Thursday, January 21, 2010

My Life Here.

Dah lama xmencoret di sini.. hee.. Actually banyak benda yg ingin diceritakan dan dikongsi.. tapi.. ntahla.. slalu xberkesempatan.. hehe

Herm.. hidup skrg...Alhamdulillah... makin teratur dan tersusun... Makin lama terasa diri ini makin dewasa dan smpai satu saat kita perlu melakukan semua benda by our own feet. betul x? herm.. dari segi kewangan, keperluan dan segala pengurusan tentang hidup dan diri kita adalah depend pada kita sendiri... hee... inikah yg dinamakan dewasa??

Em.. kadang2 rasa mcm dah dewasa.. tapi kadang2 terasa jugak perangai masih kebudak-budakan.. hehe.. Tadi, berjalan2 ke cafe blok B utk breakfast.. terover excited plak bergelak ketawa dengan rakan-rakan sekerja lima sekawan.. hehe...

sampai satu tahap, baru tersedar yg kami di sini bukan lagi students.. hehe.. Then masuk library, ada satu benda yg melucukan.. then skali lagi terover excited gelak-gelak.. students yg semacam sebaya buat kami lupa plak yg kelakuan kami di sni adalah terbatas.. ups!! skali lagi tersentak dan mula control sket kelakuan kami apabila ada beberapa mata memandang kami.. hihi.. herm.... apa-apalah...

Tapi.. pe salahnya kan? hee... kalau aku.. dalam satu hari if aku xboleh bergelak ketawa, mesti aku rasa stress.. ntahla... at least dalam satu hari kena bertukar senyum gak dengan seseorang, kalau tak mesti aku rasa hari aku sangat2 stress... aku lagi suka bekerja dalam suasana ceria, tidak terlalu serius dan sempoi saje.. hee.. dan aku bersyukur sangat2 sbb di sini suasana sangat cool dan sempoi... hee

Em.. skrg tunggu masa utk balik... Actually xbanyak sgt kerja di sini melainkan handle program utk kebaikan students aku jugak... walaupun sudah ada tugas2 yg dah di"hitam putih" kan utk aku., tapi disebabkan suasana yg xpernah stress di sini membuatkan aku really enjoy my work here.. ;))

Okeylah.. bnyk yg ingin dikongsi... tetapi ntahla.. xterkeluar plak idea.. heee.. next time i share again k! sowwi lah if ada yg terBUSAN plak membaca.. heee...

Okey.. Dat's all! have a nice day FRENZZZ!!!! ;DD

Saturday, January 9, 2010

U mean Everything to Me.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Rasa-rasa nk tujukan lagu ni pada someone who is really special to me.. hee ;))


You are the answer to my lonely prayer

You are an angel from above
I was so lonely till you came to me
With the wonder of your love.

I don't know how I ever lived before
You are my life, my destiny
Oh my darling, I love you so
You mean everything to me

If you should ever, ever go away
There would be lonely tears to cry
The sun above would be never shine again
There would be teardrops in the sky

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me

So hold me close and never let me go
And say our love will always be
Oh, my darling, I love you so
You mean everything to me

Saturday, January 2, 2010

8 x 3 =23.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil pembacaan aku.. semoga sama2 mendapat iktibar dari kisah ini.. ;) Cerita ini pun aku ringkaskan mengikut kefahaman bacaan aku sendiri k..

***************************************

Al kisah Yan Hui, seorang pelajar kepada Conficius berjalan-jalan pada suatu petang di sebuah pasar.. Sedang-sedang dia berjalan, dia terdengar hingar bingar seorang pelanggan bertekak dengan penjual kain..

Pembeli kain itu berteriak," 8 x 3 =23 lah! kenapa awak cakap 24???!!"

Yan Hui cuba mendamaikan keadaan, dan mendekati pembeli kain itu..

Yan Hui : Saudara, 8 x 3 = 24.. semua orang tahu itu.. janganlah bergaduh lagi..

Pembeli kain : Siapa minta pendapat engkau?? kalau ingin benar-benar tahu siapa salah, mari berjumpa Conficius.. biar Conficius tentukan benar atau salah!!

Yan Hui akur dan bersetuju membawa hal itu utk diadili oleh Conficius- gurunya yang bijaksana..

Yan Hui : Baiklah, kalau awak salah macam mana?

Pembeli kain : Kalau Conficius kata saya salah, pancung kepala saya! Kalau awak salah, macam mana pula??

Yan Hui : Em.. Kalau saya salah, saya letak jawatan dan serahkan jawatan saya pada awak..

