Assalamualaikum.
Hi.. ;)
sesungguhnya, setiap hari yang kita lalui pastinya ada kisah yang tersendiri... Dan di sebalik setiap langkah kaki kita menyusuri kehidupan ini, pastinya ada hikmah yang tersendiri.. Yang perlu kita lakukan hanyalah melihat dengan mata yang ketiga.. apa lagi kalau bukan mata hati kan? ;)
Hari ini, aku banyak beremosi yg negatif.. Bukanlah kehendak aku.. Aku memang tidak suka marah... Marah itu sifat syaitan.. tetapi entah kenapa keadaan menjadikan aku lebih sensitif hari ini.. Terutama apabila seseorang yg terlalu menyibukkan diri beliau tentang kehidupanku.. yang mana aku merasakan cukup rimas dan lemas..... Maaflah... aku tidak bermaksud ingin memaki beliau.. dan jika beliau terbaca, aku harap beliau mengerti...
Sebagai ingin bersangka baik, aku menganggap bahawa beliau cuba mengambil berat tentang diriku, sama seperti insan-insan lain yang aku sayangi... tak apalah....
Apabila aku terbaca satu artikel tadi.. terasa dapat kembali kekuatan utk aku meneruskan langkah kaki ku yang entah bila akan terhenti ini utk hari2 mendatang... semuanya tentang "paku"..
Aku cuba ringkaskan supaya ia lebih senang utk difahami... ;)
Apabila kita menyakiti hati seseorang, dan kita terlebih dahulu meminta maaf..... Ia adalah satu sifat yang sangat terpuji... Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang yang sangat-sangat pemaaf walaupun kepada orang-orang yang menghina mencaci herdik baginda s.a.w...
***dan aku sangat-sangat menyanjung sifat terpuji ini jika ianya ada dalam diri insan-insan yang aku kenali.... dan apabila ada orang meminta maaf kepada kita, apalah salah jika kemaafan diberi seikhlas hati kerana ia akan menjadikan kehidupan kita bertambah 'lega'...
Namun.. namun.. namun......
Kenapakah kita seringkali cuba menyakiti jika hanya utk meminta maaf...??
Ianya seperti PAKU.. sekiranya kita mengetuk paku di dinding dengan tukul... dan kita mencabutnya kembali.... Semestinya sudah tiada paku di dinding itu...
Sesudah itu.. kita memohon maaf kepada dinding, dan dinding sedia memaafkan kita... kita berasa sangat lega kerana mendapat kemaafan itu..
Namun... cuba lihat kembali pada dinding tadi.. tidakkah di dinding itu adanya lekuk dan retak serta berkerutu??? Sejauh manakah maaf mampu menghilangkan kesannya??
Begitulah juga dengan hati manusia.. hati kita semua...! kita sengaja menyakiti seseorang, dan meminta maaf namun parut luka itu akan tetap meninggalkan parutnya...
Jadi..... CUBALAH untuk TIDAK MENYAKITI... meminta maaf itu satu yang terpuji tetapi cuba untuk tidak menyakiti itu jauh lebih terpuji...
Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah 'Paku' ini.....
No comments:
Post a Comment
What do U think?