Sunday, January 25, 2009

Masa ku akan tiba =)

Alhamdulillah…

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi pengajian ku di UM akan berakhir.. Huh, sungguh x sedar, cepat betul masa berlalu…. Rasa-rasa, baru aje melalui ‘pahit getir’ minggu haluan siswa pada Julai 2005.. terbayang-bayang lagi bagaimana keadaan sewaktu ‘dibuli’ oleh senior2 kolej….

I will always remember my first time, when I was called a "U" student.. It was a lovely feeling!

Jom renung ke belakang… terasa sungguh masa itu cepat sahaja seperti kilat… “study life” di kolej matrikulasi Kedah pada tahun 2004 memang masih segar lagi dalam ingatan…. berhempas pulas utk menghabiskan zaman matrikulasi, waktu tu terlalu bnyk anggapan dan angan-angan y masih belum diketahui… terlalu banyak impian y ingin dicapai…. Kehidupan sebagai remaja 18 tahun juga amat-amat bererti dan menyeronokkan…

Memorable pose at Pangkor Island.... =)

Selangkah lagi ke belakang… Terkenang zaman-zaman sweet 17 aku… huhu… “school life” yg memang sukar utk dilupakan… Jatuh bangun sbg seorang pelajar di MRSM jeli amat menyentuh jiwa sanubariku.. (ceewah!) Berhempas pulas menempuh SPM pada 2003 msih terasa hingga kini… Pengalaman pertama menetap di asrama… Di sini titik permulaan aku mengenali pelbagai jenis ragam manusia dan belajar utk menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi.. And not to forget… di sini lah aku mula mengenali cinta pertama.. huhu… Terkenang kembali kenangan lama… isk2.. hehe

This is my small "family" which is called "homeroom"

Setapak lagi kuberundur... SMK Dato' Ahmad Maher... Sekolah yg cukup istimewa bagiku.. Tempat aku membesar sebagai remaja.. Tempat aku mengenali dunia remaja... tingkatan satu hingga tiga... Saat ini, tanggungjawabku adalah belajar dan bermain.. hehe.. Masih tiada konflik ataupun tanggungjawab besar yang perlu difikirkan.. hanyalah keriangan zaman remaja.. Namun saat ini sering ada konflik dalam diri.. mungkin masih mencari identiti diri... ataupun mungkin cuba untuk menjadi dewasa sendiri.. Itulah tahun 1999-2001 aku..

1998.. SK Islah… zaman kanak-kanak yang sangat meriangkan… Terasa juga ingin kembali ke alam itu…. berlari-lari di dalam kelas, bergelak ketawa bersama kawan-kawan… Masa tu, dapat sebuah basikal pun memang cukup menyeronokkan, walhal budak2 zmn sekarang sgt membanggakan telefon bimbit berkamera dan mp3… Wah, seronoknye… hehe

Kenapa aku terkenang kembali??….

Jika kita merenung kembali masa-masa lampau, tentu kita akan dapati semua yang telah kita lalui itu telah memberi kesan untuk kehidupan hari ini… Tak kiralah, kejayaan atau kegagalan, semua tu ada sejarah di sebaliknya..

Aku terkenang kembali zaman aku sbg pelajar…. kerana tidak lama lagi, tibalah giliran aku pula utk mendidik pelajar….. Betullah, wajah-wajah guru tidak pernah dilupakan…. Sekarang, akan tibalah masa aku pula utk meneruskan perjuangan itu… Terima kasih cikgu….. =)

No comments:

Post a Comment

What do U think?