Kedua-duanya sepakat atas pertaruhan tersebut dan berjumpa Conficius.. Conficius mendengar dengan teliti akan hal tersebut dan juga pertaruhan antara kedua-duanya.. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Conficius mentertawakannya dan berkata:

"Betullah 8 x 3 = 23. Yan hui, kamu kalah. Sila berikan jawatan kamu kepada lelaki ini.."

Sebagai murid, Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya. Dengan akur, dia menanggalkan topinya dan menyerahkannya kepada lelaki itu.. Lelaki itu menerima topi dan jawatan itu dan berlalu pergi.. Namun jauh di sudut hati Yan Hui, dia tetap tidak berpuas hati..

Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga.. Conficius yg bijaksana lebih faham akan perasaan anak muridnya dan meluluskan cuti tersebut dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila semua masalahya selesai.. Sebelum Yan Hui pergi, Conficius sempat berpesan kepadanya.

Conficius: Kalau hujan lebat, jangan berteduh di bawah pokok. Dan apa pun yang berlaku nanti, janganlah sampai membunuh.

Dalam perjalanan, hujan lebat dan guruh menyebabkan Yan Hui mencari tempat perlindungan. Dia ternampak sebatang pokok dan ingin berteduh di situ. Namun, pesan gurunya terlintas di fikiran lalu dia segera meninggalkan pokok itu.. Tidak lama lepas itu, pokok itu dipanah petir.. Betullah pesan guru, desis hati Yan Hui.

Yan Hui tiba di rumah sudah lewat malam. Dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan dia masuk ke dalam rumah. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur. Kerana pelita sudah dipadamkan, dia mendekati katil dalam keadaan gelap.

Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasakan ada orang berbaring di sebelah isterinya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui ingin menghunus pedang dengan perasaan marah. Namun, ketika mengangkat pedang, dia teringat akan pesan Conficius supaya jangan sampai membunuh. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata orang yang tidur di sebelah isterinya adalah adik iparnya, iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu di rumahnya.

Keesokan paginya, dengan segera Yan Hui pergi berjumpa Conficius, berlutut dan bertanya tentang setiap kejadian yang berlaku itu. Menyedari akan anak muridnya seakan-akan sudah belajar sesuatu dan tersentuh hati daripada pengalaman tersebut, Conficius mengemukakan pandangannya dalam persoalan yang dikemukakan.

"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti belajar dariku..

Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa. Sebab itulah aku mengingatkanmu..

Semalam kamu pergi dengan perasaan marah yang terpendam, dan membawa bersama pedang. maka aku mengingatkanmu supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.

Cuba fikirkan.. semalam aku mengiyakan 8 x 3 = 23 dan kamu kalah lalu kehilangan jawatanmu.. Tetapi, jika aku katakan 8 x 3 = 24 benar, maka pelanggan kain itu akan kalah dan satu nyawa manusia akan melayang.. Mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia??

Yan Hui tertunduk.. Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua hal yang berbeza. hati kecilnya mula sedar, masih banyak hakikat kehidupan yg masih perlu dipelajari dan difahami.. Ada KEBENARAN yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik yang dipelajarinya selama ini.. maka, Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan dengan gurunya yg bijaksana - Conficius..

************************************************

Herm.. harap2 dapatlah sesuatu daripada perkongsian cerita di atas ye... Memang tidak wajar mempertahankan 8 x 3 = 24 sedangkan nilai kemanusiaan dibelakangkan.. Ada yang lebih penting dari itu.. Nilai kasih sayang, bertolak ansur dan nilai-nilai kemanusiaan yg lain amat penting dalam kehidupan kita seharian..

Semoga kita sama-sama dapat iktibar daripada kisah Yan Hui ini... Kebijaksanaan tidak berguna tanpa nilai kemanusiaan.. Semoga kita semua mampu menggunakan kebijaksanaan yang Allah kurniakan ini dengan sebaik-baiknya dan dapat dimanfaatkan utk apa jua situasi..

;))


Thursday, December 31, 2009

Khas dari penang.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Pertama kalinya post ini dibuat khas dari penang.. ;)


Firstly.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan pada Allah yg satu, kerana dengan izin-Nya, aku dikurniakan rezeki yg bagiku cukup indah di sini.. Tiada apa yg boleh aku ungkapkan lagi selain Alhamdulillah, kepada yg selayak-layaknya menerima pujian.. ;))

syukur.. segalanya berjalan lancar.. bertemu dengan orang yg baik2.. housemate yg ceria dan boleh dibawa berbincang.. rakan-rakan sekerja yang amat-amat memahami, helpful dan tidak lokek memberi tunjuk ajar.. walaupun kebanyakan pensyarah-pensyarah di sini sudah berusia, tetapi, masih sporting dan memahami aku yg masih merangkak-rangkak di sini.. ;) Syukur Alhamdulillah...

