~LAYYINUL SUTERA ADALAH INSAN BIASA.. YANG MENDAMBAKAN KEBAHAGIAAN.KETENANGAN.KERIANGAN.SEIRING DENGAN RAHMAT DAN REDHA ILAHI~
Wednesday, November 23, 2011
After 6 months.. ;))
I feel so blessed.. thanks Allah...
Alhamdulillah, kehadiran 'orang baru' insya Allah akan menceriakan lagi rumah tangga kami.... Itu yang kami doakan dan kami yakin Allah mendengar doa kami...
Semoga semuanya seiring dengan Rahmat ALLAH.. I love U ALLAH... Luv u hubby~ ;))
n I hope our little love will be safely grown in me~ ;))
Friday, October 28, 2011
you mean everything to me.
Thursday, October 13, 2011
Setelah 4 bulan.. ;))


Assalamualaikum...
Hi semua.... ;))
Sudah lama xmencoretkan apa2 kat sini... entah ada lagi tak yang membacanya ye... hehe ;)
4 bulan setelah bergelar seorang isteri... Alhamdulillah, semuanya setakat ini berjalan lancar, dengan izin-Nya... Ternyata, alam rumah tangga menjanjikan seribu kemanisan dan rahmat, tersangat bahagia dirasakan. Semoga Allah sentiasa merahmati rumah tangga kami, dengan SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH....
Bergelar seorang isteri, tersangatlah indah.. Andai semuanya dilakukan kerana-Nya.... Menyiapkan suami dan menyediakan makan dan minum suami, semuanya adalah suatu yang tersangat bahagia.. Apa lagi melihat suami tersenyum dan kekenyangan hasil air tangan sendiri.. hehe.. ;))

Semoga kebahagiaan ini kekal selama-lamanya... insya Allah sampai ke syurga..... ;))))

Friday, June 17, 2011
Untitled.. just about LOVE.. ;)
hi sume..!! ;DD
This is my first posting here... after being someone's MRS.... heee
Well.. thanx Allah for everything... Majlis berjalan lancar... semuanya dengan izin ALLAH.. ALHAMDULILLAH...
Setelah bergelar isteri.... jiwa makin tenang..... hati makin lapang.. Alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga.... dikurniakan seorang suami yang penyayang, sabar dan sangat memahami..... Dan yang paling penting, sentiasa mengingatkan aku apabila aku terlupa... dan kejutkan aku utk solat subuh.... ngeeeee.... biasanya hubby akan bangun dulu dan akan kejutkan wife dia ni utk solat jemaah bersama-sama..... hehe.. aku rasa sangat bahagia... beribadat bersama-sama, dan setiap aktiviti masa lapang akan dilakukan bersama..... syukur Alhamdulillah....
Alhamdulillah ya Allah.. nikmat-Mu sungguh luas... bila dikenang balik.... memang tak sangka HE IS THE ONE!!! yelah, asal daripada nobody, become coursemate, jadi jiran kejap,, jadi satu geng lepak2... finally he became my husband..... Memang betul, ketentuan ALLAH itu sesuatu yang x dijangka...

X lama kami berkawan dan bercinta.... tapi mungkin niat ikhlas antara kami telah memudahkan segala-galanya... mengenali dia membuatkan hati lebih tenang..... kami memulakan langkah sebagai sahabat.. berkongsi kisah kehidupan, suka dan duka.... lama-lama timbul keserasian.... dan hatiku terdetik mungkinkah dia jodohku...

Lama-lama, Allah beri petunjuk... walaupun masih samar, tapi aku tetap ikut gerak hati.... kami bertunang, dan 3 bulan lepas tu kami kahwin..... rupa-rupanya Allah telah mengatur segala-galanya... DIA mengetahui semua ini terlebih dahulu daripada kami...... dan itulah yang dikatakan Jodoh di tangan-Nya.... kini aku lebih mengerti istilah itu......

Apa yang kami doakan, agar kebahagiaan rumah tangga kami akan kekal selama-lamanya dalam lindungan dan rahmat yang Esa.... betullah, bertolak ansur sangat penting... dan aku doakan moga2 kami diberi kekuatan utk sama2 mengharungi hidup ini.... dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata yang soleh dan solehah sebagai penghibur hati kami... insya Allah....
