Tuesday, July 31, 2012

Our SweetHeart ;)

Assalamualaikum..

Hi semua.. dah lama Layyinul Sutera tak post pape kat sini.. smpai sekarang Layyinul Sutera sudah bertukar status sebagai seorang ibu! hehe.. Alhamdulillah, tanggal 11 Julai 2012, pada pukul 8.54 malam, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sempurna sifatnya, diberi nama Muhammad Umar Qayyum b. Mohd Rohaizad..

Muhammad Umar Qayyum sebaik sahaja dilahirkan


Herm.. pengalaman melahirkan, memang satu pengalaman yang sangat berharga dan saat2 yang tak akan dilupakan oleh setiap insan yang bergelar ibu.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sayang yang tidak terhingga kepada suami saya, yang setia menemani saya semaktu saya sakit hendak bersalin... Ya Allah, Engkau sahaja yang tahu betapa sakitnya saat itu.. seolah2 berperang dengan maut.. tu pun orang kata sakit bersalin itu sakit kedua selepas sakaratul maut.. huu maknanya sakit mati tu lagi sakit la kan?

Pada lebih kurang pukul 5.45 pagi, 11 Julai 2012, suami memecut keretanya ke Hospital Muar setelah saya rasa ada semacam air mengalir keluar.. (mungkin air ketuban kot).. Sesampainya di hospital, doktor terus membuat pemeriksaan, dan bukaan laluan bayi baru sahaja 1cm.. Doktor menjelaskan cecair itu bukan air ketuban, sebaliknya itu adalah 'show', iaitu tanda2 hendak bersalin.. Jadi doktor minta saya ditahan ke dalam ward terlebih dahulu..

Saya mula rasakan sakit yang ketara bermula pukul 5.30 petang, apabila masa tu bukaan laluan utk bayi keluar sudah meningkat ke 2cm.. Untuk masuk ke Labour room, bukaan perlu 4cm.. so saya kena menunggu dulu di katil ward, ditemani suami saya yang tidak putus2 memberi kata2 semangat.. ;) makin lama, kekerapan sakit makin ketara, setiap 15 minit saya rasakan sakit yang teramat yang xdapat dibayangkan.. Tepat pukul 8.00 malam, saya sudah tidak dapat menahan kesakitan dan memanggil nurse ke katil saya..

Bila doktor buat pemeriksaan, bukaan laluan sudah 6cm! So saya segera dibawa ke bilik bersalin.. Berbekalkan doa, wirid dan selawat ke atas nabi, saya cuba menguatkan semangat dan tidak putus2 berdoa semoga Allah akan memudahkan urusan saya ketika bersalin nanti.. Alhamdulillah, sewaktu saya dihantar ke labour room, kebetulan masa tu tiada pesakit yang hendak bersalin, jadi 3 orang doktor yang masuk bersama-sama memantau saya.. Doktor juga menyuruh saya sentiasa membaca doa2..

Hampir 54 minit saya bertarung dalam bilik bersalin, akhirnya saya dapat melihat wajah bayi saya.. ;)) Alhamdulillah.. Nurse menyuruh saya menyebut jantina bayi saya, dan melihat dia punya tutttt saya katakan baby boy! hehee... sebenarnya, semasa usia kandungan 7 bulan, doktor yang scan sangat confident mengatakan bayi saya adalah bayi perempuan. hihi... tapi, xapalah, yang penting dia sihat.. ;))

Sekarang, saya dan suami sudah menjadi ibu dan abi kepada seorang anak kecil lelaki... Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik anak kami menjadi anak yang soleh... Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami... ;))


1 comment:

  1. Bestnye dpt baby boy, sy scan masa 6 bln Dr cakap baby girl. Frust gak coz dh ada 2 girl. Hope a miracle berlaku kuar2 boy

    ReplyDelete

What do U think?