Sunday, December 5, 2010

Best juga ;)

Assalamualaikum..
Hi!! ;))

Haa.. cuba tengok gmbar kat bwh ni.. cute kan?? err mksudku yg dlm cermin kaca tu.. ngeee.. dlm gmbr tu adalah baby orang utan.. Hiroshi nama die.. hehe... tu skrg dia dlm icu, kunun2 larr.. hehehehe... cumil kan?? hehe

ini gmbar baby orang utan kat sbelah Hiroshi. lupa da nama dia.. dia malu2 sket. hehe

Err.. ini lagi cumel kan? hihi.. ;p

Apa pun weekend ni sangat enjoy! dan terasa sangat bangga dapat menaja tiket utk family.. hehee.. walaupun duit makin kurang.. makin kurang.. tp xpe, duit boleh dicari, tapi hati insan-insan yang kita sayang tiada berganti.. btul tak?? ;))

Cuma.. weekend ini terasa kurang tanpa seorang,,.. guess who?.. heeee


gmbar kat atas dpan "Rumah Hantu".. tapi hampeh je.. masuk dlm tu nak buat aku tergelak.. hihii

Emm.. k lah stakat ni la dulu.. mata rasa ngantuk lak.. haih, dah lama aku x online lama2 camni.. hihi.. ok, have a nice day!!~~

bye n cau! ;p

Friday, November 26, 2010

Ini sangat best!! ;D

Assalamualaikum..
Hi everybody!! ;))

Ok, ini sangat best! dan menarik juga.!
Really enjoy in this field..
Enjoy being in Chemistry.. enjoy teaching chemistry!! ngee~

Gambar ini menceritakan semuanyeee... arts from students~ ;))

comel x? ;)

Klakar~

kreatif!

chemistry is art~

K lah dat's all for now.. ada bnyk ag gmbr tp,,, adehhh.. lmbt lak nk upload.. next time k!! hehe

Bye n cau!! enjoy your day~~ ;DDDDD

Wednesday, November 3, 2010

..your turn will come...


Assalamualaikum..

Hi.. ;)

Hari ni cuaca okey sket la.. nak kata panas, xpanas sgt.. redup2 n angin sepoi2.. cuma mendung je.. maklumlah skrg kan musim tengkujuh... tapi mendung tak semestinya hujan kan? hee.. macam tajuk lagu Ella plak...

Herm.. if baca tajuk post aku kali ni.. herm.. mesti pembaca tertanya2 kan.. hehe.. Actually that words are from my best buddy, Izza Adnan.. Dia sekarang sedang melalui peringkat-peringkat bahagia dalam hidupnya.. hehe... xperlulah aku cerita detail kat sini.. Biarlah Tuan empunya badan yg menjelaskan segala-galanya..

Hermm.. of coz i really happy for her..I will be the one of the happiest person for her.. Yelah, sedikit sebanyak aku menjadi 'saksi' kisah mereka berdua.. hehe.. But.. sedikit sebanyak aku rasa sedih jugak.. kenapa?? hee.. bcoz i will lost my best friend!! ;(( It's true that our friendship is still,,,, but it will never be the same... huhuu..

owh.. berbalik pada tajuk di atas... herm.. itu ayat dia kepadaku.. "Your turn will come, dear.." huhuu... Insya Allah... and i'm waiting for it.. hehe.. apa yang aku doakan, semoga semua usaha aku dan dia dipermudahkan... Dengan izin Allah yang menentukan segala-galanya...

Herm.. My turn will come... ;)) Do pray for me, okay.. ;))

cau!!!

Sunday, October 31, 2010

Holiday!

Assalamualaikum...
hi.. ;)

Saje je nk mengisi waktu lapang.. aku kn tgh oliday skrg.. hehe.. so ada la masa nak mengupdate hr ni... em.. tp act xtau nk citer pasal pe... So far, holiday aku okey la.. rest n relax.. cuma still ada sket mslh y perlu aku setelkan... herm.. xmolah citer kat sini... hidup kita mmg akan sntiasa ada dugaan kn... cuma aku perlukan doa drpd pembaca supaya aku diberi kekuatan utk setiap dugaan yg aku hadapi ini.. thanks.. ;)

em.. selain rest n relax.. aku pn ngah layan citer korea ni.. hihi.. thanx to my best buddy, Izza Adnan yg bekalkan aku bnyk stok2 citer korea.. hee.. skrg ngan layan citer witch-yoo-hee.. hihi.. best gak citer tu.. biase la, citer korea kan citer yg lepak2.. gelak2... hee... tinggal berapa episod je lg nk abis.. nnti aku akan lyn next drama lak.. hee.. emm, bestnyee cuti!! hihi ;D

Slain tu, masa yg aku ada juga aku tumpukan pada insan2 tersayang.. heee.. kalo sblum ni myb agak bizi, skrg wktu cuti so 90% daripada aku adalah utk mereka!! hihi.. lagi 10% tu mestilah utk diri aku sdiri... hee.. sepatutnya lebih bnyk lg y perlu aku spend utk diri sendiri, tp.. yelah... siapalah aku ni tanpa insan2 tersayang kan... hehee

k lah.. stakat ni dulu la aku merapu.. hihi.. sorry la if post ni mcm ntah pe2 ntah.. hee
bye n cau!! ;D

Friday, October 22, 2010

Ketenangan yang dicari.

Assalamualaikum..
salam sejahtera semua.. ;)

Em.. dah lama x menaip kat sini.. ntah ada ke x lg yg membaca blog ni.. hii.. xpela if xde org baca pun, tp penulis blog ni still mau meneruskan blog yg xseberapa ini.. coz blog inilah pendengar setiaku.. ;))

Di saat kita selalu mengeluh akan dugaan yg menimpa diri kita.. rupanya ada insan lain yg lagi besar dugaannya... Aku belajar banyak benda daripada kisah hidup seorang student aku.. yang mungkin barangkali ketika ini masih bersedih...

Biar sahaja aku menamakan dia S. S seorang remaja perempuan yang biasa sahaja.. namun, sape tahu di sebalik wajahnya itu, tertulis kisah hidup yang sgt teruji... Mungkin Allah tahu dia seorang yg tabah..

semasa mendaftar di kmpp, S sudah kehilangan ibunya.. S mempunyai dua beradik sahaja, dia dan abangnya.. semasa belajar di sini, S juga berulang alik menjaga ayahnya yg sedang terlantar sakit di hospital.. Cuba bayangkan, S hanyalah seorang remaja perempuan 18 tahun, yg masih baru ingin meneroka kehidupan di dunia ini.. Namun, mungkin Allah mahu mengingatkan S bahawa tiada apa pada kehidupan dunia, hanya akhirat yang kekal abadi..

Semasa ujian pertengahan semester pada Julai lepas, S mendapat berita tentang pemergian ayah tercinta sewaktu sedang bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan. Ya Allah, besar sungguh dugaan-Mu buatnya.. "sabarlah S..." mungkin itu ungkapan yg sering didengarnya..
Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Walau kematian ayah tercinta, S masih meneruskan perjuangannya di kolej.. semangatnya tdk luntur seperti sesetengah pelajar yg berhenti sekerat jalan dek kerana tidak tahan dengan dugaan belajar.. tidak hairanlah S tersenarai sebagai calon berpotensi 4 flat di kolej...

Namun, masa peperiksaan akhir semester 1, semalam.. sewaktu S dan rakan-rakannya y lain sedang berjuang menduduki peperiksaan Matematik kertas 1, S mendapat satu lagi berita yang mungkin xterduga olehnya... iaitu kematian abang tercinta.. Ya Allah, ingin saja ku bertanya, kenapa abang S pergi di saat dia sedang menduduki peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya? tapi.. Allah tahu segala-galanya yang tersembunyi di sebalik kejadian.... Ya Allah, tabahkan hati S..

Sekarang.. tinggallah S sebatang kara.. tanpa ibu.. tanpa ayah.. tanpa abang... Ya Allah, aku tahu S seorang remaja yang istimewa... yg Engkau pilih untuk Engkau tingkatkan darjatnya disisi-Mu... Engkau berilah S kekuatan.... Semoga S masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan peperiksaan Fizik kertas 2 pada hari Selasa depan.... Aku sebagai gurunya sangat mendoakan kejayaan S... Dari hatiku yang tulus....

Kisah S banyak memberi pengajaran kepadaku..... Jika aku merasakan kehidupan aku sentiasa teruji.... ada lagi yang lebih besar dugaannya.. salah satunya dari pelajarku sendiri...

Mungkin aku mencari ketenangan... yang mungkin hanya akan aku dapat dengan kembalikan seluruh jiwa ragaku pada-Nya yang Esa...

Alhamdulillah... Aku menemui penyelesaian kepada kebuntuan ini.. ;)

Saturday, September 25, 2010

Layarkanku ke arah cinta-Mu.

Ya Allah.. sangat suka dengar nasyid ni... Sangat beruntunglah orang yang selalu menyucikan jiwanya.. ;))

Layar Keinsafan.

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

;)))

Persediaan. ;)

Assalamualaikum.. ;)

pekhabar sume pembaca blog layyinul sutera... ;)) hope sihat2 aje..

