Thursday, December 31, 2009

Khas dari penang.

Assalamualaikum..
hi.. ;)

Pertama kalinya post ini dibuat khas dari penang.. ;)


Firstly.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan pada Allah yg satu, kerana dengan izin-Nya, aku dikurniakan rezeki yg bagiku cukup indah di sini.. Tiada apa yg boleh aku ungkapkan lagi selain Alhamdulillah, kepada yg selayak-layaknya menerima pujian.. ;))

syukur.. segalanya berjalan lancar.. bertemu dengan orang yg baik2.. housemate yg ceria dan boleh dibawa berbincang.. rakan-rakan sekerja yang amat-amat memahami, helpful dan tidak lokek memberi tunjuk ajar.. walaupun kebanyakan pensyarah-pensyarah di sini sudah berusia, tetapi, masih sporting dan memahami aku yg masih merangkak-rangkak di sini.. ;) Syukur Alhamdulillah...

Hari ni, masuk hari ketiga aku berada di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.. bukan lagi sebagai pelajar.. tetapi sebagai seorang pensyarah Kimia yg bagi aku masih belum layak utk aku digelar sebegitu.. Yang paling menarik, aku berjumpa kembali dengan Cik Asfar (skrg sudah Puan Asfar), pensyarah Kimia aku di kolej matrikulasi Kedah dulu... Kata beliau, sekarang, panggil aje dia Kak Asfar.. hehe.. Dulu, dia sebagai pensyarah aku dan sekarang sudah menjadi rakan sekerja aku di sini.. ;)

Aku..?? herm.. masih juga begini.. kadang-kadang seakan-akan tak percaya yg aku sudah di alam pekerjaan! syukur Alhamdulillah.. di sebalik sedikit kesulitan, rupanya terselit banyak limpahan rezeki yang Allah bagi.. sekali lagi syukur pada-Nya..

Herm.. teringat pula saat aku masuk ke pejabat KMPP utk melapor diri.. Bila aku cakap aku nak melapor diri, pegawai pentadbir tu ulang balik soalan aku, "melapor diri??".. hee.. mungkin dia agak terkejut. kerana waktu itu students pun ramai berkeliaran di depan bangunan itu utk ke cubic pensyarah.. lagipun, ketika berjalan ke pejabat, aku terpaksa berjalan bersama-sama kelompok students yg memang tgh rush nk ke kuliah..

Then, aku bgtau, "Em, sbgai pensyarah.." huhu.. masa tu amat berat skali nk sebut. aku pun xtau kenapa.. aku rasakan mcm belum layak aje utk mengaku.. huhu

Then, dia tersenyum. dan minta surat tawaran kerja dariku.. Then, selesai dia uruskan semuanya, dia ucapkan selamat bertugas pada aku, dan menyuruh seorang pensyarah kimia yg kebetulan lalu kat situ membawa aku ke cubic.. sampai di cubic pensyarah, pensyarah itu yg menggelarkan dirinya Kak Ti, memberitahu dengan agak kuat kepada pensyarah-pensyarah di situ..

"Hari ni kita ada orang baru.. pensyarah baru.. Fresh graduate dari UM.. akan ajar Kimia."

Hee.. ntah la. terasa amat janggal skali.. then kakti menemani aku ke setiap meja pensyarah dan aku bersalam-salaman dengan rakan-rakan sekerja aku yang kebanyakan sudah berusia.. Then, dua orang pensyarah Bio datang dekat aku... sangat ramah dan sporting..

"herm.. Nani.. tudung budak.. cara bawak beg macam budak.. kasut? herm.. kasi tinggi sket.. jalan mcm students.. hai.. nanti kena tukar tau! name tag kena pakai n jgn buang.. kami ingatkan student dah tadi.. hehe"

huhuu... macam budak2 sangatkah aku??? hihiii.. mungkin sedikit kena tukar.. tapi.. herm.. nak tukar apa ye?? xpe lah.. biarlah aku begini~ cewwah!! haha..

Herm.. agak gementar utk memulakan tugas.. sudah mendapat silibus utk matapelajaran Kimia di sini tapi jadual belum ada... mungkin lepas cuti midsem ni kot aku akan start mengajar..

