Sunday, April 3, 2011

Fasa kedua 2..

Assalamualaikum..
Hi semua.. ;)))

Masa terus berlalu dan berlalu..
Aku?? macam-macam yang aku fikirkan sekarang..
Tapi macam kata Encik Tunang, tak perlu fikir, tapi teruskan sahaja persiapan kami.. Thanks Encik Tunang tersayang,, kerana sentiasa ada untukku..

Tadi, lepas Maghrib, aku termenung jap.. Entah la, actually apabila sudah sampai waktu-waktu begini, di mana kita mahu bertukar fasa kehidupan, iaitu dari satu fasa kehidupan yang mungkin agak selesa (zaman bujang) kepada satu fasa kehidupan yang mana kita akan berkongsi seluruh kehidupan kita (zaman perkahwinan), kita akan fikirkan itu dan ini.. Namun, teringat pesan orang-orang tua, jangan terlalu memasang impian, kerana realiti tak seindah mimpi.. Apa yang penting, cuba usahakan yang terbaik, seikhlas yang mungkin. Cari keredhaan Allah yang paling utama..

Aku termenung.. Patutlah aku rasa penat, kerana kekuatan itu milik Allah.. Aku perlu meminta kekuatan itu dari-Nya.. Sejak sibuk dengan persiapan ini, solat hajat makin kurang.. Bukanlah apa aku tulis semua ni, cuma mungkin ia menjadi satu tempat untukku muhasabah diri ini.. Kekuatan itu milik Dia, mintalah dari-Nya... Allah maha mendengar, insya Allah Dia akan makbulkan..

Semoga Segala-galanya akan dipermudahkan.. dan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya..
Insya Allah..

;)))

Sunday, March 20, 2011

Fasa kedua..

Assalamualaikum.
Hai semua.. ;)

Penat. Tension. Letih. Itulah yang Cik Layyinul Sutera rasakan sekarang ni..

Semalam baru sahaja pulang dari KL. Cik Layyinul Sutera teman umi ke Nilai untuk shopping sedikit kelengkapan. Alhamdulillah.. Langsir baru dah siap.. memang itu first time aku ke sana. rasa macam kelabu mata, tak tahu nak pilih yang mana., terutama kain-kain, karpet kat sana. sangat-sangat cantik dan banyak pilihan...

Herm.. sekarang aku dah merasakannya... betullah,, orang kata akan rasa mcm ni.. macam-macam terbit dalam fikiran.. Masa ni lah syaitan cuba mencelah, cuba mencari peluang mereka.. Ya Allah berilah kekuatan untuk setiap persiapan ini... Kadang-kadang rasa tension pun ada.. Al-quran juga tempat mencari ketenangan.. Semoga proses persiapan ini turut mendapat keberkatan-Mu ya Allah...

Haih.. rasa macam mau masa terus je berjalan dengan cepat.. Ha, jangan salah faham pulak tau.. hehe.. Aku rasa mahu sahaja semua ni selesai.. aku rasa penat.. dan juga mahu berehat! Sudah lama tak weekend di rumah.. Ya Allah, berilah aku kekuatan...

Lepas cakap ngan Aimi (my best friend) rasa lega sket.. Dan macam da janji2 plak.. wedding aimi dan aku pada tarikh yang sama! hee.. so no wonder la kami ada the same feeling now~ hee... Lepas cakap ngan dia, aku tau la setiap orang pada fasa kedua pertunangan akan rasa yang sama... Bila aku bagitau pada Encik tunangku, dia juga akui merasakan yang sama... Semoga Allah permudahkan semuanya.. Dalam masa yang tinggal ini, aku harap segala-galanya akan dipermudahkan... ;))

K lah setakat ni dulu... Nanti ada masa aku akan coretkan lagi nukilan hatiku.. ;)))

bye n cau!!

Sunday, March 13, 2011

(^_^)

Assalamualaikum..
Hi semua.. sihat ke? hope sihat2 saje tau!!