K, bye.. wassalam.. ;)))
Monday, May 9, 2011
Tik tok tik tok.........
Hi sume... ;)))
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala rezeki kepada hamba-hamba-Nya...
;))
Tik tok tik tok... banyak persiapan sudah dibuat... Cuma, selagi majlis tak berlangsung, selagi itulah rasa kelam kabut dan macam banyak aje lagi yg x siap.... Kadang2, aku jadi buntu apa lagi yg perlu disiapkan... kadang2 rasa tensen sbb xtau apa lagi yg kena buat.... Emm.. nasib baik Encik Tunang sentiasa cool.... sekarang aku mau cuba jd cool macam dia.. hehee
2 minggu cuti semester akhir, mmg aku tak rehat langsung.... sekarang aku di penang kembali sebelum aku pulang untuk majlis penuh bermakna dalam hidupku.... Ya Allah berilah aku kekuatan..... Permudahkanlah segala-galanya, dengan redha Mu ya Allah....
Dalam masa ni, aku ingin fokuskan terhadap persiapan diri aku pulak... Sudah bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri? Herm... Ya Allah, berilah aku petunjuk dan Kekuatan.... Semoga permulaan kepada rumah tangga kami ini penuh keberkatan dan menjadi satu titik permulaan untuk sebuah kebahagiaan abadi, iaitu kebahagiaan akhirat...
Aku mengumpul kekuatan... Aku tahu persediaan mental dan fizikal sangat penting.... insya Allah, everything will be fine, itu kata Encik Tunang... Nanti, rutin harianku sememangnya akan berubah... akan ada satu tanggungjawab yang amat besar untukku... persoalannya,,, mampukah aku?? Ya Allah, aku mohon kekuatan dan permudahkanlah segala urusan... Engkau bimbinglah aku dan berilah aku petunjuk agar aku dapat menjadi isteri yang solehah buat suamiku nanti....
Ya Allah... kebahagiaan ku adalah dengan izin-Mu... terima kasih Ya Allah....
Sunday, April 3, 2011
Fasa kedua 2..
Hi semua.. ;)))
Masa terus berlalu dan berlalu..
Aku?? macam-macam yang aku fikirkan sekarang..
Tapi macam kata Encik Tunang, tak perlu fikir, tapi teruskan sahaja persiapan kami.. Thanks Encik Tunang tersayang,, kerana sentiasa ada untukku..
Tadi, lepas Maghrib, aku termenung jap.. Entah la, actually apabila sudah sampai waktu-waktu begini, di mana kita mahu bertukar fasa kehidupan, iaitu dari satu fasa kehidupan yang mungkin agak selesa (zaman bujang) kepada satu fasa kehidupan yang mana kita akan berkongsi seluruh kehidupan kita (zaman perkahwinan), kita akan fikirkan itu dan ini.. Namun, teringat pesan orang-orang tua, jangan terlalu memasang impian, kerana realiti tak seindah mimpi.. Apa yang penting, cuba usahakan yang terbaik, seikhlas yang mungkin. Cari keredhaan Allah yang paling utama..
Aku termenung.. Patutlah aku rasa penat, kerana kekuatan itu milik Allah.. Aku perlu meminta kekuatan itu dari-Nya.. Sejak sibuk dengan persiapan ini, solat hajat makin kurang.. Bukanlah apa aku tulis semua ni, cuma mungkin ia menjadi satu tempat untukku muhasabah diri ini.. Kekuatan itu milik Dia, mintalah dari-Nya... Allah maha mendengar, insya Allah Dia akan makbulkan..
Semoga Segala-galanya akan dipermudahkan.. dan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya..
Insya Allah..
;)))
Sunday, March 20, 2011
Fasa kedua..
Hai semua.. ;)
Penat. Tension. Letih. Itulah yang Cik Layyinul Sutera rasakan sekarang ni..