Apa pun.. aku suka dengan suasana di sini.. agak tenang dari kesibukan kota.. blakang rumah ada sawah padi... setiap masa ada angin sepoi sepoi bahasa.. hehe.. sangat tenang dan mendamaikan...

Syukur Alhamdulillah.... Semoga Allah akan sentiasa mengiringi langkah hidupku... Amiinn.. ;))

Sunday, December 27, 2009

Too Fast.

Too fast???
huhu.. sorry memilih bahasa kedua sbgai tajuk utk post kali ini...

sebenarnya...
terlalu banyak yg ingin diluahkan.. terlalu bnyk ingin dikongsikan.. Tentang pengalaman hidup.. kisah2 hidup suka dan duka...

Aku juga hanyalah insan biasa.. terhasilnya coretan dan nukilan ini juga adalah dari segala apa yg dilalui dan dialami oleh diriku sendiri.... Sungguh.. terlalu banyak yg aku lalui... antara keperitan, kesusahan dan juga kesenangan dan kebahagiaan.. semua itu telah bercampur menjadi sebati dalam perjalanan hidup aku yg serba kurang ini...

Aku bukanlah dari keluarga yang amat senang.. ataupun dari keluarga yg amat susah.. Apa yg aku tahu... Aku lebih suka hidup secara sederhana... mungkin nampak secara luarannya, aku hidup dengan bahagia dan sempurna... tetapi hakikatnya tidak... kehidupan aku dan keluargaku juga ada pasang dan surutnya... tak usahlah aku membuka semua cerita di sini.. Aku sedar, susah utk kita mengajak orang lain utk sama-sama faham akan situasiku... Sebab itulah aku lebih suka berahsia tentang segala-galanya.... mungkin hanya seorang dua teman yg rapat sahaja mengetahui... selebihnya.. biarlah aku pendamkan.. aku cuba menghadapinya satu persatu...

Kadang kadang... manusia tersalah tafsir akan tindakan kita... tapi apalah daya kita ingin memuaskan hati semua pihak.. terus terang aku katakan, aku amat tidak gemar orang yg suka merasakan dirinya sempurna... usahlah ditanya kenapa kerana aku pernah bertemu dengan orang sebegini.. terlalu merasakan diri sempurna dan terlalu mengharapkan pandangan yg sempurna dari orang lain... biralah..... mungkin dia memang sempurna.. tapi, ingatlah, tiada yg lebih sempurna melainkan Allah...

kenapa terlintas di fikiran aku utk menulis post sebegini? Entahla.. sejak dapat tawaran kerja, aku mula nampak sinar dalam hidupku.... Alhamdulillah.... Aku rasa diri aku terlalu kerdil di sisi-Nya... DIA tahu segala keperitan yg aku lalui... DIA dengar segala apa yg aku doakan... Ya Allah.. sempurnanya sifatmu.. Aku hanyalah insan yg sentiasa tidak puas dengan nikmat-Mu..

Too fast... sememangnya masa terlalu cepat berlalu... sememangnya, kita kurang kesedaran tentang cepatnya masa berlalu sehinggalah kita rasakan masa seolah-olah terlalu jauh meninggalkan kita... Janganlah kita mengejar masa, kelak kita sendiri akan tersungkur.. jangan juga kita membiarkan masa, kerana kita yg akan rugi.. Tetapi, berjalanlah seiring dengan masa.. kerana itulah yg terbaik buat kita.. masa itu usia... masa itu segala-galanynya.. masa juga perngorbanan.. dan masa juga adalah segala titik permulaan dan pengakhiran...

Aku akhiri post kali ini dengan sedikit kata-kata yang agak memberi inspirasi padaku..

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyum walau hatimu xlagi mampu bertahan..
belajarlah memaafkan walaupun dirimu terluka..
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan..
Berpeganglah pada ALLAH walaupun Dia tidak kelihatan."

