini...
Itulah, adik-adik kadang-kadang sukar nak memahami apa yg di fikiran kita... kita inginkan yg terbaik utk mereka... xpelah.. insya Allah bila tiba satu masa, mereka akan mula mengerti setiap patah kata yg keluar dari bibir kita.....


Tengah-tengah taip post kat sini.. tetiba ada sahabat call me.. tanya kan sedikit pendapat.. herm.. aku mendoakan yg terbaik utk semua sahabat-sahabat aku.. insya Allah.. everything gonna be okay.. Allah has planned the best story for every human beings... Apa yg berlaku, semua tu kita mesti kembali kepada Allah.. minta petunjuk dariNya..

I'm Dr luvvv......?? ;p

k lah.. da ngantuk plak.. skrg jam pukul 12.53 am..
time to sleep.. ;)

Thursday, November 5, 2009

Teman.


Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri x sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri xsekuat Siti Hajar.
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri xsesempurna Rasulullah (s.a.w).

Bimbinglah dirinya.
terimalah kekurangannya itu sebagai keunikan.
carilah kebaikan pada dirinya.
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia kan terus menjadi milikmu...

;) tertarik dengan kata2 di kad jemputan kahwin seorang Teman (Jaha).. hee.. Selamat Pengantin baru buat Jaha & Kak Yanie.. ;)

ingin teman sejati. dunia akhirat. ;)


Wednesday, November 4, 2009

Jaga diri.

Assalamualaikum.
Hi.. ;)


Semalam.. seorang sahabat sms aku bertanya khabar.. salah seorang sahabat yg sentiasa tidak jemu memberi nasihat kepada teman-temannye.. So, aku menceritakan sedikit sebanyak tentang perkembangan diri ini.. Memang dia adalah salah seorang sahabat yang akan aku cari untuk meminta segala pendapat... Dan seperti yg diharapkan, memang dia sempat memberi sedikit sebanyak nasihat buat peringatan diriku..

Thanks.. Antara nasihat beliau ialah "supaya nani pandai jaga diri".. Insya Allah.. Aku berjanji pada diriku untuk menjaga diri ini.. Ke mana pun kita pergi, dengan siapa pun kita berkawan, yg penting kita pandai menjaga diri.. Maksud menjaga diri di sini bukanlah setakat menjaga diri supaya sihat dan selamat sahaja, tetapi nasihat menjaga diri ini lebih dari itu. Aku yakin para pembaca sudah cukup matang utk mentafsir ayat ini kan.?.

Aku tahu aku bukanlah seorang yg terlalu baik utk memberi peringatan sebegini.. Aku mengaku aku juga pernah tersilap dan teralpa dengan dunia yg penuh kepura-puraan ini.. Aku juga seorang hamba yg tidak lepas dari melakukan dosa-dosa semalam.. Tapi apa yg penting.. hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam... Jika semalam kita terpesong arah, hari ini kita patut bersyukur kerana Tuhan telah menunjukkan kembali jalan kepada kita... Aku bersyukur sangat-sangat.. amat bersyukur..

Nikmat yg Allah beri pada hari ini jgnlah disombongkan dan dibanggakan.. kerana Tiada bahagia, tiada lah sedih... Apa yg penting, selalu lah berdoa utk meminta petunjuk dari-Nya.. Dalam meniti kehidupan ini, tidak dinafikan aku juga berasa takut. takut utk berhadapan dengan segala kemungkinan yang kadang-kadang xterjangka oleh kita.. Tapi selagi kita berpegang teguh kepada keimanan, insya Allah segala kemungkinan itu pasti dapat ditempuhi dengan mudah..

Apa-apa pun.. kehidupan dunia ini hanyalah sementara.. yg kekal adalah akhirat sana..

p/s: untuk peringatan diri ini juga. ;)

Oh ya, aku nk kongsi jugak la satu lagu... sekarang tengah dengar lagu Tiada Tangis Lagi time tulis post ni.. so aku nk kongsi gak la lirik nya.. hehe



Tiada Tangis Lagi

Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi
Langit masih begitu
Alur nan biru
Memayungi taman kalbu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati

Kukenang masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulillah.

Assalamualaikum..
Hi. ;)


Hari ni aku demam + selsema..
Em, actually dari smalam agi.. tp aku buat xhirau je.. mlm tu sibuk insan-insan di sekelilingku menyuruhku makan ubat.. last2 aku makan juga n tertido awal..