Semalam baru sahaja pulang dari KL. Cik Layyinul Sutera teman umi ke Nilai untuk shopping sedikit kelengkapan. Alhamdulillah.. Langsir baru dah siap.. memang itu first time aku ke sana. rasa macam kelabu mata, tak tahu nak pilih yang mana., terutama kain-kain, karpet kat sana. sangat-sangat cantik dan banyak pilihan...
Herm.. sekarang aku dah merasakannya... betullah,, orang kata akan rasa mcm ni.. macam-macam terbit dalam fikiran.. Masa ni lah syaitan cuba mencelah, cuba mencari peluang mereka.. Ya Allah berilah kekuatan untuk setiap persiapan ini... Kadang-kadang rasa tension pun ada.. Al-quran juga tempat mencari ketenangan.. Semoga proses persiapan ini turut mendapat keberkatan-Mu ya Allah...
Haih.. rasa macam mau masa terus je berjalan dengan cepat.. Ha, jangan salah faham pulak tau.. hehe.. Aku rasa mahu sahaja semua ni selesai.. aku rasa penat.. dan juga mahu berehat! Sudah lama tak weekend di rumah.. Ya Allah, berilah aku kekuatan...
Lepas cakap ngan Aimi (my best friend) rasa lega sket.. Dan macam da janji2 plak.. wedding aimi dan aku pada tarikh yang sama! hee.. so no wonder la kami ada the same feeling now~ hee... Lepas cakap ngan dia, aku tau la setiap orang pada fasa kedua pertunangan akan rasa yang sama... Bila aku bagitau pada Encik tunangku, dia juga akui merasakan yang sama... Semoga Allah permudahkan semuanya.. Dalam masa yang tinggal ini, aku harap segala-galanya akan dipermudahkan... ;))
K lah setakat ni dulu... Nanti ada masa aku akan coretkan lagi nukilan hatiku.. ;)))
bye n cau!!
Sunday, March 13, 2011
(^_^)
Hi semua.. sihat ke? hope sihat2 saje tau!!
Sebelum Cik Layyinul Sutera nak meneruskan ayat2 seterusnya,, Cik Layyinul Sutera nk ucapkan TAHNIAH kepada my very best buddy, Izza Adnan yg telah melangsungkan perkahwinan beliau semalam.. Selamat menempuh alam rumah tangga ye~~ ;)))
Herm.. Cik Layyinul Sutera plak baru je habis berkursus Kahwin 2 hari ujung minggu hari tu... Kursus yang amat sempoi tapi sangat bermakna dan berguna.. Pelbagai ilmu yg aku dapat,, daripada ilmu berumah tangga sehinggalah ilmu tentang kehidupan yang begitu berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian...
Sebenarnya, Islam itu cukup indah dan sempurna kan? Setiap aspek kehidupan dititikberatkan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar2 hal dalam kehidupan kita... Cuma,, yelah, kita manusia memang selalu lalai dan alpa tentang semua ini....
Alhamdulillah.. selesai sudah kursus perkahwinan.. lepas ni banyak lagi yang perlu diuruskan... Semoga kami diberi kekuatan untuk sama2 menguruskan segala-galanya untuk melancarkan majlis kami nanti.... Semoga Allah permudahkan segala urusan... Amiinn.. ;))
Bye n cau~~ ;D
Sunday, March 6, 2011
Penat y seronok..
Hi semua.. ;))
Adehh. penat betul rasanya.. Cik Layyinul Sutera baru je smpai penang balik dari KB.. tiap2 minggu balik.. em, rasanya bleh jd penyumbang utama kot utk sumber pendapatan bas Mutiara ni.. hihii..
Tapi penat kali ni berbaloi.. jumpa gak yang dicari2.. dan tema impian utk majlis nanti hmpir tercapai... heee... insya Allah... tema apa?? tungguu smpai majlis kami nanti ek.. hehe
Herm.. cepat sungguh masa berlalu kan.. tarikh dah ditetapkan.. sekarang sibuk dengan pelbagai persiapan... Nasib baik la ramai saudara mara yang banyak membantu aku dlm persiapan utk jangkamasa yang amat singkat ini... terima kasih y xterhingga aku ucapkan pada semua ahli2 keluarga yang banyak memberi kerjasama.... aku rasa terharu sangat.. n xsangka ramai plak my aunties y nk sponsor itu dan ini.. Alhamdulillah.. ;))
Herm.. minggu depan akan hadiri kursus perkahwinan bersama dia.. hee.. Semoga kursus nanti berjalan lancar n x membosankan la.. nama pn kursus kan.. hehee... Minggu satu lg plak akan ke Nilai, utk teman umi beli langsir n bberapa kelengkapan lain.. haihh.. mmg weekend aku skrg tersangat lah bz... penat xyah cakap la...
