Wednesday, November 4, 2009

Jaga diri.

Assalamualaikum.
Hi.. ;)


Semalam.. seorang sahabat sms aku bertanya khabar.. salah seorang sahabat yg sentiasa tidak jemu memberi nasihat kepada teman-temannye.. So, aku menceritakan sedikit sebanyak tentang perkembangan diri ini.. Memang dia adalah salah seorang sahabat yang akan aku cari untuk meminta segala pendapat... Dan seperti yg diharapkan, memang dia sempat memberi sedikit sebanyak nasihat buat peringatan diriku..

Thanks.. Antara nasihat beliau ialah "supaya nani pandai jaga diri".. Insya Allah.. Aku berjanji pada diriku untuk menjaga diri ini.. Ke mana pun kita pergi, dengan siapa pun kita berkawan, yg penting kita pandai menjaga diri.. Maksud menjaga diri di sini bukanlah setakat menjaga diri supaya sihat dan selamat sahaja, tetapi nasihat menjaga diri ini lebih dari itu. Aku yakin para pembaca sudah cukup matang utk mentafsir ayat ini kan.?.

Aku tahu aku bukanlah seorang yg terlalu baik utk memberi peringatan sebegini.. Aku mengaku aku juga pernah tersilap dan teralpa dengan dunia yg penuh kepura-puraan ini.. Aku juga seorang hamba yg tidak lepas dari melakukan dosa-dosa semalam.. Tapi apa yg penting.. hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam... Jika semalam kita terpesong arah, hari ini kita patut bersyukur kerana Tuhan telah menunjukkan kembali jalan kepada kita... Aku bersyukur sangat-sangat.. amat bersyukur..

Nikmat yg Allah beri pada hari ini jgnlah disombongkan dan dibanggakan.. kerana Tiada bahagia, tiada lah sedih... Apa yg penting, selalu lah berdoa utk meminta petunjuk dari-Nya.. Dalam meniti kehidupan ini, tidak dinafikan aku juga berasa takut. takut utk berhadapan dengan segala kemungkinan yang kadang-kadang xterjangka oleh kita.. Tapi selagi kita berpegang teguh kepada keimanan, insya Allah segala kemungkinan itu pasti dapat ditempuhi dengan mudah..

Apa-apa pun.. kehidupan dunia ini hanyalah sementara.. yg kekal adalah akhirat sana..

p/s: untuk peringatan diri ini juga. ;)

Oh ya, aku nk kongsi jugak la satu lagu... sekarang tengah dengar lagu Tiada Tangis Lagi time tulis post ni.. so aku nk kongsi gak la lirik nya.. hehe



Tiada Tangis Lagi

Engkau jadi kenangan dalam hati
Terlalu lama engkau pergi
Langit masih begitu
Alur nan biru
Memayungi taman kalbu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati

Kukenang masa nan lalu
Terasa pilu
Ke mana harus ku mengadu

Kiambang menjadi lambang
Kau bagai bayang-bayang
Kini kuterbuang

Di danau tenang selalu
Seolah tidak tahu gelora di hatiku
Selama hayat ini kusimpan rahsia hati
Di sini kuberdiri
Tiada tangis lagi

2 comments:

  1. skarang kene byk2 nasihat ayu supaya jaga diri.huhuhu.. btw, thanks for everything =)

    ReplyDelete
  2. hehe.. Insya Allah.. kita saling menasihati supaya kita sama sama berada di landasan yg betul.. let's searching for happiness dear~ ;D

    ReplyDelete

What do U think?