Wednesday, November 26, 2014

Siapaku tanpaMu...

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani....

Hari ini... Semua berjalan macam biasa.. Alhamdulillah.. Rutin harian yg tak pernah kosong dgn aktiviti. Saya ni seorang yang memang x boleh duduk diam. Balik rumah ada saje benda y terlintas nak buat. Alhamdulillah. Allah sentiasa pinjamkan kekuatanNya kpd saya, penat balik kerja dan sambung pula tugasan rumahtangga y x pernah habis..

Sekiranya saya mampu. Ingin saja saya di rumah. Pergi ke mana sahaja saya mahu, buat apa sahaja yang saya suka. Pulang menjenguk saudara mara di kampung yang sudah lama tidak saya temui.. 

Tapi.. Apakan daya.. Takdir Allah begini.. Terpaksa di rantauan mencari rezeki.. Terikat pula dengan amanah tugasan y dipertanggungjawabkan...

Ya Allah.. Sungguh.. Kdg2 hambaMu ini penat... Tapi aku mohon ya Allah.. Teruslah membimbingku.. Jgnlah Engkau putuskan rahmatMu terhadapku, suami, anak2 dan seluruh keluargaku... Satukanlah hati kami selalu.... Sesungguhnya ya Allah, tanpaMu siapalah aku....

Sunday, November 16, 2014

Melihat Alam Jadi Tenang?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....

Pernah tak kita terfikir, kenapa kita suka melihat keindahan dan kehijauan alam? Kita suka mendengar bunyi percikan air terjun. Kita asyik menghayati indahnya deruan ombak. Kita kagum dengan indahnya suasana matahari terbenam.

Sebenarnya itulah fitrah. Fitrah kita adalah sesuatu yang baik. Yang tenang. Dan tenang itu boleh kita dapat dengan mengingatiNya. Sedarkah kita bahawa alam sentiasa berzikir? Ya, sebab itulah kita akan rasa tenang melihat keindahan alam. SUBHANALLAH.... Kagum sangat kan?

Terima kasih pada yang sudi meluangkan masa membaca nukilan saya. Satu kepuasan apabila dapat berkongsi apa yang saya rasa di sini. :)

Keranaku Tidak Sempurna :)

Sometimes.. We just have to ignore. Ignore unimportant things that disturb our hearts. Just be ourselves, do whatever we love, just go on with our life.

Orang boleh kata macam2 pasal kita. Boleh kata y baik dan juga y xsedap didengar. As long as kita tau apa niat kita, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.. Kadang2 agak perit utk menerima yang negatif tentang kita. Tp sebenarnya ia juga boleh jd sbg self reminder dan cuba ambil positif, mungkin betul apa yang dikatakan. Jadi kita boleh ubah diri kita menjadi lebih baik kan?

Entahla. Kadang2 saya fikir, semua tu asam garam hidup. Mungkin saya ada silap yang saya x sedari. Tak apalah, cuba memaafkan dan melupakan. Bukanlah susah sangat tapi ia tak semudah yang disangka. Tapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan hati saya, saya dapat maafkan dan Allah bagi saya jalan untuk melupakan. Kerana saya akui saya adalah sangat lemah dan tidak sempurna. Mungkin ada kata-kata saya yang mengguris tanpa saya sedari.

Apa yang  saya harapkan, saya dapat lalui kehidupan mendatang dengan lebih tenang, tanpa dendam, tanpa prasangka dan tanpa apa2 perasaan yang negatif. Seperti orang lain, saya juga cintakan ketenangan hati. Dan itu hanya dapat diperoleh dengan meminta dari yang Esa. Insyaa Allah... :))

Saturday, September 27, 2014

Damailah hati ;)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

ALLAH.. Baca maksud Bismillah pun boleh menitis air mata. ALLAH maha pemurah.. Banyaknya rezeki yang diberi. Betapa hidup ini terlalu bergantung dan berharap dgn rezeki dariNya. ALLAH maha mengasihani. Berapa kali di saat kita sedih dan kecewa kita mengadu padaNya? Apa yang kita rasakan adalah ketenangan. ALLAH campakkan ketenangan dalam hati kita. Kerana Dia tahu kita perlukan ketenangan. ALLAH maha mengasihani.