Pagi tadi.. selsema makin kuat.. badan rasa xlarat sgt n pening2.. walau smalam dah mkn ubat, tp still xkebah jgk.. Umi sudah risau dan mengajak aku berkali-kali ke klinik.. tapi aku degil..

Umi gtaw aku, hari ini umi amik cuti.. CRK dia ada lagi.. herm.. xlah aku sorang-sorang kat umah.. lgpun abah nak bertolak ke KL hari ni.. walau xlarat, aku gagahkan diri... Tiba-tiba umi gtaw aku yg umi nk ke kdai kain, beli kain utk adik aku effi.. Aku pn dengan mencuba utk sihat, beria ajak umi keluar.. aku cakap, mane tau kot2 bila keluar jadi sihat balik.. umi setuju aje.. barangkali malas melayan kerenah aku yg bnyk songeh malas ke klinik..

Lepas abah bertolak ke KL, lps zuhur.. kuar la dua beranak ini.. memang betul.. keluar aje dari umah.. badan sihat terasa.. hehe.. aku drive.. mula-mula ke Nagoya Textile... beli kain pasang utk effi dan ada juga bahagian aku upenye... Kain pasang bunge-bunge kaler pink... so lovely.... ;D thanks umi... ;))

then ke Kamdar.. cuci-cuci mata.. lepas tu, aku cdgkn umi utk lunch kat KFC aje.. hee.. memandangkan aku berdua sahaja ngan umi... bestnye.. hee... sembang-sembang ngan umi.. chit chat.. bnyk berkisar tentang kehidupan... memang itu pun yg slalu jd topik perbualan kami... herm... Tuhan maha adil.. maha Kaya.. maha mengasihani.. Maha pemurah.. maha penyayang.. itulah kesimpulan dari perbualan kami..

lepas itu.. ke butik mawaddah.. memang asalnya utk cuci mata.. tp tiba2 teringat family day sekolah umi kat Damai Beach Resort hr Jumaat ni.. ada Lunch besar-besaran.. so aku cadangkan umi beli satu baju baru.. memang cantik2 design kat butik tu... aku n umi rmbang mata utk memilih.. pilih punya pilih... akhirnya beli satu baju kurung moden kaler purple lembut... (alamak, adakah pengaruh kaler feveret aku..?? hehe) tapi okeylah.. cunnnn sangat bila umi pakai baju tu.. aku gembira..

then pulang.. smpai di umah.. kepala tetiba pening.. umi kata muka aku pucat.. ish ish.. smpai aje umah terus nk demam balik.. then terus gi dapur makan ubat.. n skrg.. I'm feeling better.. umi kata tunggu lpas jam baru bleh mandi.. hehe.. bukak facebook... main2 kat sana... n terpikir utk post something kat sini.. skrg aku xmandi agi masa tgh type post ni... badan dah berpeluh mgkn menandakan aku makin sihat.. Alhamdulillah...



Itulah lumrah hidup.... Sihat lawannya sakit... Apa pun, kita harus bersyukur.... kerana diberi peluang utk terus hidup di dunia ini bersama-sama insan-insan yg kita sayangi.. ;)

p/s: ingat 5 perkara sebelum 5 perkara... ;)

Sunday, November 1, 2009

Tetap syukur.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Baru je lepas pulang dari makan2 kat luar bersama family.. so perut masih lagi kekenyangan. kat KB skarang hujan tersangat lebat.. membuatkn malam ini menjadi teramat syahdu sekali.. cewah!! hee

hari ini.. xde apa yg menarik.. cuma... bnyk benda yg bermain dlm fikiran aku.. Aku pn xtau la nk tulis ke x kat sini.. teringin aje nk kongsi kat sini, tp.. em.. dah taip tapi aku padam balik.. ntahla.. xde kekuatan utk aku tulis di sini.. malah utk menceritakannya kpd sape2 pn aku x de kekuatan..

