Saturday, January 2, 2010

8 x 3 =23.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil pembacaan aku.. semoga sama2 mendapat iktibar dari kisah ini.. ;) Cerita ini pun aku ringkaskan mengikut kefahaman bacaan aku sendiri k..

***************************************

Al kisah Yan Hui, seorang pelajar kepada Conficius berjalan-jalan pada suatu petang di sebuah pasar.. Sedang-sedang dia berjalan, dia terdengar hingar bingar seorang pelanggan bertekak dengan penjual kain..

Pembeli kain itu berteriak," 8 x 3 =23 lah! kenapa awak cakap 24???!!"

Yan Hui cuba mendamaikan keadaan, dan mendekati pembeli kain itu..

Yan Hui : Saudara, 8 x 3 = 24.. semua orang tahu itu.. janganlah bergaduh lagi..

Pembeli kain : Siapa minta pendapat engkau?? kalau ingin benar-benar tahu siapa salah, mari berjumpa Conficius.. biar Conficius tentukan benar atau salah!!

Yan Hui akur dan bersetuju membawa hal itu utk diadili oleh Conficius- gurunya yang bijaksana..

Yan Hui : Baiklah, kalau awak salah macam mana?

Pembeli kain : Kalau Conficius kata saya salah, pancung kepala saya! Kalau awak salah, macam mana pula??

Yan Hui : Em.. Kalau saya salah, saya letak jawatan dan serahkan jawatan saya pada awak..

Kedua-duanya sepakat atas pertaruhan tersebut dan berjumpa Conficius.. Conficius mendengar dengan teliti akan hal tersebut dan juga pertaruhan antara kedua-duanya.. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Conficius mentertawakannya dan berkata:

"Betullah 8 x 3 = 23. Yan hui, kamu kalah. Sila berikan jawatan kamu kepada lelaki ini.."

Sebagai murid, Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya. Dengan akur, dia menanggalkan topinya dan menyerahkannya kepada lelaki itu.. Lelaki itu menerima topi dan jawatan itu dan berlalu pergi.. Namun jauh di sudut hati Yan Hui, dia tetap tidak berpuas hati..

Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga.. Conficius yg bijaksana lebih faham akan perasaan anak muridnya dan meluluskan cuti tersebut dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila semua masalahya selesai.. Sebelum Yan Hui pergi, Conficius sempat berpesan kepadanya.

Conficius: Kalau hujan lebat, jangan berteduh di bawah pokok. Dan apa pun yang berlaku nanti, janganlah sampai membunuh.

Dalam perjalanan, hujan lebat dan guruh menyebabkan Yan Hui mencari tempat perlindungan. Dia ternampak sebatang pokok dan ingin berteduh di situ. Namun, pesan gurunya terlintas di fikiran lalu dia segera meninggalkan pokok itu.. Tidak lama lepas itu, pokok itu dipanah petir.. Betullah pesan guru, desis hati Yan Hui.

Yan Hui tiba di rumah sudah lewat malam. Dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan dia masuk ke dalam rumah. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur. Kerana pelita sudah dipadamkan, dia mendekati katil dalam keadaan gelap.

Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasakan ada orang berbaring di sebelah isterinya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui ingin menghunus pedang dengan perasaan marah. Namun, ketika mengangkat pedang, dia teringat akan pesan Conficius supaya jangan sampai membunuh. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata orang yang tidur di sebelah isterinya adalah adik iparnya, iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu di rumahnya.

Keesokan paginya, dengan segera Yan Hui pergi berjumpa Conficius, berlutut dan bertanya tentang setiap kejadian yang berlaku itu. Menyedari akan anak muridnya seakan-akan sudah belajar sesuatu dan tersentuh hati daripada pengalaman tersebut, Conficius mengemukakan pandangannya dalam persoalan yang dikemukakan.

"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti belajar dariku..

Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa. Sebab itulah aku mengingatkanmu..

Semalam kamu pergi dengan perasaan marah yang terpendam, dan membawa bersama pedang. maka aku mengingatkanmu supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.

Cuba fikirkan.. semalam aku mengiyakan 8 x 3 = 23 dan kamu kalah lalu kehilangan jawatanmu.. Tetapi, jika aku katakan 8 x 3 = 24 benar, maka pelanggan kain itu akan kalah dan satu nyawa manusia akan melayang.. Mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia??

Yan Hui tertunduk.. Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua hal yang berbeza. hati kecilnya mula sedar, masih banyak hakikat kehidupan yg masih perlu dipelajari dan difahami.. Ada KEBENARAN yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik yang dipelajarinya selama ini.. maka, Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan dengan gurunya yg bijaksana - Conficius..

************************************************

Herm.. harap2 dapatlah sesuatu daripada perkongsian cerita di atas ye... Memang tidak wajar mempertahankan 8 x 3 = 24 sedangkan nilai kemanusiaan dibelakangkan.. Ada yang lebih penting dari itu.. Nilai kasih sayang, bertolak ansur dan nilai-nilai kemanusiaan yg lain amat penting dalam kehidupan kita seharian..

Semoga kita sama-sama dapat iktibar daripada kisah Yan Hui ini... Kebijaksanaan tidak berguna tanpa nilai kemanusiaan.. Semoga kita semua mampu menggunakan kebijaksanaan yang Allah kurniakan ini dengan sebaik-baiknya dan dapat dimanfaatkan utk apa jua situasi..

;))


3 comments:

  1. ini ialah cerita yg......
    trimas kerana sudi di perkongsikan *two thumbs up*

    ReplyDelete
  2. hoho..cter besh..xsusah jd pandai..xsenang jd bijaksana..

    p/s:da lame kawe xmenulis ^___^

    ReplyDelete
  3. muja: sharing is caring.. ;))

    mosazu: yup betul tu.. ;) em... memang agak lama kamu tidak menulis.. hehe.. so apalagi, create new post cepat! hehe ;)

    ReplyDelete

What do U think?