Sunday, October 31, 2010

Holiday!

Assalamualaikum...
hi.. ;)

Saje je nk mengisi waktu lapang.. aku kn tgh oliday skrg.. hehe.. so ada la masa nak mengupdate hr ni... em.. tp act xtau nk citer pasal pe... So far, holiday aku okey la.. rest n relax.. cuma still ada sket mslh y perlu aku setelkan... herm.. xmolah citer kat sini... hidup kita mmg akan sntiasa ada dugaan kn... cuma aku perlukan doa drpd pembaca supaya aku diberi kekuatan utk setiap dugaan yg aku hadapi ini.. thanks.. ;)

em.. selain rest n relax.. aku pn ngah layan citer korea ni.. hihi.. thanx to my best buddy, Izza Adnan yg bekalkan aku bnyk stok2 citer korea.. hee.. skrg ngan layan citer witch-yoo-hee.. hihi.. best gak citer tu.. biase la, citer korea kan citer yg lepak2.. gelak2... hee... tinggal berapa episod je lg nk abis.. nnti aku akan lyn next drama lak.. hee.. emm, bestnyee cuti!! hihi ;D

Slain tu, masa yg aku ada juga aku tumpukan pada insan2 tersayang.. heee.. kalo sblum ni myb agak bizi, skrg wktu cuti so 90% daripada aku adalah utk mereka!! hihi.. lagi 10% tu mestilah utk diri aku sdiri... hee.. sepatutnya lebih bnyk lg y perlu aku spend utk diri sendiri, tp.. yelah... siapalah aku ni tanpa insan2 tersayang kan... hehee

k lah.. stakat ni dulu la aku merapu.. hihi.. sorry la if post ni mcm ntah pe2 ntah.. hee
bye n cau!! ;D

Friday, October 22, 2010

Ketenangan yang dicari.

Assalamualaikum..
salam sejahtera semua.. ;)

Em.. dah lama x menaip kat sini.. ntah ada ke x lg yg membaca blog ni.. hii.. xpela if xde org baca pun, tp penulis blog ni still mau meneruskan blog yg xseberapa ini.. coz blog inilah pendengar setiaku.. ;))

Di saat kita selalu mengeluh akan dugaan yg menimpa diri kita.. rupanya ada insan lain yg lagi besar dugaannya... Aku belajar banyak benda daripada kisah hidup seorang student aku.. yang mungkin barangkali ketika ini masih bersedih...

Biar sahaja aku menamakan dia S. S seorang remaja perempuan yang biasa sahaja.. namun, sape tahu di sebalik wajahnya itu, tertulis kisah hidup yang sgt teruji... Mungkin Allah tahu dia seorang yg tabah..

semasa mendaftar di kmpp, S sudah kehilangan ibunya.. S mempunyai dua beradik sahaja, dia dan abangnya.. semasa belajar di sini, S juga berulang alik menjaga ayahnya yg sedang terlantar sakit di hospital.. Cuba bayangkan, S hanyalah seorang remaja perempuan 18 tahun, yg masih baru ingin meneroka kehidupan di dunia ini.. Namun, mungkin Allah mahu mengingatkan S bahawa tiada apa pada kehidupan dunia, hanya akhirat yang kekal abadi..

Semasa ujian pertengahan semester pada Julai lepas, S mendapat berita tentang pemergian ayah tercinta sewaktu sedang bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan. Ya Allah, besar sungguh dugaan-Mu buatnya.. "sabarlah S..." mungkin itu ungkapan yg sering didengarnya..
Namun, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....

Walau kematian ayah tercinta, S masih meneruskan perjuangannya di kolej.. semangatnya tdk luntur seperti sesetengah pelajar yg berhenti sekerat jalan dek kerana tidak tahan dengan dugaan belajar.. tidak hairanlah S tersenarai sebagai calon berpotensi 4 flat di kolej...

Namun, masa peperiksaan akhir semester 1, semalam.. sewaktu S dan rakan-rakannya y lain sedang berjuang menduduki peperiksaan Matematik kertas 1, S mendapat satu lagi berita yang mungkin xterduga olehnya... iaitu kematian abang tercinta.. Ya Allah, ingin saja ku bertanya, kenapa abang S pergi di saat dia sedang menduduki peperiksaan yang bakal menentukan masa depannya? tapi.. Allah tahu segala-galanya yang tersembunyi di sebalik kejadian.... Ya Allah, tabahkan hati S..

