~LAYYINUL SUTERA ADALAH INSAN BIASA.. YANG MENDAMBAKAN KEBAHAGIAAN.KETENANGAN.KERIANGAN.SEIRING DENGAN RAHMAT DAN REDHA ILAHI~
Sunday, March 20, 2011
Fasa kedua..
Hai semua.. ;)
Penat. Tension. Letih. Itulah yang Cik Layyinul Sutera rasakan sekarang ni..
Semalam baru sahaja pulang dari KL. Cik Layyinul Sutera teman umi ke Nilai untuk shopping sedikit kelengkapan. Alhamdulillah.. Langsir baru dah siap.. memang itu first time aku ke sana. rasa macam kelabu mata, tak tahu nak pilih yang mana., terutama kain-kain, karpet kat sana. sangat-sangat cantik dan banyak pilihan...
Herm.. sekarang aku dah merasakannya... betullah,, orang kata akan rasa mcm ni.. macam-macam terbit dalam fikiran.. Masa ni lah syaitan cuba mencelah, cuba mencari peluang mereka.. Ya Allah berilah kekuatan untuk setiap persiapan ini... Kadang-kadang rasa tension pun ada.. Al-quran juga tempat mencari ketenangan.. Semoga proses persiapan ini turut mendapat keberkatan-Mu ya Allah...
Haih.. rasa macam mau masa terus je berjalan dengan cepat.. Ha, jangan salah faham pulak tau.. hehe.. Aku rasa mahu sahaja semua ni selesai.. aku rasa penat.. dan juga mahu berehat! Sudah lama tak weekend di rumah.. Ya Allah, berilah aku kekuatan...
Lepas cakap ngan Aimi (my best friend) rasa lega sket.. Dan macam da janji2 plak.. wedding aimi dan aku pada tarikh yang sama! hee.. so no wonder la kami ada the same feeling now~ hee... Lepas cakap ngan dia, aku tau la setiap orang pada fasa kedua pertunangan akan rasa yang sama... Bila aku bagitau pada Encik tunangku, dia juga akui merasakan yang sama... Semoga Allah permudahkan semuanya.. Dalam masa yang tinggal ini, aku harap segala-galanya akan dipermudahkan... ;))
K lah setakat ni dulu... Nanti ada masa aku akan coretkan lagi nukilan hatiku.. ;)))
bye n cau!!
Sunday, March 13, 2011
(^_^)
Hi semua.. sihat ke? hope sihat2 saje tau!!
Sebelum Cik Layyinul Sutera nak meneruskan ayat2 seterusnya,, Cik Layyinul Sutera nk ucapkan TAHNIAH kepada my very best buddy, Izza Adnan yg telah melangsungkan perkahwinan beliau semalam.. Selamat menempuh alam rumah tangga ye~~ ;)))
Herm.. Cik Layyinul Sutera plak baru je habis berkursus Kahwin 2 hari ujung minggu hari tu... Kursus yang amat sempoi tapi sangat bermakna dan berguna.. Pelbagai ilmu yg aku dapat,, daripada ilmu berumah tangga sehinggalah ilmu tentang kehidupan yang begitu berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian...
Sebenarnya, Islam itu cukup indah dan sempurna kan? Setiap aspek kehidupan dititikberatkan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar2 hal dalam kehidupan kita... Cuma,, yelah, kita manusia memang selalu lalai dan alpa tentang semua ini....
Alhamdulillah.. selesai sudah kursus perkahwinan.. lepas ni banyak lagi yang perlu diuruskan... Semoga kami diberi kekuatan untuk sama2 menguruskan segala-galanya untuk melancarkan majlis kami nanti.... Semoga Allah permudahkan segala urusan... Amiinn.. ;))
Bye n cau~~ ;D
Sunday, March 6, 2011
Penat y seronok..
Hi semua.. ;))
Adehh. penat betul rasanya.. Cik Layyinul Sutera baru je smpai penang balik dari KB.. tiap2 minggu balik.. em, rasanya bleh jd penyumbang utama kot utk sumber pendapatan bas Mutiara ni.. hihii..
Tapi penat kali ni berbaloi.. jumpa gak yang dicari2.. dan tema impian utk majlis nanti hmpir tercapai... heee... insya Allah... tema apa?? tungguu smpai majlis kami nanti ek.. hehe
Herm.. cepat sungguh masa berlalu kan.. tarikh dah ditetapkan.. sekarang sibuk dengan pelbagai persiapan... Nasib baik la ramai saudara mara yang banyak membantu aku dlm persiapan utk jangkamasa yang amat singkat ini... terima kasih y xterhingga aku ucapkan pada semua ahli2 keluarga yang banyak memberi kerjasama.... aku rasa terharu sangat.. n xsangka ramai plak my aunties y nk sponsor itu dan ini.. Alhamdulillah.. ;))
Herm.. minggu depan akan hadiri kursus perkahwinan bersama dia.. hee.. Semoga kursus nanti berjalan lancar n x membosankan la.. nama pn kursus kan.. hehee... Minggu satu lg plak akan ke Nilai, utk teman umi beli langsir n bberapa kelengkapan lain.. haihh.. mmg weekend aku skrg tersangat lah bz... penat xyah cakap la...
Erm.. tadi abah sembang dengan aku... Abah gtaw, "ni abah nak pesan... ingat lah majlis nanti cuma sehari.. yang lebih penting adalah kehidupan selepas majlis tu.. so biarlah sederhana sahaja, xperlu beria-ia sangat.." huhuu... BAIKKK, abah,... insya Allah.. lgpun aku pn mmg suka simple but lovely,, heee.. insya Allah semoga majlis nanti menjadi majlis y diberkati-Nya.. itu y lebih utama kan...