Herm... penat hari ni.. satu hari berkursus... tapi sangat best! ia pasal terapi kesihatan.. khas utk sume staff kat kmpp.. ;)) banyak benda yg aku pelajari hari ini.. ;))

Sekarang ni... Banyak benda yg aku perlu pelajari.... Yelah,utk menjadi seorang yang lebih baik dan membaiki segala kelemahan dalam diri... ;))

Sesungguhnya dalam hidup ni, kita perlu sentiasa belajar.. Apa lagi sebagai seorang perempuan, atau wanita, ilmu pengetahuan sangat penting... Lebih2 lagi ilmu utk kehidupan berumah tangga... bukan setakat ilmu2 yg kita belajar kat universiti je tau.. hehe ;))

Alam rumah tangga bukanlah sekadar untuk sehari dua, tetapi untuk kekal hingga ke syurga., itu matlamat utama yg perlu kita sematkan dalam hati... Perkahwinan juga bukan setakat akad dan majlis, tetapi ianya lebih dari itu...

Sebab itulah persediaan itu penting... Herm.. yang penting, perkahwinan itu perlulah perkahwinan yang diredhai Allah... Mengikut pengalaman rakan2 yang sudah memasuki alam rumah tangga, perkahwinan bukanlah semudah alam percintaan.. namun ianya tidaklah susah sekiranya kita berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah.. malah, ia akan lebih indah dari itu.. Segalanya sudah tersedia, kita sebagai hamba-Nya hanya perlu mengikuti sahaja dengan keikhlasan.. ;)

Oh ya, teringat pula masa kursus staf tadi... Setiap perbuatan perlu disertakan dengan niat... Jadi, sekiranya niat kita untuk berkahwin kerana cinta, cinta lah yg kita dapat.. sekiranya kerana nafsu, maka nafsu jugalah yg akan menguasai... jika kerana harta, harta juga lah yg kita akan miliki... namun segala-galanya adakah akan kekal? cinta, nafsu dan harta hanyalah bersifat sementara.. namun, sekiranya niat adalah kerana ALLAH.... insya Allah, dengan izin-Nya, keredhaan Allah yang kita rasai yang akan kekal hingga ke akhirat.. ;))

Setiap pasangan yg ingin berkahwin juga perlu tahu akan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan... tugas sebagai suami/isteri bukanlah semudah pakwe/makwe kan... Jadi, kedua-dua pasangan perlulah mempersiapkan diri masing2... Pokok pangkalnya,,, tanggungjawab kepada ALLAH... sekiranya tanggungjawab kepada ALLAH sudah beres, insya Allah tanggungjawab yang lain juga akan berjalan seiring... insya Allah...

Namun, janganlah menganggap perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan... Perkahwinan itu insya Allah akan memudahkan setiap pasangan.. kita berasa tenang apabila bersama pasangan, dan yang lebih penting, kita akan merasa lebih dekat dengan pencipta kita, ALLAH apabila ada di samping pasangan.. ;))

Hee.. apa yg aku tulis tu adalah apa yg aku baca dan hasil perkongsian daripada rakan2.. Semoga aku menjadi seorang wanita yang lebih bersedia.... dan semoga jodoh ku juga sedang bersedia di sana.... hee ;)).. Hanya DIA yang tahu segala-galanya apa yang masih menjadi rahsia... apa yang aku doakan, semoga semua urusan akan dipermudahkan.. insya Allah.... ;))

Friday, September 24, 2010

New post. ;)

Assalamualaikum.. ;)

pekabar sume? da lama Cik Layyinul Sutera xtulis blog.. hee.. sibuk aje memanjang.. ada niat nk mencoretkan kisah2 hidup dlm ni.. tp slalu je xberkesempatan..

Em,,.. minggu ni kat kmpp ada karnival pendidikan dan kerjaya.. Aku plak kena uruskan bhgn cenderamata, sijil2 dan buku pelawat utk para peserta dan tetamu.. kedengaran agak mudah kan? tp sebenarnya bnyk jugak benda2 kecil yg kalau tertinggal bleh jd masalah besar pd mjlis...

Tapi, Alhamdulillah.. bahagian aku dah settle td... sume berjalan lancar.. ;) huhh.. penat sangat.. sume kerja nk diberi pd aku... herm.. memang nasib kot orang-orang baru dapat kerja yg sentiasa lebih... Apa pun, semoga sume urusan akan dipermudahkan... insya Allah.. ;)

Esok pulak, ada kursus profesionalism staf dan pensyarah.. semua kena terlibat.. Alhamdulillah, kerja bhgn aku yg kena siapkan sudah settle.. ;) Semoga esok juga akan berjalan lancar.. ;))

Herm.. 2, 3 hari ni... bnyk sungguh benda yg berlaku yg boleh aku jdkan iktibar. xperlulah aku sebut satu persatu... tapi bnyk pengajaran yg aku dpt...ingat nk kongsi jugak.. tapi tetiba lak mata terasa berat je ni.. hehe

Aku harap dan mendoakan... insan-insan di sekeliling aku sekarang adalah insan-insan yg boleh dipercayai... Aku sudah penat dengan orang yg suka mengkhianati.... kita xakan dapat rasai kepentingan utk mempercayai sehinggalah kita dikhianati.. Na'uzubillah...

K lah, masa utk tido... gudnite.. ;)

Saturday, August 14, 2010

m.o.n.o.l.o.G. 3

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan buat semua~ ;))

Alhamdulillah... Kita semua berpeluang mengecapi kemanisan bulan Ramadhan lagi pada tahun ni.. cepat kan masa berlalu... ;)

Emm.. pe ye aku nak taip neh... xde pape~ heee... hari ni terasa bahagiee... thanx to 'him'.. slalu buat saya terasa bahagiee~~~ hee ;)))

Actually xnak bagi tido gak lepas sahur ni... orang kata lepas subuh pintu rezeki terbuka luas kan.. pe lagi bulan Ramadhan.. keberkatan tu lebih sket... ;))

Em.. dah la kot.. hehe.. mesti yang baca ni rasa ntah pape ntah post ni.. heee.. anyway thanx for reading! ;))

Kat bawah ni adalah gambar2 utk my previous post.. thanx to miss fatni yang sudi edit gmbar2 ni.. ;))

memory~

chemistry lecturers~ ;)

**slamat beribadah di bulan puasa..
cau!!! ;D

Thursday, August 5, 2010

m.o.n.o.l.o.G. 2

Assalamualaikum..
hi..

post kedua utk hari ni.. rajin plak Layyinul Sutera mencoret sesuatu hari ini.. ;)

walaupun ianya pasti.. namun xsemestinya pasti.. yg pasti belum tentu lagi tertulis pada qada' dan qadar.. betapa lemahnya kita..

kita selalu mengharapkan.. harapan kita menjadi pasti.. namun ia sebenarnya tak pasti juga.. sehinggalah sesuatu itu betul2 terjadi... sebab itu ada yg berkata, jangan terlalu berharap pada sesuatu yg belum pasti menjadi hak milik kita..

Para pembaca blog Layyinul Sutera yang dikasihi..
memang di dunia ini x ada satu pun hak milik kita.. sume kepunyaan Tuhan.. Allah.. Jadi, Allah berhak untuk memberi dan menarik balik sesuatu nikmat yang diberi...

sebenarnya.. agak risau.. jika nikmat yang selama ini kita nikmati, tiba2 ditarik oleh Allah... tentunya ia sangat menduga... apa yang boleh kita buat... sentiasa berdoa.. bersyukur.. dan menjaga segala nikmat2 dengan baik...

Oh.. sungguh aku x mahu menjadi hamba yang berpaling dari redha-Nya.. Namun slalu sahaja tersungkur.. menyebabkan hati dan jiwa ini jauh dari-Mu... Sesuatu yang amat aku risaukan.. nikmat kebahagiaan yang aku kecapi sekarang akan ditarik balik oleh-Nya..

Sesungguhnya.. aku tidak tahu apakah nikmat ini untuk menguji? Ya Allah.. jika ia untuk menguji, aku amat risau, apakah mampu aku melaluinya...

betapa lemahnya diri ini.... memang... hidup ini terlalu bergantung kepada-Mu... Engkau yang kurniakan semua ini...