Erm.. tadi abah sembang dengan aku... Abah gtaw, "ni abah nak pesan... ingat lah majlis nanti cuma sehari.. yang lebih penting adalah kehidupan selepas majlis tu.. so biarlah sederhana sahaja, xperlu beria-ia sangat.." huhuu... BAIKKK, abah,... insya Allah.. lgpun aku pn mmg suka simple but lovely,, heee.. insya Allah semoga majlis nanti menjadi majlis y diberkati-Nya.. itu y lebih utama kan...
K lah.. aku pn nk rehat2 ni.. penat2 trus bukak tenet.. hihi..
K bye n cau.... semoga Allah turut merahmati pembaca sekalian.. ;)))
Sunday, February 27, 2011
New look~ ;DD
Hi sume~
Tadaaa~~!!!! comey x my blog punye new look??? heee.. lebih ceria kan??? ;)))
Semoga hidup kita lepas ni akan lebih ceria jugak!! n enjoy reading my blog k!! heheheee...
bye n cau!!
Friday, February 4, 2011
..Someone's. ;)
Friday, January 28, 2011
Matahari, Hujan dan Pelangi. ;))
pekhabar semua? hehe.. hope sihat2 saje la k.. ;))
Erm.. malam ni, last kat kmpp sebelum pulang ke kampung halaman esok.. yeay~ cuti seminggu! hee.. Cuti sempena Chinese New Year.. walaupun ni utk org2 cina je, tp dlm kelas aku ckp kat students Happy Chinese New Year utk semua~ hee.. yela, dah sume cuti kan.. ngee ;D
Kadang-kadang.. I keep wondering.... Semua ini sudah diatur Allah cukup sempurna kan? Betullah ada kata-kata hikmah yang menyatakan, kadang2 Allah beri hujan, kadang-kadang Allah beri matahari.. Tapi antara dua itu terjadinya pelangi indah... Hujan walaupun ia lambang kesedihan, tapi ia juga sebenarnya satu RAHMAT yang tidak terhingga.. matahari pula walaupun lambang kegemilangan namun jika terlalu terik bahangnya bisa membakar.. Pelangi pula suatu yang indah... Tapi ia hanya seketika agar kita mensyukuri dan menghargai indahnya pelangi.. itulah KEHIDUPAN... Sejauh mana kita menghargai kehidupan, dapat dilihat pada sekerap manakah kita bersyukur atas segala pemberian dan nikmat-Nya yang xterhingga buat kita..
Aku hanyalah insan biasa dan insan yang terlalu lemah... Sesungguhnya aku mengharapkan belas kasihan-Mu ya Allah.. Lindungilah aku dan insan-insan yang bersamaku dengan rahmat-Mu.... Semoga kami sentiasa berada dalam lindungan-Mu... Aminn...
K lah setakat ni dulu..
Bye n cau~ ;)))
Monday, January 10, 2011
Something about me... ;p
Hi.. ;))
Yeyy esok cuti!!
walau sehari tp still best~~ hehe

Em.. kali ni nak kongsi sket pe y aku rasa ari ni.. Diharap korang sudi membacanya k. ;)))
Emm.. aku ni kdg2 if aku terover excited, mmg aku xbleh nk bendung dah. kdg2 tu smpai terlalu gembira hingga bleh terkeluar air mata neh. hehe. bukan menangis, tp air mata gumbira la katakan..
kadang2 gelak pun terover jugak. uhuhh.. sorry eh, sape yg kenal aku tau la camne kan. heheh..nmpk je cam baik (baik ke?) tp sbenarnya aku ni xbaik pon.. ngehehe~ ;p
Aku neh xde la skema orgnye.. kalau kerja pn sempoi jgk la. aku xdelah org y terlalu komited kat ofis. dlm kelas pn sempat je nk melawak n berbual-bual jap ngn students. ada masa lapang students datang borak2 kosong kat meja aku kat ofis. Sembang pasal bola, pasal antu, pasal kucing. huhu. memang xde istilah skema dlm idup aku.