K lah.. aku pn nk rehat2 ni.. penat2 trus bukak tenet.. hihi..
K bye n cau.... semoga Allah turut merahmati pembaca sekalian.. ;)))
Sunday, February 27, 2011
New look~ ;DD
Hi sume~
Tadaaa~~!!!! comey x my blog punye new look??? heee.. lebih ceria kan??? ;)))
Semoga hidup kita lepas ni akan lebih ceria jugak!! n enjoy reading my blog k!! heheheee...
bye n cau!!
Friday, February 4, 2011
..Someone's. ;)
Friday, January 28, 2011
Matahari, Hujan dan Pelangi. ;))
pekhabar semua? hehe.. hope sihat2 saje la k.. ;))
Erm.. malam ni, last kat kmpp sebelum pulang ke kampung halaman esok.. yeay~ cuti seminggu! hee.. Cuti sempena Chinese New Year.. walaupun ni utk org2 cina je, tp dlm kelas aku ckp kat students Happy Chinese New Year utk semua~ hee.. yela, dah sume cuti kan.. ngee ;D
Kadang-kadang.. I keep wondering.... Semua ini sudah diatur Allah cukup sempurna kan? Betullah ada kata-kata hikmah yang menyatakan, kadang2 Allah beri hujan, kadang-kadang Allah beri matahari.. Tapi antara dua itu terjadinya pelangi indah... Hujan walaupun ia lambang kesedihan, tapi ia juga sebenarnya satu RAHMAT yang tidak terhingga.. matahari pula walaupun lambang kegemilangan namun jika terlalu terik bahangnya bisa membakar.. Pelangi pula suatu yang indah... Tapi ia hanya seketika agar kita mensyukuri dan menghargai indahnya pelangi.. itulah KEHIDUPAN... Sejauh mana kita menghargai kehidupan, dapat dilihat pada sekerap manakah kita bersyukur atas segala pemberian dan nikmat-Nya yang xterhingga buat kita..
Aku hanyalah insan biasa dan insan yang terlalu lemah... Sesungguhnya aku mengharapkan belas kasihan-Mu ya Allah.. Lindungilah aku dan insan-insan yang bersamaku dengan rahmat-Mu.... Semoga kami sentiasa berada dalam lindungan-Mu... Aminn...
K lah setakat ni dulu..
Bye n cau~ ;)))
Monday, January 10, 2011
Something about me... ;p
Hi.. ;))
Yeyy esok cuti!!
walau sehari tp still best~~ hehe

Em.. kali ni nak kongsi sket pe y aku rasa ari ni.. Diharap korang sudi membacanya k. ;)))
Emm.. aku ni kdg2 if aku terover excited, mmg aku xbleh nk bendung dah. kdg2 tu smpai terlalu gembira hingga bleh terkeluar air mata neh. hehe. bukan menangis, tp air mata gumbira la katakan..
kadang2 gelak pun terover jugak. uhuhh.. sorry eh, sape yg kenal aku tau la camne kan. heheh..nmpk je cam baik (baik ke?) tp sbenarnya aku ni xbaik pon.. ngehehe~ ;p
Aku neh xde la skema orgnye.. kalau kerja pn sempoi jgk la. aku xdelah org y terlalu komited kat ofis. dlm kelas pn sempat je nk melawak n berbual-bual jap ngn students. ada masa lapang students datang borak2 kosong kat meja aku kat ofis. Sembang pasal bola, pasal antu, pasal kucing. huhu. memang xde istilah skema dlm idup aku.

Cuma org yg xrapat ngan aku mgkn kata aku neh pemalu or baik. heheh. bukan nk memuji dri sdiri tp tu y slalu aku dgr. tp bila depa da kenal aku.. haa.. baru tau aku neh camne. kdg2 bleh tumbuh dua tanduk gak tau! haha~
Kadang2, if aku marah aku bnyk diam aje. xpun kalau smpai tahap xleh tahan lgsung da, aku bleh gak sound direct. uhuhh.. tringat plak kisah masa aku first year kat UM dlu.. ahh xmo ah ingat kat maCik yg slalu sorok slipar aku uh. geram!! grrrr~~ ;p
kalau sedih. aku menangis lah! hahaha~ yg ni mmg xleh tipu ah. kalau aku tahan pun, last2 akn kuar gak. paling xpon benam muka dlm bantal n nangis. haha. tp xmo ah ckp pasal nangis2 neh. da lama da aku xnangis teruk2. baik menangis menyesali dosa2 lalu kan? eceeehhh~ hehe
haa, satu agi. dlm sehari, if aku xsembang or x senyum or x ketawa dgn org2 sekeliling aku, aku akn rasa pening kepala semacam. haha.. siyes, xtipu! at least aku kena ada interaksi dua hala, if x rasa idup neh xbermakna. tp tu normal la kot ek? hehehe.. kira aku neh normal gak la~~ ;D
Sejak tahun baru neh gak, aku rasa cam pergerakan aku makin pantas. hihi. perasan lak kan? ;p. start 1 Jan 2011 (010111) ari tu, hmpir setiap petang aku ke gym selama 30 minit. yeahh~ lepas stahun kat kmpp neh baru aku tau ada gym betul2 depan cafe kat blok aku memerintah. haha. dan aku pun apa lagi dengan tanduk yg mulai tumbuh kunci gym itu telah aku duplicate!! har har harrr....... ;DDD sonotnyee..
k lah stakat ni je lah aku merapu k! busan sbenarnya neh. xtau nk post pe. bila baca post2 lepas,,, haihh bnyk hal2 jiwa je. hahaha
K lah dat's all..
Bye n cau!!! ;D