walaupun keadaan makin pulih selepas 5 tahun peristiwa itu, tetapi kdg2 aku masih merasai keperitan itu... aku tahu, insan-insan lain yg turut berada dalam peristiwa itu dan mengalaminya pun sama sepertiku.. cuma mungkin masing-masing berdiam diri, cuba melupakan dan berusaha untuk menjadikan keadaan bertambah baik.... tapi, jauh terpencil di hati aku... aku sangat-sangat sedih.. sangat pedih! dengan segala yg menimpa diriku dan orang-orang di sekelilingku.... aku tahu mereka juga sama......

mungkin takdir kita begini.... dan aku tahu kekuatan orang-orang di sekelilingku adalah kekuatanku juga.... kadang-kadang mereka lihat akulah kekuatan mereka.... kerana memang aku cuba utk menjadi kuat supaya mereka juga merasai kekuatan itu... tapi sebenarnya jauh jauh jauh di sudut hatiku.... aku hanyalah insan yg lemah..... siapalah aku ini...... hanya Tuhan menjadi saksi air mata ini.... segala keperitan aku tumpahkan pada-Mu Tuhan.... walaupun aku dilihat sebagai 'kekuatan' mereka........ Tapi aku xkisah... aku berjanji pada diriku utk menjadi kekuatan itu... walau kadang-kadang aku tergelincir oleh keadaan yang mendesak...

Entahla.. mungkin aku membuat pembaca tertanya-tanya... biarlah.... aku memang xpunya kekuatan utk bercerita... aku rela hidup sebagai insan yg dilihat gembira sperti ini... aku tahu insan-insan itu juga begitu.. cuba dilihat sebagai insan-insan gembira... tetapi percayalah wahai insan-insan yg aku sayangi... aku berjanji utk menjadi kegembiraan bagi kamu semua.....

Em... k lah.. terlebih emo pulak utk pos ini.. aku rasa 1st time aku post perasaan ku yg sebegini... ntahla.. walau apa pun, aku tetap bersyukur.. kerana masih ada kawan dan insan yang mengerti dan memahami... dan aku amat berterima kasih dan menghargai semua itu.. ;)

Sesungguhnya aku masih bersyukur atas setiap nikmat dan pemberian-Mu Tuhan.. ;)

Friday, October 30, 2009

Gemilang.

Assalamualaikum.
hi there.. ;)

Pagi-pagi ini.. aku dah layan lagu-lagu feveret.. lagu-lagu Ella.. hehehe.. bagi yg xsuke dengar lagu-lagu melayu, pe lagi if lagu2 rock kapok camni, mesti pandang sinis padaku.. hee.. xpelah, i don't care.. aku pernah jumpa orang yg xsuke dengar this type of song... tapi bagi aku.. smua lagu aku dengar asalkan, maksudnye smpai dan if lirik2 lagu tu menepati pe yg kita rasakan ketika itu..

lately, bnyak kali aku ulang dengar lagu-lagu Ella... ntahla... memang ada sesuatu pun yg sering mengganggu fikiran aku ni.. herm... xpelah.. gangguan fikiran tu xmembahayakan pun... cuma kadang-kadang je buat aku resah n xsenang duduk...

nak kata aku selesa dengan keadaan aku sekarang pun... tak jugak... ntahla apa yg aku rasa... bnyk kali bila aku renung kembali benda-benda lepas... hikmahnya hari ini dapat lihat secara terang.. n xmungkin aku akan kembali ke masa silam.. kecuali utk mengambil pengajaran yg berguna..

Herm.. time aku ngah menaip ni, berkumandang lagu GEMILANG.. hehe... ni aku nk kongsi liriknya..... semestinya kita perlu tempuhi segala-galanya dengan ketenangan, kesabaran dan penuh redha.. kerana saat gemilang itu pasti tiba, walau jalanan itu masih jauh, tetapi biarlah kerana hanya kau dan aku yang tahu.. ;)


Dan aku berjanji pada diriku untuk sentiasa menggenggami IKHLAS, SABAR dan BENAR..!! ;)
Gemilang: Ella

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri

Tak kenal dan tak ku peduli

Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami Ikhlas, sabar, benar

Thursday, October 29, 2009

Drive to Lenggong.

Assalamualaikum..
Hi... ;)

Hari ini pagi-pagi aku bersemangat pula utk menaip sesuatu di sini.. hehe.. mungkin sbb dah lama kot blog ini terbiar sahaja.. takpelah.. kasi bnyk sket post baru kat sini.. ;)

Lepas ni, aku n umi akan ke Lenggong, Perak.. utk pe lagi, melawat adik perempuan ku kat sana lah.. since now dia belajar kat mrsm Lenggong, kenala berulang alik ke sana...