Layan.

mengisi masa lapang dengan layan lagu feveret sangat lah syahdu sekali.. hihi ;p

Turutkan hati
Kita menyesali
Andai ku biarkan
Usik perasaan

Aku seperti ombak yang berlari
Enggan menghampiri terbiar ke tepi
Aku ingin kemesraan
Dan senyum keramahan
Sentuhan rindu
Ku ingin selalu

Kisah yang manis bermain di mata ku
Tiada tangis di ketika itu
Ubatilah hati ku usah dibiarkan
Kerinduan ini sering bergelora
Semaikanlah cinta mu dengan benih rindu
Moga lenyap hilanglah segala
Gelora di jiwa

Aku inginkan senyum
Dan keramahan yang berkekalan
Bukan seketika

Gelora kasih permainan rindu
Andai dibiarkan usik perasaan
Gelora kasih menghempas hati
Gelora rindu menyentuh kalbu

=)

Saturday, December 26, 2009

Hari ini.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

xde pe yang nak di post kat sini...
saje ingin mengisi masa lapang.. hee

Alhamdulillah..

Hari ini... rasa tenang sedikit..
2,3 hari lepas, terlalu kalut dan sibuk dengan hal-hal posting..
sampai xde masa nk tenangkan diri..
Baru hari ni rasa sedikit tenang..

Herm.. semoga perjalanan hidup ini berjalan lancar..
sekiranya ada dugaan yg mendatang, semoga DIA selalu ada menunjukkanku jalan...
semoga sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya..
Amiinn.. ;))

Wednesday, December 23, 2009

KMPP. ;)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Alhamdulillah...
segala puji bagi Allah y memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya... ;)

Alhamdulillah.. semalam, aku dapat satu lagi berita baik.. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).. Itulah tempat bermulanya career aku sbgai seorang pendidik...

Sebenarnya, sejak aku dapat result posting yg menyatakan aku di tempatkan di Matrikulasi, aku sudah tidak sabar lagi ingin tahu kolej manakah tempat aku akan ditugaskan.. Memang agak cuak menelefon ke bahagian matrikulasi berpuluh-puluh kali kerana panggilan seolah-olah tidak dilayan..

Sampailah pagi semalam, 24hb 12 2009... aku dapat sms daripada Gee yg bagitau dah bleh kol bhgn sane utk tau result posting.. Aku xdelah rasa excited sgt utk menelefon sbb aku sudah rasa cuak.. dengan santai-santai sambil baring-baring atas katil di bilik umi, aku menelefon nombor tersebut.. banyak kali juga aku call... hampir putus asa, tapi layan je la... kol aje.... smpai lah talian itu berjawab!!

Masa tu aku tetiba rasa berdebar.. sbb aku mcm belum bersedia nk dengar kolej mana.. tapi dah terkol nk buat mcm mana.. hehe.. Then bila pegawai mintak no ic aku, sempat lagi dia gurau-gurau kata no ic aku unik! huhh.. apa-apalah..

Then dia bcakan nama aku dgn ic...
dgn rasa berdebar + cuak, telinga aku meneliti perkataan itu.
"Kimia kan.. Pulau Pinang ye... daftar 30 hb.. awak ditempatkan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang!"

huhuuu.. tetiba lutut rasa ketar dan agak excited memandangkan my best buddy, IZZA jga dah mngjar di Penang Free School.. hee......

Cikgu Izza n Miss Nani.. hee..
(2001)-Tusyen Sir Hashim
(2002-2003)-roomates di MRSM Jeli
(2004)-Kolej Matrikulasi Kedah
(2005-2009)- UPSI & UM- future chemist teacher
(2010-???)- Penang Free School & KMPP


Tapi.. bila diingat balik... keputusan ni memang seperti yg dijangkakan.... Instinct aku kuat mengatakan aku akan dapat Penang.. bila member2 tanya, aku dengan konfidennya gitau aku rasa aku akan ke sebelah utara.. masa pergi holiday ke Penang baru baru ni, hati aku sudah terdetik yang aku akan kembali ke situ.. huhu.. Apa pun, semua sudah tertulis.. aku akan menjadi seorang pendidik di KMPP..

