Thursday, December 31, 2009

Khas dari penang.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Pertama kalinya post ini dibuat khas dari penang.. ;)


Firstly.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan pada Allah yg satu, kerana dengan izin-Nya, aku dikurniakan rezeki yg bagiku cukup indah di sini.. Tiada apa yg boleh aku ungkapkan lagi selain Alhamdulillah, kepada yg selayak-layaknya menerima pujian.. ;))

syukur.. segalanya berjalan lancar.. bertemu dengan orang yg baik2.. housemate yg ceria dan boleh dibawa berbincang.. rakan-rakan sekerja yang amat-amat memahami, helpful dan tidak lokek memberi tunjuk ajar.. walaupun kebanyakan pensyarah-pensyarah di sini sudah berusia, tetapi, masih sporting dan memahami aku yg masih merangkak-rangkak di sini.. ;) Syukur Alhamdulillah...

Hari ni, masuk hari ketiga aku berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. bukan lagi sebagai pelajar.. tetapi sebagai seorang pensyarah Kimia yg bagi aku masih belum layak utk aku digelar sebegitu.. Yang paling menarik, aku berjumpa kembali dengan Cik Asfar (skrg sudah Puan Asfar), pensyarah Kimia aku di kolej matrikulasi Kedah dulu... Kata beliau, sekarang, panggil aje dia Kak Asfar.. hehe.. Dulu, dia sebagai pensyarah aku dan sekarang sudah menjadi rakan sekerja aku di sini.. ;)

Aku..?? herm.. masih juga begini.. kadang-kadang seakan-akan tak percaya yg aku sudah di alam pekerjaan! syukur Alhamdulillah.. di sebalik sedikit kesulitan, rupanya terselit banyak limpahan rezeki yang Allah bagi.. sekali lagi syukur pada-Nya..

Herm.. teringat pula saat aku masuk ke pejabat KMPP utk melapor diri.. Bila aku cakap aku nak melapor diri, pegawai pentadbir tu ulang balik soalan aku, "melapor diri??".. hee.. mungkin dia agak terkejut. kerana waktu itu students pun ramai berkeliaran di depan bangunan itu utk ke cubic pensyarah.. lagipun, ketika berjalan ke pejabat, aku terpaksa berjalan bersama-sama kelompok students yg memang tgh rush nk ke kuliah..

Then, aku bgtau, "Em, sbgai pensyarah.." huhu.. masa tu amat berat skali nk sebut. aku pun xtau kenapa.. aku rasakan mcm belum layak aje utk mengaku.. huhu

Then, dia tersenyum. dan minta surat tawaran kerja dariku.. Then, selesai dia uruskan semuanya, dia ucapkan selamat bertugas pada aku, dan menyuruh seorang pensyarah kimia yg kebetulan lalu kat situ membawa aku ke cubic.. sampai di cubic pensyarah, pensyarah itu yg menggelarkan dirinya Kak Ti, memberitahu dengan agak kuat kepada pensyarah-pensyarah di situ..

"Hari ni kita ada orang baru.. pensyarah baru.. Fresh graduate dari UM.. akan ajar Kimia."

Hee.. ntah la. terasa amat janggal skali.. then kakti menemani aku ke setiap meja pensyarah dan aku bersalam-salaman dengan rakan-rakan sekerja aku yang kebanyakan sudah berusia.. Then, dua orang pensyarah Bio datang dekat aku... sangat ramah dan sporting..

"herm.. Nani.. tudung budak.. cara bawak beg macam budak.. kasut? herm.. kasi tinggi sket.. jalan mcm students.. hai.. nanti kena tukar tau! name tag kena pakai n jgn buang.. kami ingatkan student dah tadi.. hehe"

huhuu... macam budak2 sangatkah aku??? hihiii.. mungkin sedikit kena tukar.. tapi.. herm.. nak tukar apa ye?? xpe lah.. biarlah aku begini~ cewwah!! haha..

Herm.. agak gementar utk memulakan tugas.. sudah mendapat silibus utk matapelajaran Kimia di sini tapi jadual belum ada... mungkin lepas cuti midsem ni kot aku akan start mengajar..

Apa pun.. aku suka dengan suasana di sini.. agak tenang dari kesibukan kota.. blakang rumah ada sawah padi... setiap masa ada angin sepoi sepoi bahasa.. hehe.. sangat tenang dan mendamaikan...

Syukur Alhamdulillah.... Semoga Allah akan sentiasa mengiringi langkah hidupku... Amiinn.. ;))

No comments:

Post a Comment

What do U think?