Pemandangan yg cantik..... ;)


sempat lagi snap 1 photo masa kat hentian.. dah namanya hobi bergambar. hehe ;)

walau letih.. tapi actually aku suka... nape..?? sbb aku boleh tengok pemandangan hijau... tambah2 bila lalu tasik banding tu.. fullamak... memang aku bwk slow2 la... segar sket mata ni.. walau jalan kat situ agak memenatkan, (terlalu bnyk selekoh2 tajam n jalan berbukit-bukit), tapi aku sudah terbiasa.. seperti juga aku sudah terbiasa hidup bertemankan ujian-ujian berat dari Tuhan..

Aku selalu berdoa, Ya Allah, janganlah kau uji lagi aku dengan ujian yg berat-berat sebelum ini... patutkah seorang hamba berdoa begitu?? Herm.. Allah menyuruh hamba-Nya berdoa.. Insya Allah Dia mengabulkannya.. ;)

update!.

Assalamualaikum wbt..

Hi friendszzz!! ;)

Malam ni... aku luangkan sikit masa utk update page aku ni.. hehe..

Em.. actually, xde idea pun nk type pe.. tapi, xpelah.. aku citer kan hari-hari aku sbelum ni.. okey x? if xokey, buat2 okey la ye.. hee...

Hari-hari g dilalui.. mcm biasa.. aku masih aku.. seorang aku yang dulu.. diri aku, wajah aku, hati aku.. masih yang dulu.... diri ini semakin matang dan menuju kedewasaan.. Aku bersyukur dengan semua yg dikurniakan ni.. tiada apa yg perlu dikesalkan dengan setiap kekurangan kerana pasti ada hikmah disebalik semua ciptaan Tuhan .. ;)

Sekarang.. aku rasakan aku betul2 sudah bersedia utk berhadapan dengan kehidupan yg akan datang... Aku menemui kekuatan.. mungkin ini yg dinamakan matang? Herm.. dalam setiap doaku, terselit juga harapan utk kehidupan akan datang... Biarlah hanya aku dan TUHAN yg tahu.... yg pasti, aku makin jelas dengan matlamat hidup ini... ;)

Oh ya.. di kesempatan ini juga, aku ingin ucapkan "welcome to my life" kepada geng BADUT yg skrg sudah jadi geng aku juga.. xsangka kita ditemukan juga walaupun aku rasakan saat-saat ini sudah agak lmbat utk menjalin persahabatan baru..... hehe... kegilaan mereka memang mampu membuat rahang pipiku lenguh untuk berketawa.. hee... diharap persahabatan ini kekal selama-lamanya... ;)

Oklah.. aku rasa stakat ni dulu nukilan dariku.... (act xde idea best pn.. hee)

Bye..!!!! ;D

Thursday, September 10, 2009

Makcik.

Assalamualaikum.
Hi.. ;)

Herm.. mlm ni ada idea sket nk tulis.. mata pn xngantuk.. biase lpas balik terawih ngantuk... tp mlm ni mata segar lak.. herm.. dah 10 mlm terakhir dah ni ye.. cpatnye masa berlalu... tp mcm bnyk je msa terbuang sepanjang ramadhan ni.. mengadap facebook yg paling bnyk aku spend masa.... rasenye lah.. huh.... kdg2 rs mcm nk delete je akaun fb.. tp sbb leh contact ngn kwn2.. syg la pulak... herm.. memang kalau mengadap benda tu stengah jam xcukup.. aku pn xtau pe la sgt yg dibuat kat situ.. huhu.. maybe kena bnyk muhasabah diri lg kot pasni..

herm.. aku ada idea ni bukan pe.. dlm seminggu aku berterawih kat masjid neh, mesti aku smyg sblh makcik tu... smalam baru aku perasan yg kedudukan aku msti sbelah makcik tu.. dan td msa masuk masjid aku cari makcik tu dulu.. then memang sebelah dia kosong xde orang.. memang orang nk bagi aku ke..?? huhu..