Aku berharap.. aku dapat mendidik pelajar2 ku nanti, bukan sekadar dengan ilmu KIMIA semata-mata, tetapi aku ingin mendidik anak-anak bangsa aku mengenal erti KEHIDUPAN.. (cewahh!!) Semangat lak rasanya nk mengajar... hee.. harap2 semangat ini akan kekal sampai bila-bila... ;))

Apa pun.. aku sangat2 bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah ini... Aku harap, Allah jauhkan aku dari sikap Ujub, Ria' dan takbur.. kerana aku harus sedar, segala nikmat pemberian-Nya hanyalah pinjaman dunia semata-mata... Jika Allah menginginkan, dalam sekelip mata sahaja Dia boleh menarik segala-galanya... Nauzubillah...

Herm... di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada diri sendiri dan SELAMAT BERTUGAS.. hehe.. Hargai diri sendiri dahulu k! hee

Juga ucapan TAHNIAH dan SELAMAT BERTUGAS buat sume kawan2 SEP UM 2005-2009 yg akan mula bertugas di matrikulasi, SBP, dan juga sekolah-sekolah di serata Malaysia... Selamat menjadi pendidik yg berjasa.. Di mana saja kita ditugaskan, tugas utama kita adalah mendidik anak2 bangsa kita... ;))

Lastly.. THANX a lot kepada semua yg menyokong aku... ;) kepada family dan semua orang-orang yg aku sayangi.. walaupun Sains Muar ngan KMPP itu jauhhhh yg amat.. huk huk.. ;( heeeee... xpelah.. aku tetap HAPPY dengan rezeki kurniaan ALLAH ini.. ;))

Sunday, December 20, 2009

starting my career. ;)

I'm speechless!!! huhu
I'm gonna be a matriculation lecturer soon!!
I hope that I can give the best to my students!!
Alhamdulillah.. Alhamdulillah... ;))
Hope that Allah will always be with me..

thanx to all!!!
I'm gonna start my career soon!!!!!
pray for me, okay!!
;D

Saturday, December 19, 2009

2112'09. ;)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

At the date..
21.12.86...
9.30 am..

yeaahh!! 1st time melihat dunia!!! ;D


nak jadi kecik balik!! ;p


Tomorrow..
21.12.09..
(tapi wonderprends kata tarikh ni xde dlm kalendar tahun ni.. hihi.. what eva lah! ;p)

I'm 23????? can't believe it!!! betul ke ni??

Tapi blum agi.. tunggu sok.. kul 9.30 am..
hehe..
Perasaan aku.. herm.. entah..
SPEECHLESS! hee

Zaman kegemilangan aku dan abe.. hehe

Apa pun.. syukur Allah panjangkan umur aku smpai ke angka ni..
kiranya dah 2 dekad 3 tahun aku hidup bernafas di sini..
huhu

ape la yg aku fikir time ni.. hee ;p

Perlukah berubah??
Em.. ntahla..
bagaimana nak act as 23 year old lady??
em... Just be myself.. am I right??

hehe..
tapi bbrapa buah sikap yg perlu diubah akan aku ubah..
Antaranya...
em.. xpelah.. hehe.. if nk tau tnya sdiri k..
xpun tanya org2 yg rapat ngan aku.. ;p

Apa pun aku bersyukurrr... :))

Thursday, December 17, 2009

waiting.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Baru sehari lepas pulang dari Penang..
bersuka ria bersama wonderprends..
seronok sgt2 walau dalam hati tuhan je tahu...
Selagi belum lepas hari Isnin ni selagi tu hati aku resah + gelisah.. hehehe

Just arrived.. ;) still discussing either spending our time at Pulau Jerejak or not.. ;)


Now.. i'm waiting.. waiting and waiting...
penantian ini akan berakhir juga..
Huhhh.. Too tired of waiting....
But the day will come!!!!
I can't wait!! really!!

semoga kekuatan akan bersama2 ku slalu..
Semoga aku akan redha dgn setiap ketentuan-Mu..
semoga apa yg aku dapat adalah yg terbaik untukku...

huhu... no words can describe my true feeling rite now... What can I do is just put the ;) on my face..... Hope that this worry will not influence the people around me.... ;))))))

Wednesday, December 9, 2009

hepi!