Ya Allah.. kekalkanlah kebahagiaan dalam hati ini~~

m.o.n.o.l.o.G

Assalamualaikum..
hi..

baru je balik dari kursus di Pulau Pinang.. di sebuah hotel, di tepi pantai.. em, cantik gak la pantai tu.. kursus tu diberi nama kursus pensyarah baru kolej matrikulasi.. selama 3 hari dua malam... waah, best bukannye apa, tapi coz bleh kuar jap dari kmpp dan menghirup udara pantai dan bermain-main air pantai.. yeyy!! i like~ hee

kat kursus tu, jumpa kawan2 UM yg dapat posting kat kolej matrikulasi gak.. emm.. ramai yg kata aku makin berisi.. hoho... itu sememangnye tuan empunya badan sudah menyedari.. hihi...

em.. life skrg.. kdg2 terasa aku ni hanyut je dibawa arus masa.. bukan apa, pejam celik pejam celik.. tup tup da masa utk tido.. masa mmg berlalu tanpa aku sedari.. dan aku realize, mmg hari2 yg aku lalui lebih kepada rutin... herm.. sometimes rasa mcm agak bosan.. coz selalu je ulang rutin yg sama...

entahla.. apa yang aku cari dalam hidup ni... sudah jumpakah apa yg aku cari itu? em.. jap jap.. apa yg aku cari sebenarnya?? ntah la.. aku pun x tau.. huhu.. mungkin sbb fikiran agak celaru ketika ni... masalah?? herm.. sememangnya hidup ini xboleh sunyi tanpa masalah kan?? tapi, nak kata ada masalah pun, xde la sangat... ntahla... tetiba je rasa hidup ni mcm kosong.... herm..

erm.. pada yg baca post aku yg ntah pape ntah ni... pernah x korang rasa hidup korang kosong?? xbererti? em.. bukan aku xmenghargai kehidupan.. tapi kadang2 aku rasa mcm tu... walhal dlm kehidupan aku, aku amat menghargai segala-galanya.. ada insan2 yang menyayangi.. ada kerjaya.... tapi, masih ada something missing.... apa dia ek?

haih...... betul kan? hidup ini terlalu complex.. mungkin pencarian hidup xakan berakhir smpai bila2.. sampailah kita berjumpa Tuhan kita nanti... oh... gerunnya utk berjumpa Tuhan.. coz aku tahu aku hamba-Mu yang lemah lg terlalu bnyk berbuat dosa...

herm.. kalaulah page aku ni boleh bercakap dan berkomunikasi dgn aku.... aku nak ucap bebanyak terima kasih kat dia.. coz bnyk mendengar luahan hati aku.. dari dulu smpai sekarang.. thanx a lot!

;)

Saturday, July 17, 2010

Post Pernah.

Assalamualaikum..
hi everybody.. ;)

lama sudaa cik Layyinul Sutera xmenulis post yg baru.. herm.. skrg baru cik Layyinul Sutera ada masa nak menaip.. yeayyy!! students dah mula exam UPS next week.. so bleh la pensyarah bertuah ini berehat2 smbil berblogging.. hehe ;p

Bunga-bunga untuk membangkitkan mood CERIA dan RIANG.. ;D

owh ya, lupa nak tanya.. how's your day?? (ayat biase pada permulaan kelas waktu petang) hihi.. hope all of you will have a great days outside!! Seems like everybody's happy kan?? if ada yg tengah berduka tu... senyum senyum la ye... bersedih itu boleh, tapi jgn lah jadikan rasa sedih itu penghalang untuk kita meneruskan hari2 esok ye... ;)) haa.. senyum punn kamu.. so sweet!! ;D

Em.. xada apa pun actually.. saje ingin merapu2 di sini.. hehe.. actually baru je balik dari kursus di pokok sena.. kursus apa...?? hee.. cuba teka kursus ape.. hihi.. kursus yang akan meningkatkan lagi ilmu pengetahuanku... tentang... kerjayaku sebagai seorang pensyarah.. hihihi.. suspen sudaa?? haa... ape la agaknye korang fikir tu ye? hihi

best jugak la kursus tu... melibatkan sume pensyarah di Jabatan Sains.. seronok coz banyak game.. hee.. maklumlah dah lama x melepas gian melompat-lompat berlari lari macam kanak-kanak riang!! haha.. kesimpulannya mmg seronok..

em... ada orang kata aku ni friendly.. ada yg gtaw aku ni pemalu (auww!!) ada gak yg kata aku ni kdg2 unpredictable.. hee.. apa pun pandangan korang sume, cik Layyinul Sutera ini tetap cik Layyinul Sutera.. if ada yang rasa sy ni baik hati (alamak, perasan la plak!! ;p), saya menghargainya.... if ada yg selalu nmpk negative sides in me... thanx... i really appreciate it.. we are just HUMAN.. am i right?? just be yourself, okay!!

Em.. idup ini... ada jatuh dan ada bangun.... dan for 23 years, mcm2 ragam dah dijumpai... dan yang sangat aku bersyukur, selalu ada ada MUJUR dalam setiap kejadian yang aku tempuhi... hehe.. mujurlah.... mujurlah... mujurlah... hee.. selalu aja kita dengar kan?? ;))

dan pada kamu yang rasa:
pernah menyakiti hatiku,
pernah membohongi diriku,
pernah berselindung di sebalik setiap kebenaran,
pernah mencuba untuk menjatuhkan aku,
pernah menafikan kekuatan aku,
pernah memperlekehkan segala kebolehan aku,
pernah menyebarkan kelemahanku,
pernah merasakan dirinya yang paling hebat di dunia ini,
dan semua mcam hal yang PERNAH dan melibatkan diri aku...
INSAFLAH...... pintu taubat masih terbuka untukmu...

orang kata, siapa yg makan cili, akan terasa pedasnya kan... so.... post ini ditulis untuk tontonan umum.. cuma yang makan cili tu je yg akan rasa bahang kepedasan tu..


pada yg makan cili, tapi xrasa pedas lak.. alahai... kesiannya kamu.....

cau!

Monday, June 28, 2010

New Post. ;)

Assalamualaikum..
Hi everybody!! ;D

How's ur day? great?? hee.. (macam ayat yang slalu tanya kat students plak) hehe

Em, amik sedikit masa utk berblogging.. sambil2 baca2 sket n study.. hee.. dah lama xstudy, so bila nak study balik, rasa mcm berpinar-pinar je mata.. hehe.. Apa apa pun hope semuanya akan dipermudahkan... ;))

Lately, aku rasa sangat tenang.. herm.. walaupun kadang2 rasa stress dengan hal2 kat ofis, tapi itu bukanlah sebab untuk aku berasa tertekan... Alhamdulillah... Apa pun aku harus berterima kasih kepada Allah, tuhanku yang satu.. kerana mengurniakan nikmat2 sebegini buatku.. Kerja ok, kawan2 pun okey... walau kadang2 ada jugak masalah2 yang membelenggu, tapi Alhamdulillah, aku masih boleh handle semuanya.. dan semuanya berjalan lancar.. ;)

Entah nape, aku rasa rindu sangat zaman study kat UM dulu.. terlalu banyak kenangan di sana.. ;) Mungkin bila aku baca status my students kat facebook, semuanya nampak gembira dan seronok untuk melangkah ke universiti.. membuatkan aku terkenang-kenang masa aku pertama kali melangkah ke UM dulu.. ;)

Apa pun, semua itu sudah menjadi kenangan terindah buatku... Alhamdulillah, setakat ini zaman remaja yang aku lalui dulu menjadi satu yang amat bererti buatku... dan sekarang, aku sudah 23 tahun.. herm.. bukan lagi seorang remaja... tetapi seorang yang dewasa.. dan aku harap zaman dewasa aku juga akan menjadi satu zaman yang amat bererti buatku, apetah lagi bila aku memasuki alam "warga emas" kelak.. hee... (time tu gigi dah xde kot n muka da berkedut giler!! hahaa)

em... rasa xnak bagi masa terus berlalu.. aku nak masa pause je kat sini, boleh x?? hihi.. of course la xboleh kan?? tapi, macam2 mane pun, masa kena gak diteruskan agar impian-impian yang masih belum tercapai akan tercapai... hehe.. Insya Allah, apa yang aku harapkan n doakan, segala-galanya akan berjalan lancar..

Ya Allah, janganlah Engkau menguji aku dengan dugaan-dugaan yang berat..... Kau redhakanlah segala perjalanan hidupku..... kau ampunilah segala dosa-dosa yang lalu.. bersihkanlah hati ini... berilah petunjuk dan hidayah-Mu agar aku terus kekal berada di jalan-Mu... Wahai Allah Tuhanku, berilah rahmat ke atas segala apa yg aku lakukan, dan orang-orang yang aku sayangi.. lindungilah aku dan orang-orang yang aku sayangi dari bencana dan malapetaka yang di luar jangkaan kami.... Ya Allah, berikanlah kebahagiaan kepada kami dunia dan akhirat, dan tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu.... Ya Allah, perkenankanlah doaku ini dan orang-orang yang membacanya.... Amiinn.. ;))

Monday, June 21, 2010

Future. :)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Sudah lama blog ini dibiar sepi rupanya.. hehe.. nasib baik xberhabuk..

Em.. hari ni ada sket masa utk blogging.. memang lately sgt bz.. masa yg ada hanyalah utk berehat dan bersama orang-orang tersayang.. hehe.. Tp utk pembaca yg masih setia mengikuti blog ini, jgn risau coz blog ini xakan ditutup.. (Perasan. bajet banyak je org yg baca.. haha)

Em.. yg nak ditulis dalam blog kali ni... tentang kehidupan akan datang... Erm, kenapa suka tajuk ni? coz lately ramai member2 yg telah menamatkan zaman bujang mereka.. TAHNIAH diucapkan kepada semua... semoga kehidupan akan datang memberi sinar yang sangat berkmakna dalam hidup kalian...

