Sunday, April 3, 2011

Fasa kedua 2..

Assalamualaikum..
Hi semua.. ;)))

Masa terus berlalu dan berlalu..
Aku?? macam-macam yang aku fikirkan sekarang..
Tapi macam kata Encik Tunang, tak perlu fikir, tapi teruskan sahaja persiapan kami.. Thanks Encik Tunang tersayang,, kerana sentiasa ada untukku..

Tadi, lepas Maghrib, aku termenung jap.. Entah la, actually apabila sudah sampai waktu-waktu begini, di mana kita mahu bertukar fasa kehidupan, iaitu dari satu fasa kehidupan yang mungkin agak selesa (zaman bujang) kepada satu fasa kehidupan yang mana kita akan berkongsi seluruh kehidupan kita (zaman perkahwinan), kita akan fikirkan itu dan ini.. Namun, teringat pesan orang-orang tua, jangan terlalu memasang impian, kerana realiti tak seindah mimpi.. Apa yang penting, cuba usahakan yang terbaik, seikhlas yang mungkin. Cari keredhaan Allah yang paling utama..

Aku termenung.. Patutlah aku rasa penat, kerana kekuatan itu milik Allah.. Aku perlu meminta kekuatan itu dari-Nya.. Sejak sibuk dengan persiapan ini, solat hajat makin kurang.. Bukanlah apa aku tulis semua ni, cuma mungkin ia menjadi satu tempat untukku muhasabah diri ini.. Kekuatan itu milik Dia, mintalah dari-Nya... Allah maha mendengar, insya Allah Dia akan makbulkan..

Semoga Segala-galanya akan dipermudahkan.. dan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya..
Insya Allah..

;)))