Happy happy happy!!!
sangat happy!!
Alhamdulillah...
;))

naper? hee.. macam la korang nk tau kan?
yg penting happy!!!!!!!!!
;)))

paling dekat.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Paling dekat?? ape yg paling dekat tu?? hee ;p

Actually aku teringat salah satu pesan Imam Ghazali, yang paling dekat dengan umat manusia adalah MATI..

huhu.. gerun kan dengar perkataan tu? entahla.. sejak dua menjak ni.. terlalu banyak hal berkaitan mati... Sebelum semua kejadian ni, aku ada terbaca tentang tanda-tanda kematian.. huhu.. No wonder aku rasa amat takuut skali, mungkin amal ibadatku masih terlalu kurang utk aku berhadapan dengan mati..

0812'09..


aku dapat melihat dengan JELAS mayat yg matanya tidak tertutup.. Subhanallah.. Allahuakbar..
Bila ditanya pada emaknya, emaknya menjawab, "Arwah meninggal sebelum sempat melihat kakaknya yg tinggal di Perlis padahal kakaknya itulah yg sering disebut2 arwah sebelum meninggal.. mungkin sebab itulah matanya tidak boleh ditutup..".. huhu..

betapa lemahnya kita di sisi-Nya.. segala kejadian semua Allah sudah tentukan..Aku takut untuk melihat, tetapi mayat yg disebalik tirai dengan mata terbuka dapat dilihat dengan jelas semasa angin menerbangkan tirai itu.. Kenapa aku diberi peluang utk melihat ini semua?? huhu.. mungkin Allah ingin aku berfikir sejenak.. semua yg berlaku adalah atas kehendak-Nya..

0612'09..

Incident di KB Mall..
Teringat lagi beberapa dialog between Aku, Izza n Jaja sebelum kami ke Food Court.. Kami berkira-kira ingin makan di Pizza Hut di Ground Floor.. Msa tu, kami berada di tingkat 2.. then:

Aku: Agah la sek sek kito, nk makey kat pizza, kfc, mcD.. padahal food Court ado.. (Berlagak btol geng2 kita ni, nak makan pizza, kfc, mcD.. Padahal Foodcourt ada..)
Jaja n Izza: Kami x kesah.. lagipun poket tengah kering neh..

So, kami menaiki juga eskulator di mana kejadian ngeri itu berlaku utk naik ke tingkat atas menuju ke food court..
Xsmpai beberapa minit selepas itu, kejadian ngeri itu pun berlaku dan syukurnya masa itu kami sudah slamat smpai di foodcourt..

Hari ini, aku terfikir.. kalaulah kami bertiga decide utk ke pizza hut di ground floor.. semestinya kami masih berlegar2 di eskulator itu.. dan kemungkinan besar kami pun turut terlibat dengan kemalangan itu..

Subhaanallah.. Allahuakbar.. Alhamdulillah!!!

0112'09..

Berita sedih yang aku dengar.. tentang kematian wife kepada guru BI aku, yg juga bapa saudara Izza.. Aku agak terkejut kerana setahu aku, Sir Hashim yg sakit, bukan wife dia.. Innalillahi wainnaa ilaihi rooji'uun..

Aku ceritakan pada umi.. Umi memberitahu kawannya yg juga jiran Sir Hashim.. Kawan umi agak terkejut, katanya baru aje pagi tu dia bersembang-sembang dengan arwah yg sangat-sangat sihat walafiat keadaannya.. dan pagi itu juga arwah dijemput Ilahi.. Allahuakbar... betullah... jika Allah inginkan ianya berlaku, dalam sekelip mata sahaja ianya berlaku..

*******
Huhu... Aku takut.. takut yang amat!! ntah kenapa, aku rasa mcm ni.. selain fobia pada shopping complex yg masih belum hilang... ada perasaan lain yg buat aku rasa ntahla.. susah nk describe.. smoga kejadian-kejadian ini membuat aku lebih sedar akan kuasa-Nya..

Melihat pada wajah-wajah kesayanganku di rumah ini.. Aku harap aku sempat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka padaku... Semoga Allah panjangkan umur umi dan abah.... Berilah kesempatan padaku untuk menebus segala pengorbanan mereka..

Monday, December 7, 2009

0612'09.