Em.. my TURN?? hee.. sabar ye.. It will coming soon... Ini hal bukan hal yang kecil2... sangat BESAR..!! coz orang yang akan kita kahwini itu yang akan menjadi teman kita di masa hadapan... dan 'kami' sedang berusaha ke arah itu.. Insya Allah.. doakan semoga semuanya akan berjalan lancar.... *wink wink* ;p

It's very lucky to be a person who is getting married with his first love.. Ada sesetengah orang tu, bercinta sekali sahaja sudah sampai ke jinjang pelamin.. ada sesetengah orang tu plak, berkali-kali jatuh cinta dan kecewa, then barulah getting married with someone yg kadang2 dia sendiri pun xmenyedari kehadirannya... Ada jugak yang xpernah kenal langsung then berkahwin.. herm.. apa pun semuanya sudah ketentuan ILAHI.. semuanya sudah ditulis di LUH MAHFUZ siapa dan bagaimana kita bertemu jodoh..

Bercinta, kecewa, Bahagia dan Sedih itu adalah perencah kehidupan.. siapa pun akan merasainya... manakan hidup ini selalu indah kan? skali skala perlu juga sesuatu yang berlaku yang menjadikan kita lebih menghargai kehidupan dan orang-orang sekeliling... Herm... sebagai manusia dan HAMBA ALLAH, kita patut redha dengan semuanya.. ketentuan ALLAH itu adalah yg terbaik utk kita... ;)

Semua orang mengharapkan dan mengimpikan yang terbaik dalam kehidupan mereka.. Semoga kita semua akan mendapat yang baik-baik aje dan dijauhkan daripada mala petaka dan bencana yang tidak diingini... Sama-sama kita doakan ye.. ;))

Thursday, May 20, 2010

Diari Hatiku =)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. hari ini terasa lapang sedikit.. mungkin sebab permulaan hari yang baik.. Bacaan al-Waqiah setiap pagi selepas Subuh telah lama xberbuat.. dek kerana terlalu sibuk dengan rutin harian, malam badan terasa penat, dan pagi bangun agak kelewatan.. Subuh pun kerap di hujung waktu.. Astaghfirullah..

Pagi tadi, aku gagahkan diri juga.. cuba membangkitkan kembali amalan itu.. Alhamdulillah.. "kepayahan" yang kurasakan tadi berbaloi juga kerana sepanjang hari ini aku rasa agak lapang.. walau mental dan fizikal penat dengan pelbagai tugasan.. Sebagai pensyarah Kimia di kolej matrikulasi, aku tahu terlalu banyak yang perlu aku siapkan.. ditambah pula dengan tugas sebagai felo, s/u dan macam2 lagi tugasan.. Semua inilah yang memberi kepenatan kepadaku setiap kali pulang dari kerja.. dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada amal ibadahku.. Ya Allah, lemahnya hamba-Mu ini...

Mungkin kini diriku sudah boleh beradaptasi sedikit... sudah dua minggu selepas cuti 3 minggu, banyak mengajar diriku erti bersabar dengan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepadaku.. Syukur, setakat ini tugasan masih boleh dilakukan dalam keadaan yang agak baik... semoga akan bertambah baik lagi pada hari-hari yang mendatang...


Herm.. aku terasa ingin berkongsi sedikit kisah hidupku di sini.. Aku mula minat menulis diari sejak di bangku sekolah lagi... Sampailah aku di final year kat universiti.. Kini, sudah lama Mr Journal aku dibiarkan sepi.. Entahla.. Bila aku baca balik semua tulisan aku, aku sedar bahawa hidupku sudah banyak melalui saat-saat sukar...... Dan aku tak percaya yang aku mampu melaluinya!

Aku.. =)

Masa di bangku sekolah sampai di tahun dua universiti, setiap hujung tahun aku akan membeli naskah diari yang comel untuk dijadikan luahan hati aku.. Tapi bila masuk 3rd year di universiti, laptop kesayanganku ini pula jadi tempat untukku meluahkan isi hati... Yelah, canggih sedikit kan? hehe

Mungkin kini aku dapat rasakan kematangan dari segi emosi dan fikiranku.. bila baca diari masa darjah enam dulu, kawan pergi taman permainan tak ajak aku pun aku tulis dalam diari.. hihi.. dan bila umur makin meningkat, tahap penulisan dalam diari pun berbeza.. luahan hati pun sudah berbeza... argh.. betapa makin meningkatnya usia, makin matangnya fikiran kerana makin banyak masalah-masalah yang berbeza dihadapi.. kehidupan yang dilalui, gembira, sedih, pahit, manis semua aku rasakan begitu unik sekarang.. betapa indahnya hidup ini!

Tulip.. bunga kegemaranku.. =)

Then bila nak dekat final year kat universiti, aku mula menghasilkan novel aku sendiri.. Ianya banyak berkaitan dengan kisah hidupku yang aku ubahsuaikan sedikit mengikut kesesuaian penceritaan.. tapi sampai sekarang, novel itu tersimpan kemas dalam folder laptop ku ini.. Tak pernah ada yang membacanya.. malah aku pun tak pernah bagi peluang untuk orang membacanya.. Selain kurang yakin, aku pun risau penceritaan aku itu tak dapat diterima oleh pembaca.. jadi akhirnya, aku ambil keputusan untuk menjadikannya koleksi peribadi aku sahaja.. ;)

Hidup di bumi Allah ini, memang tersangat indah. cuma kejahilan-kejahilan menjadikan kehidupan ini kadang-kadang begitu menyesakkan.. betapa kelalaian itu sentiasa menguasai diri.. Terkadang agak risau, apakah kesudahan hidup ini.. Namun, aku akan sentiasa berdoa agar aku dan insan-insan yang aku kenali sentiasa berada di jalan yang benar dan tergolong di kalangan hamba-hamba yang sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt..

Apabila sudah lama kita tidak bermuhasabah diri, barulah kita sedar bahawa secalit iman dalam hati kita itu teramat cukup untuk membuahkan rasa cinta kita kepada-Nya.. Apatah lagi dengan iman yang melimpah ruah di dada.. Semoga kita akan menjadi hamba yang beriman kepada-Nya.. Amin.. ;)

Thursday, May 13, 2010

Duit itu PENTING. tapi bukan SEGALA-GALANYA..

Assalamualaikum w.b.t..
Hi!! ;)

Apa khabar sume? dah lama xmencoret di sini.. tergerak hati nak tulis post kali ni.. coz i want to share a very great experience with all of you... Nak tau x?? if nak tau, silalah bacee.. hee

Kejadian ni berlaku masa awal2 aku kerja dulu.. aku mendapat sms daripada seorang member lama aku.. member matrik.. lepas habis je matrik kitorang memang x contact langsung.. sampailah hari tu.. dan aku agak teruja bila dia kata dia nak ke Penang... yelah, almost 6 years xjumpa kan..

Asal tu, aku ajak dia ke kepala batas.. Then, dia lak ajak aku ke sebuah hotel ni.. dia kata ada function kat sana.. dia gtaw aku dia ada bukak spa, so nk launch kat hotel tu... dalam hati aku agak berbangga gak la coz muda2 dah bleh bukak spa.. bukan calang2 orang yg bleh smpai ke tahap tu dlm usia setahun jagung agi..

Herm.. aku belum syak apa2.. cuma agak hairan la coz dia mcm beria nk ajak aku ke sana.. walau aku penat teramat dengan persiapan utk sambut students baru, tapi aku fikir apa lah sgt kepenatan itu jika dibandingkan dengan berjumpa member yg da lama xbersua.. nanti ntah bila pulak la leh jumpa..

So.. datanglah sebuah kereta ni.. ada tiga orang dlm tu.. sorang laki n dua org pmpuan.. member aku tu duk kat blkg, dua org member dia (laki n pmpn) tu duk kat depan.. kitorang sembang2 cam biasa la.. citer2 kisah lama.. xkuar pun lg tentang spa dia tu...

Then, kuar jugak pertanyaan dari mulut aku kat dia.. Em, aku tanya la nape launch kat penang sdgkn td dia gtw spa dia tu kat KL.. then dia kata dia baru nk buat cawangan kat Penang.. Wah!! aku memang puji melambung la kat dia ni, depan2.. betapa naifnya aku ni.. then aku tanya ramai ke yg pergi? dia gtaw aku sume share partner dia pergi, dua org member dia tu pn partner dia gak.. mmg spanjang perjalanan tu aku memang kagum ah ngan diorang.. diorang gtaw, produk yg diguna dlm spa diorang tu adalah sume dari Perancis.. huh, lagi ah aku kagum!

Then smpai lah kami di hotel tu.. erm.. mmg mcm2 peringkat umur yg ada.. dari baya mak bapak aku smpailah sebaya ngan adik aku pn da.. lagi lah aku kagum.. dlm hati aku bertuahnya ada member mcm ni.. Dia bwk aku ke Hall tempat perasmian tu..... dan di sinilah bermula...

Masa nk msuk hall tu, aku tetiba agak hairan, coz kena register nama kat kaunter.. ish.. pelik gak coz sume yg jaga kaunter tu org2 cina y terdiri dr amoi2.. tetiba aku rasa xsedap hati.. Tapi still cool... Then, masuklah aku ke dalam hall itu.. masa masuk tu dah ada sorang lelaki tgh bagi ucapan.. sape plak ni??