Em, yg specialnye.. makcik neh smyg duduk... dah lama aku perhatikan die...dan aku kagum dgn makcik tu... brapa ramai anak muda kat luar sana yg sihat walafiat, tp xtersentuh pn hati nk ke masjid.... mungkin diorang rs umur masih pjg kot... herm,, ntahla... aku pn bukannye baik sgt nk komen itu ini.. tp still ada pemuda-pemuda yg xsegan melepak kat warung2 ketika org lain sibuk berterawih.... ish, aku geram betol tgk....

then, td lepas solat witir, baca doa..... seperti biase aku tersengguk sengguk ketika baca doa.. ntahla, slalu je ngantuk time org bca doa.. yg herannye lepas habis tu segar lak mata.. ish2... ha, berbalik pada citer td, then lepas bc doa... aku pn salam la ngan makcik tu dlu coz dia sblah aku.... kali ni aku teringin nk tegur makcik ni... Tp makcik ni tegur aku dulu..... dia kata kat aku, "muda-muda ni... rajin la buat smbhyg.. nanti dah jd mcm makcik, susah..." (makcik cakap dialek kelantan tp aku dah translate.. hee)

Aku senyum dan angguk aje... dlm hati, makcik ni tahu ke aku nk tegur dia..?? herm.. ape2 lah.. yg penting hari ni rasa mcm ada sesuatu terkesan kat hati aku... ntahla.. Aku rasa bersyukur.... masih ada yg ingin memberi peringatan kpd diri ini.....

k lah.. smoga kita semua dapat ketenangan dan keredhaan Allah... sedih lak nak habis Ramadhan.. ntah nape, xde feel raya pn tahun ni... ;|

Friday, September 4, 2009

Homework from Arasis.

Alhamdulillah.. lepas terawih aku berjaya menahan mata daripada mimpi-mimpi y xindah.. hehehehe.. kali ini xtido lepas terawih.. sbb, aku nk Luangkan sekejap masa utk jawab homework y diberi oleh cik arasis. hee ;)

walaupun simple tapi susah gak. tp akan jawab sejujur-jujurnye.. jgn ade y terasa ye.. ;p
  1. Write 3 INTERESTING FACTS about the person who tagged you.
  2. Write 10 INTERESTING FACTS about yourself or your hobby.
  3. Tag 7 DESERVING RECIPIENTS and describe them.
  4. Inform the tagged person.

3 INTERESTING FACTS about the person who tagged you.

1. Emm, nama dia Nurul Izza.. interestingnye, maksud nama die cahaya kemuliaan (if i'm not mistaken..) em, very sweet.. suits her (jange perase deh..!!!)

2. My roommate for 2 years at MRSM Jeli (memang jodoh xleh pisah 2thn.. hee).. and also my "roommate" at KMK.. (time dilanda musibah hr tu tumpang bilik die.. heehee)

3. A good listener.. Everything I share with her... n she is my best friend eva..!! (Insya Allah.. jange duk wat peranga deh.. haha)

10 INTERESTING FACTS about yourself or your hobby

Em.. interesting fact..?? huhuu.. ade ke..?? nothing special... but I'll share my hobies okay.. ;)

1. Travelling.. huhu.. dalam BM mksudnye melancong.. bahasa kelate berDerak.. hehehe.. If bab2 jalan ni, bagi kat aku la.. kalau boleh satu dunia aku nk gi brjalan-jalan.. Jauh perjalanan luas pemandangan..!! hehe

2.Driving... ha, jgn xcaye pulak.. aku boley drive KL-KB non stop..!! stop la utk smyg n selebihnye meneruskan perjalanan.. hehe.. aku xkesah if co-pilot kat sblah tdo.. tp bila dah start drive tu memang xkenal erti ngantuk n letih.. tunggu malam karang nk tdo baru la rasa habis lenguh2 badan.. heee

3. adventurous activities... aku suka aktiviti2 mcm ni.. outdoor activities.. flying fox.. jungle tracking.. abseiling.. snorkeling.. skytreck.. n sume2 lah.. waaah, bestnye if leh buat lg.. paling y xleh lupa skytrack 5km dr tanah.. memang seram sejuk tp very very exciting.. memang mencabar.. bila buat aktivit2 ni, buat aku lebih tough dlm menempuh cabaran hidup.. ;)

4. Reading.. buku2 motivasi first ranking aku lah.. then aku suke gak bc majalah spt dara.com, nur, anis, mingguan wanita n mcm2 lah.. leh tmbah pengetahuan, especially tentang kehidupan.. That's why I love reading.. ;)