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

post kali ni tajuknye spt di atas.. harap maklum.. hee ;p

Em.. tarikh tu mgkin akan jd tarikh yg amat bersejarah buat aku, Izza n Jaja.. tarikh di mana kejadian itu berlaku.. kejadian di shopping complex itu.. ahh xsanggup aku nk men'detail'kan (ayat BM salah ;p) tempat dan kejadian apa sbb aku tahu yg membaca post ni sudah sedia mklum kejadian apa..

Huhu.. percaya atau tidak.. aku masih fobia.. Smlm lepas smpai umah aje aku terus menuju kepada umi dan memeluk umi.. Aku pun xtahu knapa sebegini takutnye aku.. umi kata badan aku terketar2.. Act lepas kejadian semalam memang aku dah drive ingin trus pulang ke rumah, tetapi Izza kol bgtau tempat perjumpaan kami n the gang ditukar ke port lain.. so aku terpaksa U-turn perjalananku ke destinasi yg dipilih..

Sepanjang drive ke port y dijanjikan, lutut aku masih terketar2... Sepanjang itu juga aku bersembang melalui phone dgn umi, ayi, amin dan Ijad.. perasaan gementar memang masih perlu diluahkan memandangkan aku sorang y drive.. lepas parking, aku tunggu Izza n Jaja pergi bersama-sama sbb lutut masih ketar.. memang aku rasa xde kekuatan n I need someone bersama-sama aku ketika itu.. Bila mereka berdua tiba, baru aku keluar dari kereta dan menuju ke port yg dijanjikan..

Kami bertiga (Aku, Izza n Jaja) menunggu kehadiran Muja, Helmi dan Nabil sebelah bazar Buluh Kubu kat KB.. Saat kami bertiga, kami still meluahkan emosi gementar kami yg masih membuak-buak.. Saat itu kejadian ngeri masih terbayang-bayang (even skrg pun masih terbayang).. Perut aku yg lapar td memang xterasa dah walaupun chicken chop dan mango juice terpaksa ditinggalkan demi nyawa yg lebih berharga.. Kerana sangkaan kami bangunan itu akan runtuh.. huhu...

Kehadiran tiga jejaka itu mungkin mengurangkan sedikit resah kami.. Namun kami still perlu meluahkan kepada mereka bertiga.. Mereka bertiga pun dengarlah dengan sabar (mungkin agak cuak juga ;p).. Then menuju ke Medan Selera Kampung Kraftangan yg berhampiran..

Kami duduk-duduk bercerita lagi.. bila kami berenam berkumpul bersama memang bingitlah suasana di sana.. makan-makan dan bersembang.. atau lebih tepat melepak.. hehe.. ;p

Namun, fikiran aku masih gusar ttg kejadian itu.. lutut still terketar-ketar even dah kurang sedikit.. Namun masih terbayang dan aku perasan, fikiran aku bercelaru dan percakapan aku pn mgkin ntah apa-apa ntah.. xtahu lah kot2 mereka berlima x perasan.. Tapi bila aku ingat balik, aku tergelak sorang2..

Antara yg aku ingat, tiba-tiba aku tanya Muja, "Kenal la Pakcik Li??".. hihi.. Muja kelihatan agak terpinga-pinga... haha.. Yelah, ntah nape tetiba aku teringat pada Pakcik Li yg juga tinggal di daerah yg sama dengan Muja.. Ayer Lanas.. hehe.. Laju aje soalan tu terkeluar dari mulutku... Bila tersedar, baru aku jadi waras sket n berfikir, "ish, nape lak aku tanya muja soklan neh??" haha.. lawak.. lawak.. Nasib baik Muja y selalu ceria menjawab selamba, "Hah, habis semua sedara dia nak suruh orang kenal!!" hahahaha.. Aku tergelak besar dengan jawapan itu.. ;pp

Then, bila azan maghrib mula berkumandang (wah, anak dara balik lambat!!), kami berenam ingin berangkat pulang... Tapi, tetiba lak aku tercari-cari sesuatu.. Ya Allah, kunci kereta umi!!! hilang.. memang agak gelabah.. jarang aku kuar melepak dgn kereta umi.. Masa tu, aku rasa mau menangis.. tetapi aku tahan.. malu pula pada jejaka bertiga itu.. hehe..