Hari ni saya cuti. Anak yang kedua chicken pox selepas dua minggu si abang kena. ALLAH. Dugaan ini. Entah kenapa terasa berat dugaan kali ni. Tapi Saya yakin ada hikmah. Sudah berapa lama Allah bagi kesenangan dan kebahagiaan? Baru dua minggu Allah bagi kesusahan, wajarkah saya mengeluh?

ALLAH. Saya akui. Rutin hidup kadang-kadang melalaikan saya. DugaanMu ya Allah, membuatkan saya 'berehat' dan berfikir sejenak. Betapa saya jauh dari Allah. Jauh dari al-Quran. Saya rindukan ketenangan dan kedamaian. Ya, itu fitrah. Terima kasih ya Allah kerana dugaan ini telah menyedarkan saya kembali.

Suatu masa dahulu, pernah hidup saya diuji dengan dugaan yang hebat. Di saat itu, hanya pada Allah tempat bergantung dan mengadu. Sehinggalah dugaan itu beransur hilang dari kehidupan saya. Hilang bersama jauhnya saya dari Allah. Saya solat. Tapi tak kusyuk. Saya mengaji tapi xmenghayati. Curangkah saya padaMu?

Andai hati ini boleh berkata-kata.. Tentu sudah mengeluh dengan titik-titik hitam yang hadir. Ya Allah sucikan kembali hati ini. Damaikan ia. Tenangkan ia. Sesungguhnya hati itu raja dalam diri. Andai hati kotor, hidup ini tiada arah tuju. Sedangkan Allah dan akhirat tujuan hidup kita.

Saya menulis. Sebab saya suka menulis. Apa yang saya suarakan adalah dari hati saya. Tak pernah untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa. Tapi saya belajar sesuatu. Tulisan mempunyai kuasa yang besar. Jika tersilap tafsiran, saya akan menyinggung perasaan orang lain. Ya Allah. Satu satu perkara yang paling saya risaukan. Kecintaan pada menulis, saya pernah menulis novel. Hajat sebenar memang ingin dihantar ke syarikat penulisan. Sudah pernah email dan berbalas. Tetapi berhenti di situ. Kerana saya risau. Maksud penulisan disalah tafsir dan tidak sampai maksudnya. Akhirnya tinggal menjadi simpanan peribadi. Satu-satunya insan yang pernah membaca novel tulisan saya adalah suami saya sendiri. Walaupun dia baca tanpa kebenaran dan pengetahuan saya ketika itu. Tak apalah, saya akan terus menulis dan menulis di sini.. :)

Wednesday, May 7, 2014

Masa merubah kita ;)

Assalamualaikum pembaca blog layyinul Sutera!! Sihat ke? Last post saya adalah pada 31 Julai 2012... hari ni, semasa saya menaip new post kat sini sudah pun bertarikh 7 Mei 2014!! Wah memang lama kan? Hehe

Itu menggambarkan betapa sibuknya saya.. walaupun dalam hati keinginan menulis sesuatu di sini selalu ada. Sekarang mungkin saya boleh katakan hanya ada satu masa untuk saya blogging iaitu apabila cuti semester, pada waktu malam dan ketika kedua-dua hero sudah tidur..

Ya.. hero kedua selamat dilahirkan pada 1 oktober 2013. Alhamdulillah.  Diberi nama Muhammad Uwais Qushayyi bin Mohd Rohaizad.  Menjaga dua hero yang beza umur yang tak jauh ni ibarat menjaga sepasang kembar lelaki kot? Hehe..

With two little heroes 

My life now. ;p
Saya tersenyum sendiri apabila membaca posts saya yang dulu-dulu. Saya juga tersenyum melihat list blog kawan-kawan yang hampir semua sunyi dan sepi. Sungguh.. masa merubah kita. Sememangnya saya sengaja untuk meneruskan blog ini. Ada teman yang sudah delete blog yang dulu. Oh.. Blog ini sungguh banyak kenangan pada saya. Jatuh bangun ketawa sedih saya banyak dikongsi di sini. Mana mungkin saya buang ia. ;)

Betul. Masa merubah kita. Tetapi ia tak akan merubah kenangan. Kenangan akan tetap ada. Dan tak akan ada kenangan yang sama. Semoga Allah akan terus melindungi sebuah kehidupan. Sesungguhnya segala harapan hanya saya pautkan pada-Mu ya Allah... ;)