Hari ni, masuk hari ketiga aku berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. bukan lagi sebagai pelajar.. tetapi sebagai seorang pensyarah Kimia yg bagi aku masih belum layak utk aku digelar sebegitu.. Yang paling menarik, aku berjumpa kembali dengan Cik Asfar (skrg sudah Puan Asfar), pensyarah Kimia aku di kolej matrikulasi Kedah dulu... Kata beliau, sekarang, panggil aje dia Kak Asfar.. hehe.. Dulu, dia sebagai pensyarah aku dan sekarang sudah menjadi rakan sekerja aku di sini.. ;)

Aku..?? herm.. masih juga begini.. kadang-kadang seakan-akan tak percaya yg aku sudah di alam pekerjaan! syukur Alhamdulillah.. di sebalik sedikit kesulitan, rupanya terselit banyak limpahan rezeki yang Allah bagi.. sekali lagi syukur pada-Nya..

Herm.. teringat pula saat aku masuk ke pejabat KMPP utk melapor diri.. Bila aku cakap aku nak melapor diri, pegawai pentadbir tu ulang balik soalan aku, "melapor diri??".. hee.. mungkin dia agak terkejut. kerana waktu itu students pun ramai berkeliaran di depan bangunan itu utk ke cubic pensyarah.. lagipun, ketika berjalan ke pejabat, aku terpaksa berjalan bersama-sama kelompok students yg memang tgh rush nk ke kuliah..

Then, aku bgtau, "Em, sbgai pensyarah.." huhu.. masa tu amat berat skali nk sebut. aku pun xtau kenapa.. aku rasakan mcm belum layak aje utk mengaku.. huhu

Then, dia tersenyum. dan minta surat tawaran kerja dariku.. Then, selesai dia uruskan semuanya, dia ucapkan selamat bertugas pada aku, dan menyuruh seorang pensyarah kimia yg kebetulan lalu kat situ membawa aku ke cubic.. sampai di cubic pensyarah, pensyarah itu yg menggelarkan dirinya Kak Ti, memberitahu dengan agak kuat kepada pensyarah-pensyarah di situ..

"Hari ni kita ada orang baru.. pensyarah baru.. Fresh graduate dari UM.. akan ajar Kimia."

Hee.. ntah la. terasa amat janggal skali.. then kakti menemani aku ke setiap meja pensyarah dan aku bersalam-salaman dengan rakan-rakan sekerja aku yang kebanyakan sudah berusia.. Then, dua orang pensyarah Bio datang dekat aku... sangat ramah dan sporting..

"herm.. Nani.. tudung budak.. cara bawak beg macam budak.. kasut? herm.. kasi tinggi sket.. jalan mcm students.. hai.. nanti kena tukar tau! name tag kena pakai n jgn buang.. kami ingatkan student dah tadi.. hehe"

huhuu... macam budak2 sangatkah aku??? hihiii.. mungkin sedikit kena tukar.. tapi.. herm.. nak tukar apa ye?? xpe lah.. biarlah aku begini~ cewwah!! haha..

Herm.. agak gementar utk memulakan tugas.. sudah mendapat silibus utk matapelajaran Kimia di sini tapi jadual belum ada... mungkin lepas cuti midsem ni kot aku akan start mengajar..

Apa pun.. aku suka dengan suasana di sini.. agak tenang dari kesibukan kota.. blakang rumah ada sawah padi... setiap masa ada angin sepoi sepoi bahasa.. hehe.. sangat tenang dan mendamaikan...

Syukur Alhamdulillah.... Semoga Allah akan sentiasa mengiringi langkah hidupku... Amiinn.. ;))

Sunday, December 27, 2009

Too Fast.

Too fast???
huhu.. sorry memilih bahasa kedua sbgai tajuk utk post kali ini...

sebenarnya...
terlalu banyak yg ingin diluahkan.. terlalu bnyk ingin dikongsikan.. Tentang pengalaman hidup.. kisah2 hidup suka dan duka...