Diorang cdangkan pergi balik kat tempat kami menunggu mereka tadi.. dlm perjalanan ke sana, aku x henti2 berdoa moga2 adalah insan2 yg baik hati mengambil kunci kereta itu utk dipulangkan...

Smpai kat sana.. aku sedikit hampa.. wajah2 mereka berlima juga hmpa.. kunci kereta tiada juga.. Aku pn mula rasa bersalah sbb buat kwn2 ku turut rasa mcm yg aku rasa.. Namun, tetiba ada sorang abang ni bertanyakan kami apa yg kami cari... Dia menunjukkan kunci tersebut dan aku dengan rasa excited dan syukurnye mengatakan itulah yg aku cari.. wajah kwn2 ku juga gembira!! aku xtau banyak mana ucapan terima kasih aku ucapkan pada orang tersebut.. Alhamdulillah... ;))

Apa apa pun.. Aku syukur sangat2... Dua perkara yg berlaku pada tarikh tersebut yg buat aku ucapkan Alhamdulillah berkali-kali.. sesungguhnya Allah masih sayangkan aku... ;)))

Thursday, December 3, 2009

Nukilan 1.50 pagi.

Assalamualaikum..
Hi.. ;))

Skarang ni jam menunjukkan pukul 1.50 pagi.. Sememangnya jarang aku bangun online waktu-waktu begini.. ntah nape hari ni, tidurku terganggu tadi... ntah la macam mana ntah aku leh tersedar dari tidur then dah xleh tido balik...

Em.. ntahla.. bila time2 mcm ni... terasa laju je tangan menaip... hee.. memang waktu-waktu mcm ni terasa syahdu kot.... Waktu yg sunyi, dan memang amat sesuai utk bangun beramal ibadat... Waktu-waktu camni, mungkin diri akan terasa amat dekat dengan Allah, sbb seolah-olah kita berkhalwat dengan-Nya.. Aku yakin, sume pernah melalui pengalaman ini, di mana air mata mencurah-curah menginsafi betapa lemahnya diri ini di sisi-Nya.. betapa hinanya kita sebagai hamba-Nya yang tidak serik-serik melakukan dan mengulangi dosa-dosa....

Herm... xpelah... Yang penting, kehidupan kita sentiasa berada di landasan yang betul... Untuk waktu ni, aku xtau lah apa yg aku rasa... Dalam masa yg sama aku merasakan amat cukup dengan segala nikmat yang Allah kurniakan kepadaku... Walaupun aku sering juga mengeluh itu dan ini, namun sekali sekala jauh di sudut hati aku ada juga sekelumit rasa syukur yang amat...

Alhamdulillah.. mungkin itu juga hadir dari secebis imanku yang aku akui amatlah tipis dan tidak seberapa ini.... Namun, aku tetap mengharapkan dan berdoa agar diri ini dan juga insan-insan yang amat amat aku sayangi sentiasa berada di bawah naungan-Nya yang Esa... Aku mengharapkan agar aku dan insan-insan yang memberi warna dalam hidupku sentiasa berada dalam lindungan-Nya.... Aminn..

Kadang-kadang... ada indah di sebalik sengsara.. ada bahagia di sebalik duka.... itulah hakikat hidup ini... Allah telah mengatur segala-galanya, memang adalah yang terbaik utk hamba-Nya..

Em.. tadi, aku meninjau juga status-status sahabat-sahabatku di Buku Muka (facebook).. Herm.. aku seronok melihat setiap cetusan hati dan fikiran mereka.. ternyata setiap insan mempunyai agenda tersendiri dalam hidup mereka.... dalam sehari, semua mempunyai pemikiran yang berbeza-beza.... sebab itulah manusia ini unik!! ;) dan kadang-kadang amat menarik! namun, disebabkan adanya ukhuwah yang terjalin, setiap yang lain mampu memberikan pendapat yang berbeza-beza dan bernas.. mungkin kadang-kadang agak sukar diterima akal tetapi sudah cukup utk mengurangkan sedikit keresahan dan memberi cetusan idea kepada mereka utk berfikir dan meneruskan agenda mereka...

