Wednesday, February 18, 2009

Layar hati

Ya Hannan..
Denai Hijau, langit biru, gunung kelabu..

bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
yg menyuratkan sebuah keindahan
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
Cermin alam yg memantulkan keindahan Tuhan

Denai, langit dan gunung
Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
Pada limpahan nikmat selaut indah
ke mana tumpahnya munajat seraut sembah??
Sekian lama melihat alam penuh teratur
Mangapa hatimu masih lupa untuk bersyukur???

Denai, langit dan gunung,
Adalah pantulan lambang biasan tamsilan
Gunung..... bagai pasak teguh kemurniaan iman
Langit.... hamparan saujana kelapangan islam
Denai.... lembah subur kelembutan ihsan
Adalah citra di kanvas hati yg dihiasi....
Rasa kehambaan

Ketika sunyi diri berwacanalah diri di dalam diri
Ya Hannan, teguhkanlah imanku
Seteguh gunung itu...
Ya Mannan, lapangkanlah Islamku
Selapang langit biru....
Dan lembutkanlah ihsanku
selembut rumput di denai itu
Nescaya bertamulah diri yg hakiki
Di kamar hati yg cinta Ilahi

Ya Allah...
Tika gagah-Mu bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
dan kolam hatiku tak akan selamanya keruh
Insya Allah..

Sunday, February 15, 2009

Kasih sayang yg tiada tandingan....... (^_^)

Kisah yg menyentuh jiwa ini aku ambil dari email yg di"forward"kan oleh seorang rakan kepadaku.... sama-samalah kita menghayati....

Di satu ketika, seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.. Menjelang diturunkan, dia bertanya kepada Tuhan;


"Para malaikat memberitahu bhw esok Engkau akan mengirimkanku ke dunia, tapi bagaimana saya mahu hidup di sana, sedangkan saya kecil dan lemah?"

Tuhan menjawab;

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan mengasihimu."

"Tapi di syurga saya hanya menyanyi dan tertawa, ini cukup bagi saya untuk bahagia.
." Si bayi bertanya kembali, "dan apa yg dapat saya lakukan jika saya ingin berbicara dengan-Mu?"


Sekali lagi Tuhan menjawab,"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."


Si bayi masih belum puas. Ia pun bertanya,"Saya mendengar di bumi banyk org yg jahat, siapa yg akan melindungi saya?"


Tuhan pun menjawab,"Malaikatmu akan melindungimu, dengan taruhan jiwa sekalipun!" Si bayi melanjutkan pertanyaan,

"Tapi saya akan bersedih kerana xdapat melihat Engkau lagi.."


Dan Tuhan pun menjawab,"Malaikatmu akan menceritakanmu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya aku selalu berada di sisimu.."

Saat itu syurga begitu tenangnya, sehingga suara dari bumi terdengar dan sang anak dengan suara lirih bertanya, "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku siapakah nama malaikat di rumahku nanti?"


Tuhan menjawab, "Kamu dapat memanggil malaikatmu... IBU.."


::: Kenanglah ibu yg menyayangimu
::: Untuk ibu yg selalu menitiskan air mata di saat aku pergi....
::: Ingatkah engkau, ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan dua selimut membalut tubuhmu??

::: Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu?.. dan ingatkah engkau ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika ia melihat engkau terbaring sakit??
::: Sesekali jenguklah ibumu yg selalu menantikan kepulanganmu di rumah tempat kamu dilahirkan..

::: Kembalilah memohon maaf kepada ibumu yg selalu rindukan senyumanmu..

::: Simpanlah sejenak kesibukan-kesibukan duniawi yg selalu membuatmu lupa untuk pulang.. ::: Segeralah menjenguk ibumu yg berdiri menantimu di depan pintu bahkan sampai malampun kian larut...
::: Jgn biarkan saat-saat yg akan kau rindukan pada masa akan datang.. ketika ibu telah tiada......
::: tak ada lg yg berdiri di depan pintu menyambut kita...
::: Tak ada lagi senyuman indah, tanda bahagia...
::: Yang ada hanyalah kamar yg kosong tiada penghuninya...

::: Yang ada hanyalah baju yg tergantung di almari kamarnya...
::: Tak ada lagi yg menyiapkan sarapan pagi untukmu makan, tak ada lagi yg sanggup merawatmu hingga larut malam sewaktu engkau sakit...
::: Tak ada lagi dan tak akan lagi yg menitiskan air mata mendoakanmu di setiap
hembusan nafasnya..
::: Kembalilah segera.. Peluklah ibu yg menyayangimu...