Nak xnak aku kena duduk juga mendengar ucapan itu.. dan aku hampa skali bila ia sumenye tentang MLM!! herm.. dalam hati aku, sah member aku ni nak promote kat aku.. tapi sbg seorang yg profesional, aku maintain cool gak... dengan sorakan2 yg amat membingitkan telinga.. ntahla... susah nk gmbarkan perasaan aku masa tu.. rasa nk balik pun ada...

dekat sejam lebih gak la aku kena dengar ucapan.. masa ni aku xtergugat lagi.. lepas da abis sume, aku join member aku td berjumpa ngan memer2 dia yg dia kata sbg "partner" itu.. dan ayat yg kuar dari mulut diorang "betul, berbaloi ni.." herm.. aku still cool.....

Lepas tu, aku dibawak oleh diorang, yg skrg ni da seramai satu group ke kedai mamak.. herm. xpelah, aku ingat aku layan je lah, dah kita pergi ngan orang.. then, tgh2 minum tu, sorang member dia yg lain ni duduk berdepan ngan aku mcm bagi taklimat kat aku.. u know, this lady sanggup berhenti kerja utk focus pd MLM td... syok betul dia bercerita... start dari pressure masa kerja sbgai engineer smpailah ttg kemewahan yg dikecapi skrg lpas join this MLM.. mana aku xsyok, dia skrg da bleh bwk mini cooper tu.. huhu.. one of my feveret car tu beb.....!!!!

ntah nape, dari asal yg xde mood tadi tetiba aku teruja pulak.. fikirkan ttg masalah kewangan yg sentiasa menghimpit n tekanan tmpt kerja, dlm diam diorang da berjaya tarik aku sedikit demi sedikit.. dan aku sanggup tahan telinga smpai pukul 3 pagi!!! dengan keterujaan aku itu, aku kuarkan RM80 dari dompet aku yang sedia tunggu utk kering itu then daftar sbgai ahli... bijaknya diorang "brain wash" aku supaya membuat loan RM40K utk modal... dan how bad I am, aku just agree...!!!

LUCKILY, aku xingat my Maybank account no, n xde salinan IC serta 3 payslip gaji... tapi kata diorang, it's no problem, diorang akan turun Penang balik utk amk sume dokumen tu dlm masa terdekat nanti....

Dan balik umah tu aku rasa berbunga2 dan sedikit membayangkan kesenangan aku bila bisnes ni berjaya... mlm tu aku susah nk tdo walau pun aku tahu awal2 pagi esok, aku ada meeting felo.. herm..

Petang keesokannya, terbuka pintu hati aku utk aku ceritakan plan aku tu kat someone.. Asalnya aku xnak gtaw sape2, even kat umi pun.. tapi entah nape aku terbagitau kat Ijad.. Dia xde la menunjukkan reaksi xsetuju, tetapi banyak kali dia tanya aku, "nekad ke nak buat ni???".. dan dengan confident nya aku jwb, "Yup, aku nekad!!!".. huhuuu

lepas je ckp ngan Ijad, tetiba ada satu perasaan lain yg aku xtau nak tafsir apa... mungkin rasa excited nk berbisnes kot.. tu je utk sedapkan hati aku... yelah, esoknye tu diorang da nk dtg amik aku nye dokumen sume tu... so aku kena gi fotostat aku punye ic n cek aku punye payslip gaji tu... tapi, aku fikir, lepas asar je la aku buat sume tu...

Dalam pada tu, aku rasa lain macam.. Bnyk kali aku istighfar.. ntah nape aku rasa camni.. Lepas solat asar tu, aku bca al-Mathurat n berdoa moga2 diberi petunjuk ndpermudahkan urusan aku ni.. lepas tu, tergerak hati aku utk buat sdikit research ttg MLM yg aku attend majlisnye smalam...

Then bukak google, search!!!!! Subhanallah.. awal2 tu, bnyk yg positive walau ada gak sdikit yg negative.. tapi lama2 makin bnyk yg negative yg aku jumpa.. smpailah aku jumpa fatwa ttg benda ni dari pandangan Islam.....

Ya Allah..... Memang Allah nk bagi aku petunjuk... dengan nekad aku batalkan niat aku.. dan terus menghantar sms kat member aku tu utk ubah fikiran.. bila dia tanya, aku just cakap GERAK HATI yg buat aku ubah fikiran... huhhuu.. aku ckp biarlah aku jadi member je... walaupun smpai skrg membership card pun aku xdapat.. kiranya burn jugak la duit aku RM80.. huhuuu...

Malam tu.. aku muhasabah balik diri aku.... kenapa la aku boleh terpedaya dengan kemewahan yg xboleh bwk ke mana pun tu... padahal pekerjaan aku ni tersangatlah mulia di sisi-Nya.... Ya Allah, kejadian ni buat aku lebih bersyukur dan menghargai nikmat Allah.. walaupun xseberapa, tapi keberkatan itu ada.. dan aku buat kerja utk menolong anak2 bangsa... bukan untuk menghancur atau menipu anak2 melayu dan mengKAYAkan orang2 berbangsa lain...

Untuk ksekian kalinye.. aku menitiskan air mata utk sedikit kebodohan yg aku buat.... dan aku berharap tiada lagi lepas ini.. Syukur pada-Mu ya Allah....

Sunday, April 18, 2010

First year teaching! ;)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Herm.. dah lama niat ingin menulis post yang baru.. tapi asyik xberkesempatan aje.. namanya duduk kat umah, tapi masa xpernah cukup! hehe

Kali ni, aku nak citer sket pengalaman aku sebagai seorang Chemistry Lecturer kat KMPP.. Yelah, balik cuti ni, ramai sangat bertanya, camne mengajar matrik? okey ke? students mcm
mana?? hehe.. so skrg if nak tau, baca lah ye.. ;) slamat membaca.. hihi ;p

Tapi before tu, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat all of my students yang banyak memberi kerjasama pada aku.. thanx coz memahami guru baru ini yang masih terkapai-kapai menyesuaikan diri dengan suasana kamu.. hihi..

Em.. imbas kembali... Aku risau sangat2 dengan my students' first impression coz aku tau sbgai pensyarah baru, masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari.. Ntahla, aku memang sepenuh hati mengajar diaorang, tapi xtau lah macam mana penerimaan diaorang sebenarnya... Tapi until I read one of my students' blog, aku macam sedikit teruja coz aku dapat rasakan sedikit usaha aku mengajar diorang ada meninggalkan kesan.. walaupun tak banyak tapi aku harap segala yang aku ajar akan sentiasa terpahat kat otak dan hati diorang.. ;)

If korang nak baca blog tu, korang bleh baca kat link di bwh ni:
The Odýsseia of an Idealist: Dear Miss Hanani

Haih.. berbalik pada experience of my first year teaching... hehe..
Herm.. 1st time aku masuk mengajar.. Aku kena ambik 5 praktikum.. Topik pertama yang aku kena ajar adalah "Alkane".. huhu.. Agak cuak nak msuk mengajar, sbb aku kurang preparation dari segi mental and physical.. huhu.. maklumlah, dapat surat tawaran 28th December 2009, tapi 30th December terus kena lapor diri... apa yang aku boleh buat, buat sedikit preparation and mempergunakan segala ilmu yang masih lekat dalam otak aku ni..

Tuhan je tahu, betapa cuaknya aku... risau students bertanyakan soalan2 yang tak terjawab oleh otak aku yang terhad ni.. hihi... zaman matrik sudah 5 tahun ditinggalkan so aku xleh nak menjangka apakah soalan-soalan yang boleh bermain dalam fikiran my students.. tambahan pula, aku xsempat nak kaji syllabus yang diorang belajar.. aku xtau nak prepare apa yang perlu diaorang tahu, dan apa yg xperlu diberitahu lagi untuk peringkat matrikulasi.. Maklumlah, ilmu yang dipelajari sentiasa berubah-ubah.. kat matrik belajar lain, tapi bila masuk U segala yang belajar kat matrik kadang2 berubah mengikut thesis dan research yang dijalankan oleh lecturer universiti..

My lovely students.. H2P3

kadang2 agak susah untuk aku menerangkan tentang sesuatu persoalan yang high level thinking.. Yelah, kadang2 kat U pun ada sesetengah topik dalam Chemistry yang aku amat tidak suka dan meluat pn ada.. hee.. contohnya masa subjek Organic Chemistry III kat UM dulu, aku sangat2 meluat dengan isomer configuration bagi compound yang pelik2 itu.. huhu.. teringat plak kat Dr Kam... sekali terimbas chemical compound yang sampai sekarang aku masih xfaham apa rasionalnya aku belajar sume tu.. ;p

H2T1

H4T1

Ada jugak kadang2 tu bila students tanya, aku terpaksa take a few minutes just to think about the solution!! hihi... If ada students yang baca post ni, mesti diaorang tahu.. kadang2 masa dalam kelas, bila diorang tanya soalan, aku jadi blank dan susah nak explain.. tapi sebaik sahaja habis waktu kelas n masa berjalan balik ke ofis, baru terlintas jawapan untuk soalan2 itu.. huhu... memang laa aku ni.. ishhh.. ;p

tu bab mengajar.. tentang attitude my students, aku rasa smua students aku okey dan baik2 aje.. hehe.. cuma nakal2 remaja tu biasalah.. aku juga pernah melalui saat2 menjadi nakal seperti tu suatu ketika dahulu... kenakalan lagi bertambah bila masuk U.. Erm.. teringat pula saat simbah bubur nasi dan kuah kari atas kereta seorang guy kat UM dulu.. Kejadian pada hari Jumaat... hihi.. yang ni nanti aku cerita di lain waktu ye.. hehe.. or biarlah disimpan sebagai kenangan kami bertiga.. hehe ;p

Kelebihan mengajar di matrikulasi, kita boleh treat students as our friends... Sebab aku kelihatan seakan2 sebaya ngan diorang (walaupun dah tua sbenarnya.. hikhik), pernah juga masa awal2 dulu ada sekumpulan student laki yang usik2 (kononnya nak mengorat aku la) waktu aku tengah berjalan dari ofis ke kelas.. Tanpa segan2 sorang student cakap kat aku depan2, "awak, dia nak kenal".. hee.. aku buat xtau je la, masa tu aku xdapat lagi name tag.. Then kali kedua aku jumpa kumpulan budak tu, diorang nampak terkejut tengok aku dengan name tag.. aku senyum aje, then dengar desas desus, "wehh cikgu la wehh!!".. hehe..

