Hi.. ;)
Alhamdulillah...
segala puji bagi Allah y memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya... ;)
Alhamdulillah.. semalam, aku dapat satu lagi berita baik.. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).. Itulah tempat bermulanya career aku sbgai seorang pendidik...
Sebenarnya, sejak aku dapat result posting yg menyatakan aku di tempatkan di Matrikulasi, aku sudah tidak sabar lagi ingin tahu kolej manakah tempat aku akan ditugaskan.. Memang agak cuak menelefon ke bahagian matrikulasi berpuluh-puluh kali kerana panggilan seolah-olah tidak dilayan..
Sampailah pagi semalam, 24hb 12 2009... aku dapat sms daripada Gee yg bagitau dah bleh kol bhgn sane utk tau result posting.. Aku xdelah rasa excited sgt utk menelefon sbb aku sudah rasa cuak.. dengan santai-santai sambil baring-baring atas katil di bilik umi, aku menelefon nombor tersebut.. banyak kali juga aku call... hampir putus asa, tapi layan je la... kol aje.... smpai lah talian itu berjawab!!
Masa tu aku tetiba rasa berdebar.. sbb aku mcm belum bersedia nk dengar kolej mana.. tapi dah terkol nk buat mcm mana.. hehe.. Then bila pegawai mintak no ic aku, sempat lagi dia gurau-gurau kata no ic aku unik! huhh.. apa-apalah..
Then dia bcakan nama aku dgn ic...
dgn rasa berdebar + cuak, telinga aku meneliti perkataan itu.
"Kimia kan.. Pulau Pinang ye... daftar 30 hb.. awak ditempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang!"
huhuuu.. tetiba lutut rasa ketar dan agak excited memandangkan my best buddy, IZZA jga dah mngjar di Penang Free School.. hee......
Cikgu Izza n Miss Nani.. hee..
(2001)-Tusyen Sir Hashim
(2002-2003)-roomates di MRSM Jeli
(2004)-Kolej Matrikulasi Kedah
(2005-2009)- UPSI & UM- future chemist teacher
(2010-???)- Penang Free School & KMPP
(2001)-Tusyen Sir Hashim
(2002-2003)-roomates di MRSM Jeli
(2004)-Kolej Matrikulasi Kedah
(2005-2009)- UPSI & UM- future chemist teacher
(2010-???)- Penang Free School & KMPP
Tapi.. bila diingat balik... keputusan ni memang seperti yg dijangkakan.... Instinct aku kuat mengatakan aku akan dapat Penang.. bila member2 tanya, aku dengan konfidennya gitau aku rasa aku akan ke sebelah utara.. masa pergi holiday ke Penang baru baru ni, hati aku sudah terdetik yang aku akan kembali ke situ.. huhu.. Apa pun, semua sudah tertulis.. aku akan menjadi seorang pendidik di KMPP..
Aku berharap.. aku dapat mendidik pelajar2 ku nanti, bukan sekadar dengan ilmu KIMIA semata-mata, tetapi aku ingin mendidik anak-anak bangsa aku mengenal erti KEHIDUPAN.. (cewahh!!) Semangat lak rasanya nk mengajar... hee.. harap2 semangat ini akan kekal sampai bila-bila... ;))
Apa pun.. aku sangat2 bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ini... Aku harap, Allah jauhkan aku dari sikap Ujub, Ria' dan takbur.. kerana aku harus sedar, segala nikmat pemberian-Nya hanyalah pinjaman dunia semata-mata... Jika Allah menginginkan, dalam sekelip mata sahaja Dia boleh menarik segala-galanya... Nauzubillah...
Herm... di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri dan SELAMAT BERTUGAS.. hehe.. Hargai diri sendiri dahulu k! hee
Juga ucapan TAHNIAH dan SELAMAT BERTUGAS buat sume kawan2 SEP UM 2005-2009 yg akan mula bertugas di matrikulasi, SBP, dan juga sekolah-sekolah di serata Malaysia... Selamat menjadi pendidik yg berjasa.. Di mana saja kita ditugaskan, tugas utama kita adalah mendidik anak2 bangsa kita... ;))
Lastly.. THANX a lot kepada semua yg menyokong aku... ;) kepada family dan semua orang-orang yg aku sayangi.. walaupun Sains Muar ngan KMPP itu jauhhhh yg amat.. huk huk.. ;( heeeee... xpelah.. aku tetap HAPPY dengan rezeki kurniaan ALLAH ini.. ;))
yeahhh!! best buddy ever..
ReplyDeleteslamat bertugas =)
aduyaii..kene wat entry khas pasal rentetan sejarah hidup kita ni.hahaha.. all the best! mMuahhh~