Sekarang.. tinggallah S sebatang kara.. tanpa ibu.. tanpa ayah.. tanpa abang... Ya Allah, aku tahu S seorang remaja yang istimewa... yg Engkau pilih untuk Engkau tingkatkan darjatnya disisi-Mu... Engkau berilah S kekuatan.... Semoga S masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan peperiksaan Fizik kertas 2 pada hari Selasa depan.... Aku sebagai gurunya sangat mendoakan kejayaan S... Dari hatiku yang tulus....

Kisah S banyak memberi pengajaran kepadaku..... Jika aku merasakan kehidupan aku sentiasa teruji.... ada lagi yang lebih besar dugaannya.. salah satunya dari pelajarku sendiri...

Mungkin aku mencari ketenangan... yang mungkin hanya akan aku dapat dengan kembalikan seluruh jiwa ragaku pada-Nya yang Esa...

Alhamdulillah... Aku menemui penyelesaian kepada kebuntuan ini.. ;)

Saturday, September 25, 2010

Layarkanku ke arah cinta-Mu.

Ya Allah.. sangat suka dengar nasyid ni... Sangat beruntunglah orang yang selalu menyucikan jiwanya.. ;))

Layar Keinsafan.

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

;)))

Persediaan. ;)

Assalamualaikum.. ;)

pekhabar sume pembaca blog layyinul sutera... ;)) hope sihat2 aje..

Herm... penat hari ni.. satu hari berkursus... tapi sangat best! ia pasal terapi kesihatan.. khas utk sume staff kat kmpp.. ;)) banyak benda yg aku pelajari hari ini.. ;))

Sekarang ni... Banyak benda yg aku perlu pelajari.... Yelah,utk menjadi seorang yang lebih baik dan membaiki segala kelemahan dalam diri... ;))

Sesungguhnya dalam hidup ni, kita perlu sentiasa belajar.. Apa lagi sebagai seorang perempuan, atau wanita, ilmu pengetahuan sangat penting... Lebih2 lagi ilmu utk kehidupan berumah tangga... bukan setakat ilmu2 yg kita belajar kat universiti je tau.. hehe ;))

Alam rumah tangga bukanlah sekadar untuk sehari dua, tetapi untuk kekal hingga ke syurga., itu matlamat utama yg perlu kita sematkan dalam hati... Perkahwinan juga bukan setakat akad dan majlis, tetapi ianya lebih dari itu...

Sebab itulah persediaan itu penting... Herm.. yang penting, perkahwinan itu perlulah perkahwinan yang diredhai Allah... Mengikut pengalaman rakan2 yang sudah memasuki alam rumah tangga, perkahwinan bukanlah semudah alam percintaan.. namun ianya tidaklah susah sekiranya kita berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah.. malah, ia akan lebih indah dari itu.. Segalanya sudah tersedia, kita sebagai hamba-Nya hanya perlu mengikuti sahaja dengan keikhlasan.. ;)

Oh ya, teringat pula masa kursus staf tadi... Setiap perbuatan perlu disertakan dengan niat... Jadi, sekiranya niat kita untuk berkahwin kerana cinta, cinta lah yg kita dapat.. sekiranya kerana nafsu, maka nafsu jugalah yg akan menguasai... jika kerana harta, harta juga lah yg kita akan miliki... namun segala-galanya adakah akan kekal? cinta, nafsu dan harta hanyalah bersifat sementara.. namun, sekiranya niat adalah kerana ALLAH.... insya Allah, dengan izin-Nya, keredhaan Allah yang kita rasai yang akan kekal hingga ke akhirat.. ;))

Setiap pasangan yg ingin berkahwin juga perlu tahu akan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan... tugas sebagai suami/isteri bukanlah semudah pakwe/makwe kan... Jadi, kedua-dua pasangan perlulah mempersiapkan diri masing2... Pokok pangkalnya,,, tanggungjawab kepada ALLAH... sekiranya tanggungjawab kepada ALLAH sudah beres, insya Allah tanggungjawab yang lain juga akan berjalan seiring... insya Allah...

Namun, janganlah menganggap perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan... Perkahwinan itu insya Allah akan memudahkan setiap pasangan.. kita berasa tenang apabila bersama pasangan, dan yang lebih penting, kita akan merasa lebih dekat dengan pencipta kita, ALLAH apabila ada di samping pasangan.. ;))

Hee.. apa yg aku tulis tu adalah apa yg aku baca dan hasil perkongsian daripada rakan2.. Semoga aku menjadi seorang wanita yang lebih bersedia.... dan semoga jodoh ku juga sedang bersedia di sana.... hee ;)).. Hanya DIA yang tahu segala-galanya apa yang masih menjadi rahsia... apa yang aku doakan, semoga semua urusan akan dipermudahkan.. insya Allah.... ;))

Friday, September 24, 2010

New post. ;)

Assalamualaikum.. ;)

pekabar sume? da lama Cik Layyinul Sutera xtulis blog.. hee.. sibuk aje memanjang.. ada niat nk mencoretkan kisah2 hidup dlm ni.. tp slalu je xberkesempatan..