5. Beach.. I luv beach... very much!!!

6. writing... huhuuhu.. that's why some of my friend labelled me as "jiwang" girl.. heee.. I don't care, okay..!!! ;p. as long as I got satisfaction with my writing.. xkisah la puisi ke, novel ke, cerpen ke... Tp utk my personal collection aje.. xpernah publish kat mane2 majalah or penerbitan lg sume karya2 aku tu.. hehe... nanti org tergelak pulak.. well, writing dah mcm sebahagian hidup aku.. ;) every night I will spend about 10 minutes writing in my diary... ;D

7. Cooking.. hehehe.... jangan terkejut... I luv cooking.. wpun xleh nk tandingi masakan umi aku.. walaupun adik bradik aku slalu kutuk2 n compare masakan aku dgn umi.. tp I don't care also... for me, nak makan, makan.. if xnak makan, sudaaaaaaa... ;p

8. Posing dpan camera.. hehehe.. I xsuke jd org di blkg tabir camera.. hihi.. kalau boleh biarla ada sket muka i dlm gmbar.. walaupun bucu baju je.. kikiki... bukanla nk mencupub.. tp, buat kenangan.. nanti kan bile tnjuk kat anak cucu at least ade bukti.. hehehe

9. Em.. skrg ni FB pun tmasuk dlm hobby.. sehari if xbukak FB xsah.. hee.. ntah bile akan tinggalkan FB ni.. mungkin bile da kawin n anak dua tiga kot.. uupppsss..!!! ;p

10. Herm.. pe lg ek.. ha, suke gak melukis... tp jarang2 sgt.. jiwa melukis x slalu ade.. tp if ada memang duk melukis la satu hari.. huhuuu... melukis apee?? lukis pokok.! hehe


7 DESERVING RECIPIENTS and describe them.

Em, xtau nk tag sape..sume dah ditag oleh cik arasis.. xpelah, saje2 nk describe ttg my friends kat sini... bley je kan..? friends kat sini yg terlintas kat fikiran time ni je ye.. yg xtersenarai jgn terasa lak.. you all my friends, okey!! ;D

1. Izza: herm.. kat atas dah describe siap ade gmbar lg.. hehe.. enough la kan..? nanti terperasan lak makcik tuu... hihihi

2. Sabri: huhu.... my schoolmate kat Jeli.. slalu aje ade dlm fb.. hehe.. die ni pun a good friend jugak.. dulu kat sekolah jrg2 ckp ngan die.. sbb dulu die mcm malu-malu sket kot.. hikhik... pe pun, friend 4eva, okey!! ;)

3. Che Ah: Name die Nur Asiah.. kawan kat mrsm jugak.. die duk blkg aku dlu, sblh suzi.. pernah tido kat umah aku skali aje dulu msa form 5.. ikan biru yg due bg kat adik aku tu pn ada lg disimpan dlm koleksi.. hehehe.. bile lg la die nk singgah kat teratak aku ni ye..??? ;p

4: Zaitul: kawan sepermainan smpai skrg.. dr budak2 hingusan, remaja smpai dah nk jd mak org (erk.. lmbat lg, okey..!!), memang die lah kawan yg xpernah bepisah.. sorang lg amalina.. masuk tahun ni dah 13 thn kitorang kenal.. memang xbleh menipu lah kalau ngan diaorang ni.. smua dlm fikiran.. hehe

5: Najib: Em, dia ni memang la aku xpernah pn ckp ngan die masa mrsm dulu.. cuma skrg die antara yg rajin dlm buku muka selain sabri... nama glamer die abe jig tok imey.. huhu... moga2 title tok imey tu sampai bile2 la ye..

6. Kak Sa: Em, atau nama dia Samihah... nape ek, mcm dah lama xdgr citer die... singgah gak kat blog dia tp dah lama x update.. dgr2 amik master skrg... kak saaa... oooo kak saaa.....

7. Syed: Ni pun dah lama xdgr citer.. classmate kat mrsm gak... pnah gak share2 prob ngan die.. tp skrg die pun jap ade jap xde... mcm biksut chipsmore gak.. hehehe

em.... Cik Arasis.. My work is done..!! hehe.. brape markah????

p/s: thanks 4 being my friendszzzz....... ;D