Herm.. hidup ini memang sementara... Bila-bila masa sahaja kita boleh dijemput Ilahi... Apa yang aku doakan... semoga setiap patah bicara dan tingkah laku ini mendapat redha dari-Nya.... Semua anggota ini adalah pinjaman dari-Nya... Semoga segala pinjaman-pinjaman ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya... insya Allah..

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Ustaz aku masa zaman sekolah dahulu:
Beramal dan berusaha biarlah seperti kita akan hidup di dunia ini beribu-ribu tahun lagi;
dan Beribadat biarlah seperti kita akan dijemput ilahi sesaat sahaja lagi...
Insya Allah.. ;)

K lah.. terasa panjang pulak post kali ni.. hee... ;p aku tulis post ni utk peringatan diri aku sendiri juga ye... xde niat apa-apa pun... just utk perkongsian rasa di sini... ;)

Wednesday, December 2, 2009

Paku.

Assalamualaikum.
Hi.. ;)

sesungguhnya, setiap hari yang kita lalui pastinya ada kisah yang tersendiri... Dan di sebalik setiap langkah kaki kita menyusuri kehidupan ini, pastinya ada hikmah yang tersendiri.. Yang perlu kita lakukan hanyalah melihat dengan mata yang ketiga.. apa lagi kalau bukan mata hati kan? ;)

Hari ini, aku banyak beremosi yg negatif.. Bukanlah kehendak aku.. Aku memang tidak suka marah... Marah itu sifat syaitan.. tetapi entah kenapa keadaan menjadikan aku lebih sensitif hari ini.. Terutama apabila seseorang yg terlalu menyibukkan diri beliau tentang kehidupanku.. yang mana aku merasakan cukup rimas dan lemas..... Maaflah... aku tidak bermaksud ingin memaki beliau.. dan jika beliau terbaca, aku harap beliau mengerti...
Sebagai ingin bersangka baik, aku menganggap bahawa beliau cuba mengambil berat tentang diriku, sama seperti insan-insan lain yang aku sayangi... tak apalah....

Apabila aku terbaca satu artikel tadi.. terasa dapat kembali kekuatan utk aku meneruskan langkah kaki ku yang entah bila akan terhenti ini utk hari2 mendatang... semuanya tentang "paku"..

Aku cuba ringkaskan supaya ia lebih senang utk difahami... ;)

Apabila kita menyakiti hati seseorang, dan kita terlebih dahulu meminta maaf..... Ia adalah satu sifat yang sangat terpuji... Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w juga adalah seorang yang sangat-sangat pemaaf walaupun kepada orang-orang yang menghina mencaci herdik baginda s.a.w...

***dan aku sangat-sangat menyanjung sifat terpuji ini jika ianya ada dalam diri insan-insan yang aku kenali.... dan apabila ada orang meminta maaf kepada kita, apalah salah jika kemaafan diberi seikhlas hati kerana ia akan menjadikan kehidupan kita bertambah 'lega'...

Namun.. namun.. namun......
Kenapakah kita seringkali cuba menyakiti jika hanya utk meminta maaf...??

Ianya seperti PAKU.. sekiranya kita mengetuk paku di dinding dengan tukul... dan kita mencabutnya kembali.... Semestinya sudah tiada paku di dinding itu...
Sesudah itu.. kita memohon maaf kepada dinding, dan dinding sedia memaafkan kita... kita berasa sangat lega kerana mendapat kemaafan itu..

Namun... cuba lihat kembali pada dinding tadi.. tidakkah di dinding itu adanya lekuk dan retak serta berkerutu??? Sejauh manakah maaf mampu menghilangkan kesannya??

Begitulah juga dengan hati manusia.. hati kita semua...! kita sengaja menyakiti seseorang, dan meminta maaf namun parut luka itu akan tetap meninggalkan parutnya...

Jadi..... CUBALAH untuk TIDAK MENYAKITI... meminta maaf itu satu yang terpuji tetapi cuba untuk tidak menyakiti itu jauh lebih terpuji...

Semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari kisah 'Paku' ini.....