Then seterusnya bila jumpa ngan kumpulan students tu lagi, diorang mesti cakap, "Assalamualaikum Cikgu..".. hee.. tersengih dan tergelak sorang2 pulak bila teringat.. walaupun agak segan untuk berjalan bersama-sama students, tapi memang aku xde jalan lain nak lalu.. nak xnak kena lalu jugak.. hehe..

Aku tahu, smua students aku membawa harapan keluarga mereka... Macam aku juga dulu... Kadang2, aku kesian pulak kat my students.. terlalu banyak aktiviti yang diorang kena attend.. dengan content yang terlalu banyak.. herm.. tapi percayalah my students, x ada yang mustahil dalam dunia ini jika kita berusaha bersungguh-sungguh... Semoga all of my students akan menjadi insan-insan cemerlang yang berguna suatu hari nanti... insya Allah... ;)

Apa pun... Aku kena juga berusaha meningkatkan teaching skill aku... menambah lagi chemistry knowledge dan meningkatkan contents of chemistry yang akan aku deliver pada my students... Next semester, aku akan terima students baru n i hope that i can correct all of my mistakes dan be a better lecturer! ;))

sejuk tau air ni!! hee (xde kaitan ngan topik yang dibincangkan) ;p


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti.. Amiinn.. ;))

Monday, April 5, 2010

Teringat kembali.

Assalamualaikum..
Hi..;)

Laa Ilaaha illallah...
Tiada Tuhan selain Allah..

Sekarang, tengah exam week for my students.. Luckily aku tersenarai sebagai pengawas peperiksaan untuk sepanjang dua minggu peperiksaan ini berlangsung.. Dan pada hari ini (5 April 2010) untuk kali pertama dalam hidup aku, aku menjadi pengawas peperiksaan yang amat besar.. Jika sebelum ni aku yang menduduki peperiksaan-peperiksaan besar, tetapi kali ini aku betugas mengawasi students exam.. Memang satu pengalaman yang memang xakan dilupakan..

Aku bertugas menjaga peperiksaan di Makmal Biologi 9, walaupun semua students yang ditempatkan dalam makmal itu adalah students aliran Sains Fizik.. Memandangkan dewan al-Farabi (Dewan utama) xcukup muat untuk menampung semua students yang begitu ramai, so makmal2 dan bilik tutorial terpaksa digunakan sebagai bilik peperiksaan..
Herm.. Awal2 tu, agak gabra juga.. kena ambil kertas peperiksaan, sign itu dan ini, distribute exam paper kepada students dan mengawasi mereka selama dua jam! kedengaran seolah-olah simple dan mudah sahaja.. Tetapi, sebenarnya ia satu amanah yang agak berat juga.. Ia bukanlah semudah yang disangka.. dan memang banyak prosedur yang kena ikut memandangkan ia adalah satu peperiksaan yang besar dan terpenting bagi kolej matrikulasi..

Selama dua jam aku mengawasi mereka, sempat juga terfikir, aku dulu macam mana agaknya kelihatan sewaktu jawab exam ye..? Dan aku sempat perhatikan setiap raut wajah students aku yang memang memerah otak untuk menjawab setiap soalan yang diberikan.. Pada hari ni, ada dua paper, Bahasa Inggeris kertas 1 dan Fizik kertas 1.. Kecuakan amat ketara pada raut wajah diaorang sewaktu paper Fizik tu.. Mungkin agak mencabar kot soalan tu.. Entahla, aku pun xboleh nak bajet sejauh manakah susahnya soalan itu kerana Fizik bukan lah subjek aku.. Dan aku rasa berdebar-debar pula untuk menunggu tarikh bagi exam Chemistry nanti.. Hope my students doing well in the exam..

Herm.. cepat sungguh masa berlalu.. tadi, semasa bertugas, terkenang pula zaman aku kat matrikulasi dulu.... Em, betullah.. Bukan senang untuk berjaya mencapai cita-cita.. Sesungguhnya aku bersyukur sangat2... Masa majlis restu ilmu baru-baru ni, diadakan solat hajat dan bacaan Yaasin bersama students di Masjid KMPP ni.. Masa tu aku rasa sebak sangat.. teringat pula dulu, siang malam berdoa supaya Allah permudahkan semua urusan dan dibukakan pintu hati sewaktu menjawab exam..

Kenangan terindah.. ;)

Memang.. Doa seperti tu xpernah pun lekang dari bibir ni sejak dari aku sekolah sampai lah aku habis belajar dan telah mendapat segulung ijazah.. Ya Allah, syukur sangat2... Itu tandanya Allah mendengar doa aku... Cuma sekarang, doa seperti itu tidak lagi dibaca, cuma sudah diubah kepada doa supaya Allah permudahkan semua urusan kerja aku dan supaya ikhlas kerana-Nya menjalankan amanah yang diberi.. Sebab tu lah aku cakap, bukan mudah untuk berjaya.. Memang banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk berjaya mencapai cita-cita.. Dan kini aku sudah pun mendapat kerjaya yang tetap dalam hidupku.. Aku sudah pun bergelar pensyarah di kolej matrikulasi ni... Syukur Pada-Mu ya Allah..

Aku. ;)


Kejayaan yang diraikan bersama teman-teman.. ;)

Apa pun.. Aku juga mendoakan yang sama untuk semua students aku.... Hope diaorang akan berjaya lebih dari itu, dan semoga mereka tidak lupa asal usul mereka, dari mana mereka datang... Kejayaan tak akan datang bergolek.. dan sudah terbukti ianya memerlukan satu usaha yang sangat besar ke arah kejayaan itu...

Semoga Allah sentiasa mengiringi jalan hidupku dan kita semua.. Amin~ ;)

Monday, March 22, 2010

CheErFuL weekend! ;)

Assalamulaikum..
Hi everyone!! ;)

Herm.. pagi-pagi lagi aku dah menulis blog ni... hehe.. sebabnya, macam biasa hari Selasa adalah hari yang paling relax dan kadang-kadang agak membusankan! huhu.. tambah pula my celcom broadband ada masalah dgn simcard n facebook kat unit lak telah di'block'.. herm.. memang bosan yang teramatlah...

Xpelah.. nasib baik blogspot ni bleh plak hari ni... so, aku teringin nak share my enjoyable weekends with my lovely friends... Kebetulan Che Ah dan dua orang sahabatnya (Tasnim dan Natrah) datang di Penang, so, aku dan my best buddy Izza pun ape lagi.. So, we enjoy!!!! hihi ;p

Pagi-pagi lagi (Actually xdelah pagi sangat) kitorang seperti biasa isi perut dulu kat Khaleel kedai mamak.. rasa-rasanya Khaleel dah kenal kot muka aku n izza sbb selalu sangat dah makan kat situ.. hihi.. kami semua makan roti canai, kecuali Tasnim yang telah mengorder maggi goreng.. (selera bakal pengantin baru lah katakan..) hihi

Aku, Che Ah dan Izza.. bergambar kenangan bersama roti canai mamak yang nak kata gebu x gebu sangat.. hihi

Then, kami menuju ke Queensbay.. seperti biasa singgah di batu-batu kat tepi laut sambil menikmati panorama laut di situ.. hehe..Bagi can kat Natrah, Tasnim n Che Ah bergambar kat sini.. hihi

Lepas tu, masuk kat Queensbay.. jalan-jalan... cuci mata.. ada jugak blaus dan jeans yang menarik perhatian tetapi terpaksa menunggu gaji yang ketiga masuk dahulu.. coz duit saku aku sudah semakin susut.. susut.. susut dan susut....... huhu

Berjalan-jalan.. perut terasa lapar.. then, masuk ke dalam Pizza Hut bertujuan utk mengisi perut buat kali kedua pada hari itu.... Lepas tu sume kepenatan.. sbb terlalu banyak makan... hee.. then balik umah Izza untuk sembahyang Zuhur dan tidur... hehe... Memang sume sudah keletihan.. sehingga pukul 5.00 pm barulah semua boleh membuka mata balik untuk ke next destination....

