Assalamualaikum.
Hai semua.. ;)
Penat. Tension. Letih. Itulah yang Cik Layyinul Sutera rasakan sekarang ni..
Semalam baru sahaja pulang dari KL. Cik Layyinul Sutera teman umi ke Nilai untuk shopping sedikit kelengkapan. Alhamdulillah.. Langsir baru dah siap.. memang itu first time aku ke sana. rasa macam kelabu mata, tak tahu nak pilih yang mana., terutama kain-kain, karpet kat sana. sangat-sangat cantik dan banyak pilihan...
Herm.. sekarang aku dah merasakannya... betullah,, orang kata akan rasa mcm ni.. macam-macam terbit dalam fikiran.. Masa ni lah syaitan cuba mencelah, cuba mencari peluang mereka.. Ya Allah berilah kekuatan untuk setiap persiapan ini... Kadang-kadang rasa tension pun ada.. Al-quran juga tempat mencari ketenangan.. Semoga proses persiapan ini turut mendapat keberkatan-Mu ya Allah...
Haih.. rasa macam mau masa terus je berjalan dengan cepat.. Ha, jangan salah faham pulak tau.. hehe.. Aku rasa mahu sahaja semua ni selesai.. aku rasa penat.. dan juga mahu berehat! Sudah lama tak weekend di rumah.. Ya Allah, berilah aku kekuatan...
Lepas cakap ngan Aimi (my best friend) rasa lega sket.. Dan macam da janji2 plak.. wedding aimi dan aku pada tarikh yang sama! hee.. so no wonder la kami ada the same feeling now~ hee... Lepas cakap ngan dia, aku tau la setiap orang pada fasa kedua pertunangan akan rasa yang sama... Bila aku bagitau pada Encik tunangku, dia juga akui merasakan yang sama... Semoga Allah permudahkan semuanya.. Dalam masa yang tinggal ini, aku harap segala-galanya akan dipermudahkan... ;))
K lah setakat ni dulu... Nanti ada masa aku akan coretkan lagi nukilan hatiku.. ;)))
bye n cau!!
No comments:
Post a Comment
What do U think?