Alhamdulillah.. hari ini terasa lapang sedikit.. mungkin sebab permulaan hari yang baik.. Bacaan al-Waqiah setiap pagi selepas Subuh telah lama xberbuat.. dek kerana terlalu sibuk dengan rutin harian, malam badan terasa penat, dan pagi bangun agak kelewatan.. Subuh pun kerap di hujung waktu.. Astaghfirullah..
Pagi tadi, aku gagahkan diri juga.. cuba membangkitkan kembali amalan itu.. Alhamdulillah.. "kepayahan" yang kurasakan tadi berbaloi juga kerana sepanjang hari ini aku rasa agak lapang.. walau mental dan fizikal penat dengan pelbagai tugasan.. Sebagai pensyarah Kimia di kolej matrikulasi, aku tahu terlalu banyak yang perlu aku siapkan.. ditambah pula dengan tugas sebagai felo, s/u dan macam2 lagi tugasan.. Semua inilah yang memberi kepenatan kepadaku setiap kali pulang dari kerja.. dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada amal ibadahku.. Ya Allah, lemahnya hamba-Mu ini...
Mungkin kini diriku sudah boleh beradaptasi sedikit... sudah dua minggu selepas cuti 3 minggu, banyak mengajar diriku erti bersabar dengan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepadaku.. Syukur, setakat ini tugasan masih boleh dilakukan dalam keadaan yang agak baik... semoga akan bertambah baik lagi pada hari-hari yang mendatang...
Herm.. aku terasa ingin berkongsi sedikit kisah hidupku di sini.. Aku mula minat menulis diari sejak di bangku sekolah lagi... Sampailah aku di final year kat universiti.. Kini, sudah lama Mr Journal aku dibiarkan sepi.. Entahla.. Bila aku baca balik semua tulisan aku, aku sedar bahawa hidupku sudah banyak melalui saat-saat sukar...... Dan aku tak percaya yang aku mampu melaluinya!
Aku.. =)
Mungkin kini aku dapat rasakan kematangan dari segi emosi dan fikiranku.. bila baca diari masa darjah enam dulu, kawan pergi taman permainan tak ajak aku pun aku tulis dalam diari.. hihi.. dan bila umur makin meningkat, tahap penulisan dalam diari pun berbeza.. luahan hati pun sudah berbeza... argh.. betapa makin meningkatnya usia, makin matangnya fikiran kerana makin banyak masalah-masalah yang berbeza dihadapi.. kehidupan yang dilalui, gembira, sedih, pahit, manis semua aku rasakan begitu unik sekarang.. betapa indahnya hidup ini!
Then bila nak dekat final year kat universiti, aku mula menghasilkan novel aku sendiri.. Ianya banyak berkaitan dengan kisah hidupku yang aku ubahsuaikan sedikit mengikut kesesuaian penceritaan.. tapi sampai sekarang, novel itu tersimpan kemas dalam folder laptop ku ini.. Tak pernah ada yang membacanya.. malah aku pun tak pernah bagi peluang untuk orang membacanya.. Selain kurang yakin, aku pun risau penceritaan aku itu tak dapat diterima oleh pembaca.. jadi akhirnya, aku ambil keputusan untuk menjadikannya koleksi peribadi aku sahaja.. ;)
Hidup di bumi Allah ini, memang tersangat indah. cuma kejahilan-kejahilan menjadikan kehidupan ini kadang-kadang begitu menyesakkan.. betapa kelalaian itu sentiasa menguasai diri.. Terkadang agak risau, apakah kesudahan hidup ini.. Namun, aku akan sentiasa berdoa agar aku dan insan-insan yang aku kenali sentiasa berada di jalan yang benar dan tergolong di kalangan hamba-hamba yang sentiasa mendapat petunjuk dari Allah swt..
Apabila sudah lama kita tidak bermuhasabah diri, barulah kita sedar bahawa secalit iman dalam hati kita itu teramat cukup untuk membuahkan rasa cinta kita kepada-Nya.. Apatah lagi dengan iman yang melimpah ruah di dada.. Semoga kita akan menjadi hamba yang beriman kepada-Nya.. Amin.. ;)