Assalamualaikum..
Hi.. ;)
post kali ni tajuknye spt di atas.. harap maklum.. hee ;p
Em.. tarikh tu mgkin akan jd tarikh yg amat bersejarah buat aku, Izza n Jaja.. tarikh di mana kejadian itu berlaku.. kejadian di shopping complex itu.. ahh xsanggup aku nk men'detail'kan (ayat BM salah ;p) tempat dan kejadian apa sbb aku tahu yg membaca post ni sudah sedia mklum kejadian apa..
Huhu.. percaya atau tidak.. aku masih fobia.. Smlm lepas smpai umah aje aku terus menuju kepada umi dan memeluk umi.. Aku pun xtahu knapa sebegini takutnye aku.. umi kata badan aku terketar2.. Act lepas kejadian semalam memang aku dah drive ingin trus pulang ke rumah, tetapi Izza kol bgtau tempat perjumpaan kami n the gang ditukar ke port lain.. so aku terpaksa U-turn perjalananku ke destinasi yg dipilih..
Sepanjang drive ke port y dijanjikan, lutut aku masih terketar2... Sepanjang itu juga aku bersembang melalui phone dgn umi, ayi, amin dan Ijad.. perasaan gementar memang masih perlu diluahkan memandangkan aku sorang y drive.. lepas parking, aku tunggu Izza n Jaja pergi bersama-sama sbb lutut masih ketar.. memang aku rasa xde kekuatan n I need someone bersama-sama aku ketika itu.. Bila mereka berdua tiba, baru aku keluar dari kereta dan menuju ke port yg dijanjikan..
Kami bertiga (Aku, Izza n Jaja) menunggu kehadiran Muja, Helmi dan Nabil sebelah bazar Buluh Kubu kat KB.. Saat kami bertiga, kami still meluahkan emosi gementar kami yg masih membuak-buak.. Saat itu kejadian ngeri masih terbayang-bayang (even skrg pun masih terbayang).. Perut aku yg lapar td memang xterasa dah walaupun chicken chop dan mango juice terpaksa ditinggalkan demi nyawa yg lebih berharga.. Kerana sangkaan kami bangunan itu akan runtuh.. huhu...
Kehadiran tiga jejaka itu mungkin mengurangkan sedikit resah kami.. Namun kami still perlu meluahkan kepada mereka bertiga.. Mereka bertiga pun dengarlah dengan sabar (mungkin agak cuak juga ;p).. Then menuju ke Medan Selera Kampung Kraftangan yg berhampiran..
Kami duduk-duduk bercerita lagi.. bila kami berenam berkumpul bersama memang bingitlah suasana di sana.. makan-makan dan bersembang.. atau lebih tepat melepak.. hehe.. ;p
Namun, fikiran aku masih gusar ttg kejadian itu.. lutut still terketar-ketar even dah kurang sedikit.. Namun masih terbayang dan aku perasan, fikiran aku bercelaru dan percakapan aku pn mgkin ntah apa-apa ntah.. xtahu lah kot2 mereka berlima x perasan.. Tapi bila aku ingat balik, aku tergelak sorang2..
Antara yg aku ingat, tiba-tiba aku tanya Muja, "Kenal la Pakcik Li??".. hihi.. Muja kelihatan agak terpinga-pinga... haha.. Yelah, ntah nape tetiba aku teringat pada Pakcik Li yg juga tinggal di daerah yg sama dengan Muja.. Ayer Lanas.. hehe.. Laju aje soalan tu terkeluar dari mulutku... Bila tersedar, baru aku jadi waras sket n berfikir, "ish, nape lak aku tanya muja soklan neh??" haha.. lawak.. lawak.. Nasib baik Muja y selalu ceria menjawab selamba, "Hah, habis semua sedara dia nak suruh orang kenal!!" hahahaha.. Aku tergelak besar dengan jawapan itu.. ;pp
Then, bila azan maghrib mula berkumandang (wah, anak dara balik lambat!!), kami berenam ingin berangkat pulang... Tapi, tetiba lak aku tercari-cari sesuatu.. Ya Allah, kunci kereta umi!!! hilang.. memang agak gelabah.. jarang aku kuar melepak dgn kereta umi.. Masa tu, aku rasa mau menangis.. tetapi aku tahan.. malu pula pada jejaka bertiga itu.. hehe..
Diorang cdangkan pergi balik kat tempat kami menunggu mereka tadi.. dlm perjalanan ke sana, aku x henti2 berdoa moga2 adalah insan2 yg baik hati mengambil kunci kereta itu utk dipulangkan...
Smpai kat sana.. aku sedikit hampa.. wajah2 mereka berlima juga hmpa.. kunci kereta tiada juga.. Aku pn mula rasa bersalah sbb buat kwn2 ku turut rasa mcm yg aku rasa.. Namun, tetiba ada sorang abang ni bertanyakan kami apa yg kami cari... Dia menunjukkan kunci tersebut dan aku dengan rasa excited dan syukurnye mengatakan itulah yg aku cari.. wajah kwn2 ku juga gembira!! aku xtau banyak mana ucapan terima kasih aku ucapkan pada orang tersebut.. Alhamdulillah... ;))
Apa apa pun.. Aku syukur sangat2... Dua perkara yg berlaku pada tarikh tersebut yg buat aku ucapkan Alhamdulillah berkali-kali.. sesungguhnya Allah masih sayangkan aku... ;)))
No comments:
Post a Comment
What do U think?