Sebelum Cik Layyinul Sutera nak meneruskan ayat2 seterusnya,, Cik Layyinul Sutera nk ucapkan TAHNIAH kepada my very best buddy, Izza Adnan yg telah melangsungkan perkahwinan beliau semalam.. Selamat menempuh alam rumah tangga ye~~ ;)))

Herm.. Cik Layyinul Sutera plak baru je habis berkursus Kahwin 2 hari ujung minggu hari tu... Kursus yang amat sempoi tapi sangat bermakna dan berguna.. Pelbagai ilmu yg aku dapat,, daripada ilmu berumah tangga sehinggalah ilmu tentang kehidupan yang begitu berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian...

Sebenarnya, Islam itu cukup indah dan sempurna kan? Setiap aspek kehidupan dititikberatkan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar2 hal dalam kehidupan kita... Cuma,, yelah, kita manusia memang selalu lalai dan alpa tentang semua ini....

Alhamdulillah.. selesai sudah kursus perkahwinan.. lepas ni banyak lagi yang perlu diuruskan... Semoga kami diberi kekuatan untuk sama2 menguruskan segala-galanya untuk melancarkan majlis kami nanti.... Semoga Allah permudahkan segala urusan... Amiinn.. ;))

Bye n cau~~ ;D

Sunday, March 6, 2011

Penat y seronok..

Assalamualaikum..
Hi semua.. ;))

Adehh. penat betul rasanya.. Cik Layyinul Sutera baru je smpai penang balik dari KB.. tiap2 minggu balik.. em, rasanya bleh jd penyumbang utama kot utk sumber pendapatan bas Mutiara ni.. hihii..

Tapi penat kali ni berbaloi.. jumpa gak yang dicari2.. dan tema impian utk majlis nanti hmpir tercapai... heee... insya Allah... tema apa?? tungguu smpai majlis kami nanti ek.. hehe

Herm.. cepat sungguh masa berlalu kan.. tarikh dah ditetapkan.. sekarang sibuk dengan pelbagai persiapan... Nasib baik la ramai saudara mara yang banyak membantu aku dlm persiapan utk jangkamasa yang amat singkat ini... terima kasih y xterhingga aku ucapkan pada semua ahli2 keluarga yang banyak memberi kerjasama.... aku rasa terharu sangat.. n xsangka ramai plak my aunties y nk sponsor itu dan ini.. Alhamdulillah.. ;))

Herm.. minggu depan akan hadiri kursus perkahwinan bersama dia.. hee.. Semoga kursus nanti berjalan lancar n x membosankan la.. nama pn kursus kan.. hehee... Minggu satu lg plak akan ke Nilai, utk teman umi beli langsir n bberapa kelengkapan lain.. haihh.. mmg weekend aku skrg tersangat lah bz... penat xyah cakap la...

Erm.. tadi abah sembang dengan aku... Abah gtaw, "ni abah nak pesan... ingat lah majlis nanti cuma sehari.. yang lebih penting adalah kehidupan selepas majlis tu.. so biarlah sederhana sahaja, xperlu beria-ia sangat.." huhuu... BAIKKK, abah,... insya Allah.. lgpun aku pn mmg suka simple but lovely,, heee.. insya Allah semoga majlis nanti menjadi majlis y diberkati-Nya.. itu y lebih utama kan...

K lah.. aku pn nk rehat2 ni.. penat2 trus bukak tenet.. hihi..

K bye n cau.... semoga Allah turut merahmati pembaca sekalian.. ;)))

Sunday, February 27, 2011

New look~ ;DD

Assalamualaikum..
Hi sume~

Tadaaa~~!!!! comey x my blog punye new look??? heee.. lebih ceria kan??? ;)))

Semoga hidup kita lepas ni akan lebih ceria jugak!! n enjoy reading my blog k!! heheheee...

bye n cau!!

Friday, February 4, 2011

..Someone's. ;)


Assalamualaikum..
Hi sume, pekabar?

Skrg da pukul 12.49 tengah malam.. tp mata ni xbleh tutup lak.. dah bberapa hari tdo lmbat, sbb buat preparation last minute.. kesannya, cmnilah jadinya... hehe ;)

Apa pun, Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. Harapan n doa aku, semoga urusan selepas ini pun turut dipermudahkan..