::: Ciumlah kaki ibu yg selalu merindukanmu, dan berilah yg terbaik di akhir hayatnya...
::: Berdoalah untuk kesihatannya dan rasakanlah pelukan cinta dan kasih sayangnya.. jgn biarkan engkau menyesal di masa akan datang, kembalilah pada ibu yg selalu menyayangimu.....
::: Kenanglah semua- Cinta dan kasih sayangnya...
::: Umi... maafkan aku...
::: Sampai bila pun jasa mu ta
k akan terbalas......

Sunday, February 8, 2009

isi mase jap (~_^)

:::::Aku rasa lebih tenang sekarang......~

Hari ni cuti Thaipusam.... Aku baru je lepas susun2 notes utk siapkan assigment Sosiologi persekolahan.... Aku pilih tajuk ,"Guru lelaki lembut dan pondan di sekolah... wajarkah dan implikasi terhadap sosiologi persekolahan"... Wah, gempak tak tajuk aku? hehehe

Em... Smlm aku tetiba aje teringat (dlm erti kata lain rindu la.. haha) kat adik lelaki ku yg bwh aku.. name dia Mohd Zulbahri atau aku n family just panggil dia ayi je... Em, ntahla, aku rasa sejak dia besar2 ni, (skrg dia dah 19 thn), aku mcm kurang beri perhatian la pd dia.... Yelah, budak lelaki yg dah remaja mcm tu, kdg2 dia rimas jugak if kita asyik risau n bimbang pasal dia...

So, aku pun sms la kat adik aku yg sorang tu mlm td.... tnya2 khabar je la... Then, aku ckp la, "teringat lak kak kat ayi.. huhu".. Then, pe yg dia reply?? dia kata, "koya rindu!! hahaha"... (koya=perasan) Em, biarlah koya rindu ke x ke, yg aku tau aku teringat kat dia time tu.. hehehe.. Xpelah, if adik xingat kak, biarlah kak y ingat kat adik... hehe

Ayi ni, aku ingat time kecik2 dulu teman sepermainan aku.. ngan dia la main masak2, doktor2, main sekolah2.. hehe.. mgkin masa tu, aku masih 3 beradik, dan aku sorang je perempuan selain Abe dan Ayi.... Masa umi mengandungkan ayi, aku ingat lg, aku ckp kat umi suh beranak anak perempuan! (masa tu bodoh lg, ingat leh sesuke ati ke nk anak laki or pmpn? hehehe)... Then, kuar2, aku dpt adik lelaki.. Herm, xpelah...

Yg kelakar, ayi ni pernah aku pakaikan baju sekolah aku.... pkaikan lipstik... Tambah2 time tu, maksdara aku (kakza) pun suke ikut angin aku... turut pkaikan ayi lipstik n alat2 solek... baju2 kurung aku... wah, seronok betul.. hehe... Then, smpai la, bila ayi sendiri snyap2, pakai baju sekolah aku n pakai lipstik umi..... Umi tgk mestila terkejut, tp kelakar kan? Tp, nasib baik, bila dah besar, dia menjadi lelaki sejati.. hehe.. if tak, tentu la aku rs bersalah gak.. hihi.. xtaulah, dia ingat lg x if aku citer ni...

Main anak patung pun ngan dia... smpai dia tak leh berenggang ngan "teddy bear" warna pink dia tu dulu... Agak lama gak la dia nk lepaskan bearbear busuk dia tu... umi nk basuh pun dia xbg... tdo, mkn, main, mesti ngan bearbear tu.. hehe... Ada satu hari tu, dia sejukkan bearbear dia dlm peti ais... tp dia lupe dia letak kat mane.. habis kalut satu family tlg carikan.. last2, time umi nk masak, jumpe lak dlm peti sejuk.. huhu... memangla xjumpe, xke xlogik letak teddy bear dlm peti sejuk? hehe

Apa pun, masa dah berlalu.... Adik beradik aku pun, sume dah besar2.. Abe dah 25 thn ni.. yg bongsu pun dah 14 thn skrg... Yg keempat lak dah 16 thn.. huhu... nanti akan tiba, bila sume dah mempunyai keluarga masing2..... huhu~

Em, dah la dulu.. aku nk wat keje lain lak ni..

Bye n cau~~ (^^,)

Saturday, February 7, 2009

Akan tiba...... (^^,)

Hey hati ku..
Selalu
mendambakan cinta namun tak kunjung tiba

Hatimu itu
Seperti apa yg ku mahu selama ini

Am Em
Ertikanlah pagi ku yg kaku tanpa kamu

C/o
Kau ku cinta
Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Lihat kamu
Tak ku sedari
Waktu dh mulai tinggalkan ku

Kau kau kau
Buatku lupa mengapa ku disini pada mulanya..

Ertikanlah malam ku yg sayu dingin tanpamu

Setiap hari bersama mu
Ku ingin selalu dekatmu
Ku hitung saat dan waktu
Hingga hari esok kembali lagi