Next destination adalah Taman Perbandaran Pulau Pinang.. hee.. sbb masa sudah suntuk dan cuaca agak tidak mengizinkan, so kami memilih tempat rekreasi yang paling dekat.. cukup untuk kami bersantai dan berposing.. hehe

Tadaaa.... ni kat lapangan memanah.. ;)


With my new Sahabats.. Natrah dan Tasnim. ;)


Duduk-duduk sekejap setelah satu round berjalan-jalan.. hehe


Kat Laman Penyayang.. Sorry xsempat nak rotate gambar ni.. hehe ;)

Next destination adalah ke rumah Mak mertua Tasnim (actually bakal mak mertua) hehe.. Punya la kami ni tak tebal muka sebab berjaya menghabiskan hidangan makan malam di rumah itu dengan jayanya!!! haha... Memang semua kelaparan agaknya... Lagi lagi lak, aku n izza baru je kenal Tasnim tu xsampai 24 jam.. sudah mendapat layanan istimewa daripada keluarga Iqbal (tunang Tasnim).. hehe... Nasib baik mak dan ayah dia sporting sangat dan melayan kami semua macam anak-anak diaorang jugak... hehe

Herm.. walaupun agak kepenatan tetapi kami tersangatlah enjoy our weekend together.... permulaan dan ending weekend kami sangat mengujakan... hihi.... Sudah lama rasa x hang out sebegini semenjak bekerja ni....

To all my friends, I love you!!! ;D



Sunday, February 28, 2010

My Lovely Nokia ovi!! ;)

Assalamualaikum..
Hi!! :))


How's your weekend?? joyful?? great?? excellent?? hee.. hope all of you are having great days with your family and love ones, okey!! :))

Emm.. me????? hee... nothing special for this weekend, but i'm glad if i can share with all of you about my new handphone!! hihii... poyo lak kan.. tetiba jadi speaking lak.. hee..

Hari Jumaat lepas, aku dan my housemates geng mempoyokan diri skali lagi ke Jusco Bandar Baru Perda...tujuan yang memang terpahat dalam hati aku adalah ingin membeli handphone baru.. memandangkan handphone lama aku dah sampai tahap wajib kena tukar dah (bak kata member2 aku.. hihi).. so, kami berlima pun bersama2 menuju ke Bandar Baru Perda, dengan my Golden Atoz yang sgt2 berjasa itu.. hee

Then survey punye survey... lastly tersangkut laa kat this handphone... handphone ni modelnye nokia 7230... atau nama glamournya nokia ovi.. it's pink-violet colour!! i like~ hehe... nak tengok??? haa, macam kat gmbar bawah ni... untung aku bcoz on that day, dapat beli dgn harga promosi.. and it's the last one!!! hee ;))



My handphone is the pink-violet one.. hee ;))


Seronoknyee.. dapat beli barang idaman dengan hasil usaha sendiri... :)) syukur pada-Nya.... semoga diri ini tidak akan alpa untuk terus sujud syukur pada-Nya atas setiap pemberian ini.. ;))

Next, beli one slice of chocolate indulgance cake!!!! walau harga 1 slice tu rm6.50, tp xpelah sekali sekala kita kena gak memanjakan diri sendiri kan.. hehe.. ni adalah my 1st time makan kek dari secret recipe!!! hee.. syukur Alhamdulillah diberi jugak kesempatan utk merasa... and rasanya... marvellous!!!! hihi.. Tp xleh makan sokmo, nanti makin bertambah GUMUK la badan ni... hehe... lagipun, sejak dapat gaji ni, badan bertambah naik.. xcaya?? hee.. ni buktinya...

Penulis blog Layyinul Sutera sudah semakin gemuk??? hihihi ;p

Okeylah.. I think that's all for this time.. Next time, I'll share another story, okay!! Pray that I can share another interesting and great stories with all of you.... I hope that my days will always make me cheer!!! ;DD

Bye n cau!! ;))

Monday, February 22, 2010

My 1st salary!

Assalamualaikum..
Salam satu Malaysia..!

wah wah wah.. tetiba lak aku jadi bersemangat hari ni.. hihi... owh ya, post kali ni, aku akan makesure xkan tergantung lagi seperti post sebelum ni k.. hee....

Em.. post ini 1st time dihasilkan fresh dari office. dari meja penulis di unit kimia, kmpp.. hihi.. Hari ini tersangatlah senang menaip post kerana setiap selasa memang aku xde kelas langsung... cuma pukul 2 petang ada meeting plak...

Owh ya... Syukur Alhamdulillah kerana my 1st salary dah masuk... hee.. seronok xterkata, dan yang kelakarnya it was an unexpected thing!!!! hee... Bayangkan bila tiba-tiba korang tengok baki dalam akaun korang kat mesin atm, dan jumlahnya yang asal hanya RM** dah bertukar menjadi RM****.**!!!!!! huhuuu... I tought after 3 months baru dapat.. tapi dah rezeki termasuk awal kan, so that's why terkejut skit.. hee

Dan kisah benarnya di sini, aku tetiba blank kerana tergamam dan agak terkejut.. hihi.. nasib baik sabariah, my housemate yang ada di sebelah mengingatkan aku bahawa kad atm masih dalam mesin atm... huhu... kalau tak, confirm kena telan my atm card tu.. hee

So, dengan senyuman melebar sampai ke pipi, aku terus memecut my Golden Atoz bersama geng housemates to somewhere.. hee.. mana lagi if bukan shopping complex!! Asalnya nak ke tesco seberang jaya, tapi dah terlepas jalan sampai ke Bandar Baru Perda...

So, kitorang mengisi perut di restoran Kapitan (restoran mamak.. eeuuwww~) yang sangat famous dengan nasi beriyani ayamnya yang banyak mengalahkan nasi tambah! Then, selepas kekenyangan yang amat, kerana kami sudah lama ikat perut dengan memilih makanan yang paaling murah mengalahkan students, kami membawa perut yg kenyang bersama hasrat hati yang telah lama terpendam- ingin shopping!!!!

wahhh.. bershopping sakan.. then benda yang paling mahal yang aku beli pada hari pertama aku dapat gaji adalah kerusi urut OGAWA!! hihi... bukan utk aku la.. itu hadiah special for my mum sempena besday beliau yang ke-50 pada 3 Mac ini... huuu.. xsabarnya nak "suprise" kan umi.....

Then, membeli barang2 keperluan peribadi, termasuk membeli 2 pasang sandal baru, handbag baru dan mcm2 lagi keperluan peribadi... Haa, ada lagi satu barang yang masih dalam perancangan, iaitu menukar ganti my handphone.. hihii... tapi tunggu dulu, kerana aku ingin membeli bersama-sama orang yang lebih pakar, samada Izza atau Ijad.. hee ;p

Huhhh.. bayangkan, dalam masa 2 hari, I spent almost 2K!!!!!! 1st time it happen since 23 years I live in the earth!! hee.. xpe... hope next time aku akan lebih berjimat sket...... em.. i hope so.. hee..

K lah.. I think that I've talked too much here... memang pensyarah ni sangat bertuah, sbb lebih fokus pada laptop berbanding students yang lalu lalang utk bertanya soalan... heee.... Actually, hari ni xde mood sangat nak fokus pada chemistry.. hee... biasa la, manusia kan memang macam ni.. hihii..

Okey.. I hope you guys will also have fun out there.. just enjoy your life, k!!!!! stay cool~ ;DD

Saturday, February 13, 2010

New Update!

Assalamualaikum..
Hai frenzz!! :)

sudah lama xmencoret kat sini.... bukanlah terlalu busy.. tapi xberkesempatan.. so sekarang ni sedang bersenang lenang menikmati masa yg sangat berharga di kampung halaman.. Jauh dari suasana kerja, jauh dari tugasan kerja... semuanya tenang di sini... wahh... hee

sebab sudah terlalu lama xmencipta post baru, terasa terlalu banyak yg ingin dikongsikan, diceritakan.. tapi, ntahla.. bila dah terlalu banyak, xterluah pulak jadinya kan.. hihi.. xpelah, akan dirungkaikan satu persatu apa yang terbuku di hati ini.. cewwah!! hehe

1st skali.. tentang tempat kerja.. Oppss.. xnak la citer tentang kerja.. since aku dah kat umah, biarlah fikiran ini 'lupa' jap tentang kerja.. okay? boley x pembaca yg sabar membaca?? hee ;p

okey.. skip tentang kerja.... let's we talk about life... i mean, my personal life.. hee (tetiba jd speaking lak) hihi.. Well, my personal life is getting better, i think.. hee... Syukur pada Allah... sentiasa memudahkan segala kesulitan.. walaupun perjalanan hidup ini tak selalunya lancar, tetapi tetap ada cara untuk memudahkan semuanya...

Then.. Let's talk about heart and soul.. hee.. my favourite thing.. hihi.. tapi, mungkin tak lagi for this time being... hee.. Alamak, rojak la pulak bahasa, jap BM, jap kuar BI.. hihi.. xpelah... as long as u can understand what i mean, right?? okey.. good!! ;))

owh ya, nape saya dah xsuka tentang hati dan perasaan lagi?? hee.. bukan xsuka... suka lagi.. everybody likes it right?? hee.. actually, my heart and my soul had been stolen...!! by whom?? hee.. of course la by someone who is really special to me... hee... let's he keeps them both... I don't want them back! hee ;p

herm... let's move to another story.... about... em.. apa ye??? tetiba have no idea.. hee.. mungkin tetiba mata ni rasa berat nak tertutup kot.. hee... next time ye.. sorry if post kali ni agak 'tergantung' sket.. seriously blank! no idea.. maybe penulis blog ni needs rest and sleep... hee.. k nite... it's already 0050... herm.. memang time tido pun.. k nite everybody!!! semoga esok lebih baik daripada hari ini.. insya Allah.. Amiinn.. ;))

bye n cau!!!!!