Aku juga hanyalah insan biasa.. terhasilnya coretan dan nukilan ini juga adalah dari segala apa yg dilalui dan dialami oleh diriku sendiri.... Sungguh.. terlalu banyak yg aku lalui... antara keperitan, kesusahan dan juga kesenangan dan kebahagiaan.. semua itu telah bercampur menjadi sebati dalam perjalanan hidup aku yg serba kurang ini...

Aku bukanlah dari keluarga yang amat senang.. ataupun dari keluarga yg amat susah.. Apa yg aku tahu... Aku lebih suka hidup secara sederhana... mungkin nampak secara luarannya, aku hidup dengan bahagia dan sempurna... tetapi hakikatnya tidak... kehidupan aku dan keluargaku juga ada pasang dan surutnya... tak usahlah aku membuka semua cerita di sini.. Aku sedar, susah utk kita mengajak orang lain utk sama-sama faham akan situasiku... Sebab itulah aku lebih suka berahsia tentang segala-galanya.... mungkin hanya seorang dua teman yg rapat sahaja mengetahui... selebihnya.. biarlah aku pendamkan.. aku cuba menghadapinya satu persatu...

Kadang kadang... manusia tersalah tafsir akan tindakan kita... tapi apalah daya kita ingin memuaskan hati semua pihak.. terus terang aku katakan, aku amat tidak gemar orang yg suka merasakan dirinya sempurna... usahlah ditanya kenapa kerana aku pernah bertemu dengan orang sebegini.. terlalu merasakan diri sempurna dan terlalu mengharapkan pandangan yg sempurna dari orang lain... biralah..... mungkin dia memang sempurna.. tapi, ingatlah, tiada yg lebih sempurna melainkan Allah...

kenapa terlintas di fikiran aku utk menulis post sebegini? Entahla.. sejak dapat tawaran kerja, aku mula nampak sinar dalam hidupku.... Alhamdulillah.... Aku rasa diri aku terlalu kerdil di sisi-Nya... DIA tahu segala keperitan yg aku lalui... DIA dengar segala apa yg aku doakan... Ya Allah.. sempurnanya sifatmu.. Aku hanyalah insan yg sentiasa tidak puas dengan nikmat-Mu..

Too fast... sememangnya masa terlalu cepat berlalu... sememangnya, kita kurang kesedaran tentang cepatnya masa berlalu sehinggalah kita rasakan masa seolah-olah terlalu jauh meninggalkan kita... Janganlah kita mengejar masa, kelak kita sendiri akan tersungkur.. jangan juga kita membiarkan masa, kerana kita yg akan rugi.. Tetapi, berjalanlah seiring dengan masa.. kerana itulah yg terbaik buat kita.. masa itu usia... masa itu segala-galanynya.. masa juga perngorbanan.. dan masa juga adalah segala titik permulaan dan pengakhiran...

Aku akhiri post kali ini dengan sedikit kata-kata yang agak memberi inspirasi padaku..

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyum walau hatimu xlagi mampu bertahan..
belajarlah memaafkan walaupun dirimu terluka..
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan..
Berpeganglah pada ALLAH walaupun Dia tidak kelihatan."

Layan.

mengisi masa lapang dengan layan lagu feveret sangat lah syahdu sekali.. hihi ;p

Turutkan hati
Kita menyesali
Andai ku biarkan
Usik perasaan

Aku seperti ombak yang berlari
Enggan menghampiri terbiar ke tepi
Aku ingin kemesraan
Dan senyum keramahan
Sentuhan rindu
Ku ingin selalu

Kisah yang manis bermain di mata ku
Tiada tangis di ketika itu
Ubatilah hati ku usah dibiarkan
Kerinduan ini sering bergelora
Semaikanlah cinta mu dengan benih rindu
Moga lenyap hilanglah segala
Gelora di jiwa

Aku inginkan senyum
Dan keramahan yang berkekalan
Bukan seketika

Gelora kasih permainan rindu
Andai dibiarkan usik perasaan
Gelora kasih menghempas hati
Gelora rindu menyentuh kalbu

=)

Saturday, December 26, 2009

Hari ini.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

xde pe yang nak di post kat sini...
saje ingin mengisi masa lapang.. hee

Alhamdulillah..

Hari ini... rasa tenang sedikit..
2,3 hari lepas, terlalu kalut dan sibuk dengan hal-hal posting..
sampai xde masa nk tenangkan diri..
Baru hari ni rasa sedikit tenang..

Herm.. semoga perjalanan hidup ini berjalan lancar..
sekiranya ada dugaan yg mendatang, semoga DIA selalu ada menunjukkanku jalan...
semoga sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya..
Amiinn.. ;))