Friday, January 30, 2009

CNY holiday..

p/s: Act post ni aku type time cuti raye cina hari tu kat umah... tapi, xsempat habis.. so, aku sambung balik.. =)

Assalamualaikum...
Welcome to my life.... thanks coz sudi gak singgah kat page ni.. =) Herm... ntahla pe yg aku rasa sekarang.... sesuatu yg amat mengelirukan hati aku.... Ya Allah, mungkin ini dugaan-Mu.... tapi, berilah aku kekuatan, supaya stp keputusan yg aku buat itu benar2 berada pd jln yg betul... aku pun tak pasti.... tapi hati aku sering berteka teki dgn perasaan sendiri.. ntahla... aku pun tak tahu di mana silapnya...

Em, tggal bbrp hari je lagi aku leh lepak2 kat umah.... Act banyak benda yg ingin aku buat bila kat umah.. tapi slalu je ade yg xsempat... Antara yg masih terbengkalai skrg ialah kemas bilik adik bongsuku yg macam tokang pecah tu.... tiap kali aku balik, kdn bilik dia mesti macam tu.. huh, alasannya, "ala kak, biasa la bilik org laki.." Em, aku harap satu masa nanti berubah la dia.. Amin...

Herm.... Sepupu aku pun dah slamat menjadi tunangan orang.. huhu... bila sepupu aku dah jadi tunangan orang, yg lain pun sebuk la bertanya.. Ha, kak bila lagi? ala, nanti2 la.. smpai mase kak gitaula........................... hehe

Aku skrg makin berminat utk mencuba resipi2 baru.... huhu... bermula ngan yg ringkas2 dulu.... Cuma skrg nasi dagang je yg masih belum aku mampu buat seorang sendiri... Yelah, bnyk rumit la nak buat nasi tu.. tp xpe, aku akan cuba lagi.. hehe

Em, 2 je la yg aku nak type..... maleh dah nk type bnyk2.. hehe =p

Tuesday, January 27, 2009

-Pengorbanan-

Assalamu'alaikum.......

First of all, thanks coz sudi singgah membaca setiap baris kata yg xseberapa ini... =)

Kadang-kadang, kita perlu melakukan sebuah pengorbanan utk sebuah kebahagiaan..... Pengorbanan yg kadang2 amat mengelirukan hati kita sendiri... dan juga orang lain...


Dalam kehidupan ini, terlalu banyak yang perlu diambil kira..... Kerana kita dikelilingi oleh manusia2 yg turut mempunyai hati seperti kita..... Kadang2, terluka sendiri itu lebih bahagia daripada melihat orang lain terluka dan susah kerana kita...


Em, ntahla.... hidup ini penuh misteri.... yelah, kadang2 niat kita selalu disalahtafsir oleh yg lain.... Mungkin juga kita terlalu sering melakukan pengorbanan sehingga sampai satu tahap kita rasa kita perlu memikirkan perasaan kita sendiri...

Hidup aku, bukanlah terlalu susah ataupun terlalu senang... tetapi, Alhamdulillah, ujian Tuhan sentiasa menemani perjalanan hidup aku supaya aku sentiasa bersedia dan redha dalam menempuh hidup ini...


Aku harap, aku akan tabah menempuh hidup ini, sampai satu masa di mana sinar bahagia pula hadir untuk menemani aku.. insya Allah...

Cinta??


Assalamualaikum...

Em, cinta.... baca tajuk pun, dah mampu menarik perhatian sesiapa saje y membaca.... Nape ye, persoalan cinta ni tak habis2 dibicarakan.... Walhal, dah ramai dah org memperkatakannya.... Bagi y egoist dan tak mahu mengakui cinta, pasti mengatakan, "alah, balik2 cinta...".. Herm, nape aku mengatakan mereka ini egoist? kerana mereka sering menafikan cinta padahal hakikatnya, cinta itu lah yang melahirkan sebuah kehidupan....

Cinta
yg teragung, sememangnya cinta kepada yang Esa... Yelah, semua orang tahu akan itu.. tapi, kali ni.. aku ingin membicarakan soal cinta dari aspek seorang lelaki dan wanita...


Huh, kadang2 pelik sungguh cinta ini.... kadang2, sekali berjumpa pun kita sudah boleh jatuh cinta... Ada juga yg tak rasa kehadiran cinta itu walaupun sudah sekian lama bersama.. nape ye? uniknya cinta...

Mungkin kita sayangkan seseorang, tetapi kita tidak mencintainya.... camne leh jd macam tu? entahlah, aku pun tak tahu.. sejauh mana bezanya cinta dan sayang itu, hanya yang merasainya sahaja yang tahu... kerana sayang dan cinta dua yg berbeza.. (bagi aku la..) Kita boleh sayangkan seseorang, tetapi kita x mencintainya, tetapi, apabila kita cintakan seseorang, kita pasti akan menyayanginya.... Eik, dah pening ye? pe yg aku merepek ni kan? hehe


Herm.. mungkin kita akan berasa sakit apabila cinta kita xberbalas... Tapi sekurang-kurangnya, kita sudah mampu meluahkannya... Tapi, macam mane pula if kita cintakan seseorang, tetapi kita xmampu meluahkannya?? padahal, kita amat mencintai orang itu, sedangkan orang itu xmengetahui langsung y kita terlalu mencintainya.... Mungkin kita malu utk meluahkannya.... mungkin juga kita xada kekuatan utk meluahkannya.....