Cuma org yg xrapat ngan aku mgkn kata aku neh pemalu or baik. heheh. bukan nk memuji dri sdiri tp tu y slalu aku dgr. tp bila depa da kenal aku.. haa.. baru tau aku neh camne. kdg2 bleh tumbuh dua tanduk gak tau! haha~
Kadang2, if aku marah aku bnyk diam aje. xpun kalau smpai tahap xleh tahan lgsung da, aku bleh gak sound direct. uhuhh.. tringat plak kisah masa aku first year kat UM dlu.. ahh xmo ah ingat kat maCik yg slalu sorok slipar aku uh. geram!! grrrr~~ ;p
kalau sedih. aku menangis lah! hahaha~ yg ni mmg xleh tipu ah. kalau aku tahan pun, last2 akn kuar gak. paling xpon benam muka dlm bantal n nangis. haha. tp xmo ah ckp pasal nangis2 neh. da lama da aku xnangis teruk2. baik menangis menyesali dosa2 lalu kan? eceeehhh~ hehe
haa, satu agi. dlm sehari, if aku xsembang or x senyum or x ketawa dgn org2 sekeliling aku, aku akn rasa pening kepala semacam. haha.. siyes, xtipu! at least aku kena ada interaksi dua hala, if x rasa idup neh xbermakna. tp tu normal la kot ek? hehehe.. kira aku neh normal gak la~~ ;D
Sejak tahun baru neh gak, aku rasa cam pergerakan aku makin pantas. hihi. perasan lak kan? ;p. start 1 Jan 2011 (010111) ari tu, hmpir setiap petang aku ke gym selama 30 minit. yeahh~ lepas stahun kat kmpp neh baru aku tau ada gym betul2 depan cafe kat blok aku memerintah. haha. dan aku pun apa lagi dengan tanduk yg mulai tumbuh kunci gym itu telah aku duplicate!! har har harrr....... ;DDD sonotnyee..
k lah stakat ni je lah aku merapu k! busan sbenarnya neh. xtau nk post pe. bila baca post2 lepas,,, haihh bnyk hal2 jiwa je. hahaha
K lah dat's all..
Bye n cau!!! ;D
Friday, January 7, 2011
GEMILANG. ;))
Assalamualaikum..
Hi.. ;))
Untuk kali yang kedua, lagu ini telah di post kat sini.. hehe.. very meaningful lyric n i really love this song.. and sume lagu ella.. hee
Yang pasti.. saat GEMILANG pasti akan tiba.. ;)))
Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu
Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar

Wednesday, January 5, 2011
2011 is coming!
Hi sume~ :))
Herm.. sedar x sedar da 6 hari kita di tahun baru 2011.. cepat je kan masa berlalu.. Rasa mcm baru je semalam grad... hehe.. tp sedar xsedar rupanya da stahun da aku bergelar pensyarah kimia di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang neh.. hehe
Apa pun, tahun 2010 sudah berlalu dan banyak pengajaran yang boleh diambil.. mungkin yang paling menarik tahun lepas adalah bermulanya kerjaya aku sebagai seorang pendidik selepas bertahun-tahun berhempas pulas di menara gading.. hehe.. skema je ayat kan.. hihi
2010 sudah ditinggalkan..Yang lalu usahlah dikenang. yang berlaku hadapilah dengan tenang, dan yang mendatang satukan dalam wawasan! ;DD
Tahun 2011.. tahun ini bakal aku tempuhi.. Tahun 2011 bakal menjadi tahun yang penuh dengan perancangan dalam merealisasikan impian-impian yang masih belum tercapai.. Insya Allah..
Semoga semuanya akan dipermudahkan dan diberkati... Harapan aku, semoga para pembaca turut sama-sama mendoakan ok... ;))
K lah that's all for now.... bye n cau!!
Assalamualaikum~ ;))