Kadang2, rasa mcm xpercaya pn ada... After that day, aku kdg2 termenung sorang2 jugak, seakan-akan ia suatu mimpi yg indah... hee ;p.. tp aku kena sedar, ini semua hakikat dan ketentuan yang Esa.. Aku bersyukur atas semuanya.. ;))


Malam sbelum majlis, abah da bagi ceramah panjang lebar kat aku... huhu.. tentang apa yang sepatutnya dan xsepatutnya.. tanggungjawab pe yg perlu dilaksanakan... larangan2 dan tuntutan yg patut dilakukan dalam islam sepanjang tempoh ini... huhhh, berpeluh aku mendengarnya.. ada gak yang terkena atas batang hidung sendiri... huhuu

Sampai hari majlis... Tuhan je yg tahu betapa cuaknya aku menunggu smpai perbincangan tamat... heee.. nasib baik my siblings, aunties n cousins yg sporting tu berjaya menghilangkan kecuakan ni.. hehe... apa pun, without all of them, aku mungkin akan terkaku sorang2 dlm bilik tu smbil mengetap bibir! haha~ ;p

Apa pun, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. bak kata abah di akhir majlis, "tak ada benda yang complicated kat dunia ni melainkan manusia yang menjadikan ia complicated.." hee.. Syukur Alhamdulillah..

Lepas tamat, sempat lagi abah bagi 'ceramah' kat dia mcm yg aku kena semalam.. cuma yg aku kena lagi detail kot.. hihi.. tapi dia still cool walaupun aku tau dalam perut dia penuh ada rama-rama.. hihihii ;p

Apa yang aku doakan,,,

Semoga urusan selepas ini akan turut dipermudahkan... Semoga aku dan dia kuat dalam menghadapi dugaan... Semoga majlis ni menjadi satu titik permulaan untuk kami membina sebuah rumahtangga yang penuh kedamaian dan diberkati, semoga ini suatu titik permulaan buat kami untuk kami menjadi hamba-Mu yang lebih sempurna, semoga ia satu titik permulaan untuk sebuah tanggungjawab, semoga ia satu titik permulaan untuk segala-galanya yang diredhai dan penuh berkat.... Aminnn....

Korang tolong doakan gak ye... luv u all~ ;DD

Bye n cau!!

Friday, January 28, 2011

Matahari, Hujan dan Pelangi. ;))

Assalamualaikum..
pekhabar semua? hehe.. hope sihat2 saje la k.. ;))

Erm.. malam ni, last kat kmpp sebelum pulang ke kampung halaman esok.. yeay~ cuti seminggu! hee.. Cuti sempena Chinese New Year.. walaupun ni utk org2 cina je, tp dlm kelas aku ckp kat students Happy Chinese New Year utk semua~ hee.. yela, dah sume cuti kan.. ngee ;D

Kadang-kadang.. I keep wondering.... Semua ini sudah diatur Allah cukup sempurna kan? Betullah ada kata-kata hikmah yang menyatakan, kadang2 Allah beri hujan, kadang-kadang Allah beri matahari.. Tapi antara dua itu terjadinya pelangi indah... Hujan walaupun ia lambang kesedihan, tapi ia juga sebenarnya satu RAHMAT yang tidak terhingga.. matahari pula walaupun lambang kegemilangan namun jika terlalu terik bahangnya bisa membakar.. Pelangi pula suatu yang indah... Tapi ia hanya seketika agar kita mensyukuri dan menghargai indahnya pelangi.. itulah KEHIDUPAN... Sejauh mana kita menghargai kehidupan, dapat dilihat pada sekerap manakah kita bersyukur atas segala pemberian dan nikmat-Nya yang xterhingga buat kita..

Aku hanyalah insan biasa dan insan yang terlalu lemah... Sesungguhnya aku mengharapkan belas kasihan-Mu ya Allah.. Lindungilah aku dan insan-insan yang bersamaku dengan rahmat-Mu.... Semoga kami sentiasa berada dalam lindungan-Mu... Aminn...

K lah setakat ni dulu..
Bye n cau~ ;)))