Mungkin juga org yg kita cintai itu juga mencintai kita?? dan mungkin juga dia takut utk meluahkan cinta seperti mana kita takut utk meluahkannya?? Atau adakah aku yg ego utk mengakui yg aku cintanya juga? Barulah aku tau sakitnya cinta ini... wpun aku pernah dikecewakan oleh cinta pertama, tetapi perasaan "sakit" ini mungkin lebih dari itu....

Nape aku tulis sume ni ye? Em, mungkin skrg, aku sedang mencintai seseorang, tetapi orang itu tidak mengetahuinya.... Mungkin dia tak tahu yg aku amat rindukannya.... walaupun hanya sekali aku bertemu dengannya..... tetapi nape cepat sungguh ade perasaan itu.... tetapi, dia mungkin tak menyedarinya.......


Herm.. baca betul2 ye ayat2 di atas.. semuanya MUNGKIN! dan mungkin sume ni betul, n mungkin juga salah... hanya aku dan DIA je yg tahu.... huhu~

Sunday, January 25, 2009

Masa ku akan tiba =)

Alhamdulillah…

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi pengajian ku di UM akan berakhir.. Huh, sungguh x sedar, cepat betul masa berlalu…. Rasa-rasa, baru aje melalui ‘pahit getir’ minggu haluan siswa pada Julai 2005.. terbayang-bayang lagi bagaimana keadaan sewaktu ‘dibuli’ oleh senior2 kolej….

I will always remember my first time, when I was called a "U" student.. It was a lovely feeling!

Jom renung ke belakang… terasa sungguh masa itu cepat sahaja seperti kilat… “study life” di kolej matrikulasi Kedah pada tahun 2004 memang masih segar lagi dalam ingatan…. berhempas pulas utk menghabiskan zaman matrikulasi, waktu tu terlalu bnyk anggapan dan angan-angan y masih belum diketahui… terlalu banyak impian y ingin dicapai…. Kehidupan sebagai remaja 18 tahun juga amat-amat bererti dan menyeronokkan…

Memorable pose at Pangkor Island.... =)

Selangkah lagi ke belakang… Terkenang zaman-zaman sweet 17 aku… huhu… “school life” yg memang sukar utk dilupakan… Jatuh bangun sbg seorang pelajar di MRSM jeli amat menyentuh jiwa sanubariku.. (ceewah!) Berhempas pulas menempuh SPM pada 2003 msih terasa hingga kini… Pengalaman pertama menetap di asrama… Di sini titik permulaan aku mengenali pelbagai jenis ragam manusia dan belajar utk menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.. And not to forget… di sini lah aku mula mengenali cinta pertama.. huhu… Terkenang kembali kenangan lama… isk2.. hehe

This is my small "family" which is called "homeroom"

Setapak lagi kuberundur... SMK Dato' Ahmad Maher... Sekolah yg cukup istimewa bagiku.. Tempat aku membesar sebagai remaja.. Tempat aku mengenali dunia remaja... tingkatan satu hingga tiga... Saat ini, tanggungjawabku adalah belajar dan bermain.. hehe.. Masih tiada konflik ataupun tanggungjawab besar yang perlu difikirkan.. hanyalah keriangan zaman remaja.. Namun saat ini sering ada konflik dalam diri.. mungkin masih mencari identiti diri... ataupun mungkin cuba untuk menjadi dewasa sendiri.. Itulah tahun 1999-2001 aku..

1998.. SK Islah… zaman kanak-kanak yang sangat meriangkan… Terasa juga ingin kembali ke alam itu…. berlari-lari di dalam kelas, bergelak ketawa bersama kawan-kawan… Masa tu, dapat sebuah basikal pun memang cukup menyeronokkan, walhal budak2 zmn sekarang sgt membanggakan telefon bimbit berkamera dan mp3… Wah, seronoknye… hehe

Kenapa aku terkenang kembali??….

Jika kita merenung kembali masa-masa lampau, tentu kita akan dapati semua yang telah kita lalui itu telah memberi kesan untuk kehidupan hari ini… Tak kiralah, kejayaan atau kegagalan, semua tu ada sejarah di sebaliknya..

Aku terkenang kembali zaman aku sbg pelajar…. kerana tidak lama lagi, tibalah giliran aku pula utk mendidik pelajar….. Betullah, wajah-wajah guru tidak pernah dilupakan…. Sekarang, akan tibalah masa aku pula utk meneruskan perjuangan itu… Terima kasih cikgu….. =)

Tuesday, January 20, 2009

nukilan pertama

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku mendapat inspirasi utk memulakan nukilan ini... InsyaAllah semoga dapat sama-sama berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat untuk kebaikan bersama.... =)