Thursday, January 21, 2010

My Life Here.

Dah lama xmencoret di sini.. hee.. Actually banyak benda yg ingin diceritakan dan dikongsi.. tapi.. ntahla.. slalu xberkesempatan.. hehe

Herm.. hidup skrg...Alhamdulillah... makin teratur dan tersusun... Makin lama terasa diri ini makin dewasa dan smpai satu saat kita perlu melakukan semua benda by our own feet. betul x? herm.. dari segi kewangan, keperluan dan segala pengurusan tentang hidup dan diri kita adalah depend pada kita sendiri... hee... inikah yg dinamakan dewasa??

Em.. kadang2 rasa mcm dah dewasa.. tapi kadang2 terasa jugak perangai masih kebudak-budakan.. hehe.. Tadi, berjalan2 ke cafe blok B utk breakfast.. terover excited plak bergelak ketawa dengan rakan-rakan sekerja lima sekawan.. hehe...

sampai satu tahap, baru tersedar yg kami di sini bukan lagi students.. hehe.. Then masuk library, ada satu benda yg melucukan.. then skali lagi terover excited gelak-gelak.. students yg semacam sebaya buat kami lupa plak yg kelakuan kami di sni adalah terbatas.. ups!! skali lagi tersentak dan mula control sket kelakuan kami apabila ada beberapa mata memandang kami.. hihi.. herm.... apa-apalah...

Tapi.. pe salahnya kan? hee... kalau aku.. dalam satu hari if aku xboleh bergelak ketawa, mesti aku rasa stress.. ntahla... at least dalam satu hari kena bertukar senyum gak dengan seseorang, kalau tak mesti aku rasa hari aku sangat2 stress... aku lagi suka bekerja dalam suasana ceria, tidak terlalu serius dan sempoi saje.. hee.. dan aku bersyukur sangat2 sbb di sini suasana sangat cool dan sempoi... hee

Em.. skrg tunggu masa utk balik... Actually xbanyak sgt kerja di sini melainkan handle program utk kebaikan students aku jugak... walaupun sudah ada tugas2 yg dah di"hitam putih" kan utk aku., tapi disebabkan suasana yg xpernah stress di sini membuatkan aku really enjoy my work here.. ;))

Okeylah.. bnyk yg ingin dikongsi... tetapi ntahla.. xterkeluar plak idea.. heee.. next time i share again k! sowwi lah if ada yg terBUSAN plak membaca.. heee...

Okey.. Dat's all! have a nice day FRENZZZ!!!! ;DD

Saturday, January 2, 2010

8 x 3 =23.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil pembacaan aku.. semoga sama2 mendapat iktibar dari kisah ini.. ;) Cerita ini pun aku ringkaskan mengikut kefahaman bacaan aku sendiri k..

***************************************

Al kisah Yan Hui, seorang pelajar kepada Conficius berjalan-jalan pada suatu petang di sebuah pasar.. Sedang-sedang dia berjalan, dia terdengar hingar bingar seorang pelanggan bertekak dengan penjual kain..

Pembeli kain itu berteriak," 8 x 3 =23 lah! kenapa awak cakap 24???!!"

Yan Hui cuba mendamaikan keadaan, dan mendekati pembeli kain itu..

Yan Hui : Saudara, 8 x 3 = 24.. semua orang tahu itu.. janganlah bergaduh lagi..

Pembeli kain : Siapa minta pendapat engkau?? kalau ingin benar-benar tahu siapa salah, mari berjumpa Conficius.. biar Conficius tentukan benar atau salah!!

Yan Hui akur dan bersetuju membawa hal itu utk diadili oleh Conficius- gurunya yang bijaksana..

Yan Hui : Baiklah, kalau awak salah macam mana?

Pembeli kain : Kalau Conficius kata saya salah, pancung kepala saya! Kalau awak salah, macam mana pula??

Yan Hui : Em.. Kalau saya salah, saya letak jawatan dan serahkan jawatan saya pada awak..

Kedua-duanya sepakat atas pertaruhan tersebut dan berjumpa Conficius.. Conficius mendengar dengan teliti akan hal tersebut dan juga pertaruhan antara kedua-duanya.. Alangkah terkejutnya Yan Hui apabila Conficius mentertawakannya dan berkata:

"Betullah 8 x 3 = 23. Yan hui, kamu kalah. Sila berikan jawatan kamu kepada lelaki ini.."

Sebagai murid, Yan Hui tidak mahu berdebat dengan gurunya. Dengan akur, dia menanggalkan topinya dan menyerahkannya kepada lelaki itu.. Lelaki itu menerima topi dan jawatan itu dan berlalu pergi.. Namun jauh di sudut hati Yan Hui, dia tetap tidak berpuas hati..

Kerana hati terluka, Yan Hui mengambil cuti atas alasan masalah keluarga.. Conficius yg bijaksana lebih faham akan perasaan anak muridnya dan meluluskan cuti tersebut dan berpesan supaya Yan Hui segera kembali apabila semua masalahya selesai.. Sebelum Yan Hui pergi, Conficius sempat berpesan kepadanya.

Conficius: Kalau hujan lebat, jangan berteduh di bawah pokok. Dan apa pun yang berlaku nanti, janganlah sampai membunuh.

Dalam perjalanan, hujan lebat dan guruh menyebabkan Yan Hui mencari tempat perlindungan. Dia ternampak sebatang pokok dan ingin berteduh di situ. Namun, pesan gurunya terlintas di fikiran lalu dia segera meninggalkan pokok itu.. Tidak lama lepas itu, pokok itu dipanah petir.. Betullah pesan guru, desis hati Yan Hui.

Yan Hui tiba di rumah sudah lewat malam. Dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan dia masuk ke dalam rumah. Dia masuk perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang nyenyak tidur. Kerana pelita sudah dipadamkan, dia mendekati katil dalam keadaan gelap.

Kemarahannya memuncak apabila tangannya merasakan ada orang berbaring di sebelah isterinya. Tanpa berfikir panjang, Yan Hui ingin menghunus pedang dengan perasaan marah. Namun, ketika mengangkat pedang, dia teringat akan pesan Conficius supaya jangan sampai membunuh. Yan Hui bertenang, menyalakan pelita dan menyelidik siapa yang berbaring di sebelah isterinya. Ternyata orang yang tidur di sebelah isterinya adalah adik iparnya, iaitu adik perempuan isterinya yang datang bertamu di rumahnya.

Keesokan paginya, dengan segera Yan Hui pergi berjumpa Conficius, berlutut dan bertanya tentang setiap kejadian yang berlaku itu. Menyedari akan anak muridnya seakan-akan sudah belajar sesuatu dan tersentuh hati daripada pengalaman tersebut, Conficius mengemukakan pandangannya dalam persoalan yang dikemukakan.

"Saya tahu kamu mengambil cuti bukan kerana urusan keluarga tetapi hendak berhenti belajar dariku..

Panasnya cuaca semalam, itu petanda hujan petir akan berlaku. Pokok dipanah petir adalah perkara biasa. Sebab itulah aku mengingatkanmu..

Semalam kamu pergi dengan perasaan marah yang terpendam, dan membawa bersama pedang. maka aku mengingatkanmu supaya kemarahan yang membahang dalam hatimu tidak akan membuatmu melakukan sesuatu yang akan kamu kesali.

Cuba fikirkan.. semalam aku mengiyakan 8 x 3 = 23 dan kamu kalah lalu kehilangan jawatanmu.. Tetapi, jika aku katakan 8 x 3 = 24 benar, maka pelanggan kain itu akan kalah dan satu nyawa manusia akan melayang.. Mana lebih berharga dan bernilai, jawatanmu atau nyawa seorang manusia??

Yan Hui tertunduk.. Belajar ilmu dan menjadi bijaksana dalam mengamalkannya adalah dua hal yang berbeza. hati kecilnya mula sedar, masih banyak hakikat kehidupan yg masih perlu dipelajari dan difahami.. Ada KEBENARAN yang lebih tinggi daripada sekadar logik matematik yang dipelajarinya selama ini.. maka, Yan Hui meneruskan pembelajarannya tentang hakikat kehidupan dengan gurunya yg bijaksana - Conficius..

************************************************

Herm.. harap2 dapatlah sesuatu daripada perkongsian cerita di atas ye... Memang tidak wajar mempertahankan 8 x 3 = 24 sedangkan nilai kemanusiaan dibelakangkan.. Ada yang lebih penting dari itu.. Nilai kasih sayang, bertolak ansur dan nilai-nilai kemanusiaan yg lain amat penting dalam kehidupan kita seharian..

Semoga kita sama-sama dapat iktibar daripada kisah Yan Hui ini... Kebijaksanaan tidak berguna tanpa nilai kemanusiaan.. Semoga kita semua mampu menggunakan kebijaksanaan yang Allah kurniakan ini dengan sebaik-baiknya dan dapat dimanfaatkan utk apa jua situasi..

;))