Em,,.. minggu ni kat kmpp ada karnival pendidikan dan kerjaya.. Aku plak kena uruskan bhgn cenderamata, sijil2 dan buku pelawat utk para peserta dan tetamu.. kedengaran agak mudah kan? tp sebenarnya bnyk jugak benda2 kecil yg kalau tertinggal bleh jd masalah besar pd mjlis...

Tapi, Alhamdulillah.. bahagian aku dah settle td... sume berjalan lancar.. ;) huhh.. penat sangat.. sume kerja nk diberi pd aku... herm.. memang nasib kot orang-orang baru dapat kerja yg sentiasa lebih... Apa pun, semoga sume urusan akan dipermudahkan... insya Allah.. ;)

Esok pulak, ada kursus profesionalism staf dan pensyarah.. semua kena terlibat.. Alhamdulillah, kerja bhgn aku yg kena siapkan sudah settle.. ;) Semoga esok juga akan berjalan lancar.. ;))

Herm.. 2, 3 hari ni... bnyk sungguh benda yg berlaku yg boleh aku jdkan iktibar. xperlulah aku sebut satu persatu... tapi bnyk pengajaran yg aku dpt...ingat nk kongsi jugak.. tapi tetiba lak mata terasa berat je ni.. hehe

Aku harap dan mendoakan... insan-insan di sekeliling aku sekarang adalah insan-insan yg boleh dipercayai... Aku sudah penat dengan orang yg suka mengkhianati.... kita xakan dapat rasai kepentingan utk mempercayai sehinggalah kita dikhianati.. Na'uzubillah...

K lah, masa utk tido... gudnite.. ;)

Saturday, August 14, 2010

m.o.n.o.l.o.G. 3

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan buat semua~ ;))

Alhamdulillah... Kita semua berpeluang mengecapi kemanisan bulan Ramadhan lagi pada tahun ni.. cepat kan masa berlalu... ;)

Emm.. pe ye aku nak taip neh... xde pape~ heee... hari ni terasa bahagiee... thanx to 'him'.. slalu buat saya terasa bahagiee~~~ hee ;)))

Actually xnak bagi tido gak lepas sahur ni... orang kata lepas subuh pintu rezeki terbuka luas kan.. pe lagi bulan Ramadhan.. keberkatan tu lebih sket... ;))

Em.. dah la kot.. hehe.. mesti yang baca ni rasa ntah pape ntah post ni.. heee.. anyway thanx for reading! ;))

Kat bawah ni adalah gambar2 utk my previous post.. thanx to miss fatni yang sudi edit gmbar2 ni.. ;))

memory~

chemistry lecturers~ ;)

**slamat beribadah di bulan puasa..
cau!!! ;D

Thursday, August 5, 2010

m.o.n.o.l.o.G. 2

Assalamualaikum..
hi..

post kedua utk hari ni.. rajin plak Layyinul Sutera mencoret sesuatu hari ini.. ;)

walaupun ianya pasti.. namun xsemestinya pasti.. yg pasti belum tentu lagi tertulis pada qada' dan qadar.. betapa lemahnya kita..

kita selalu mengharapkan.. harapan kita menjadi pasti.. namun ia sebenarnya tak pasti juga.. sehinggalah sesuatu itu betul2 terjadi... sebab itu ada yg berkata, jangan terlalu berharap pada sesuatu yg belum pasti menjadi hak milik kita..

Para pembaca blog Layyinul Sutera yang dikasihi..
memang di dunia ini x ada satu pun hak milik kita.. sume kepunyaan Tuhan.. Allah.. Jadi, Allah berhak untuk memberi dan menarik balik sesuatu nikmat yang diberi...

sebenarnya.. agak risau.. jika nikmat yang selama ini kita nikmati, tiba2 ditarik oleh Allah... tentunya ia sangat menduga... apa yang boleh kita buat... sentiasa berdoa.. bersyukur.. dan menjaga segala nikmat2 dengan baik...

Oh.. sungguh aku x mahu menjadi hamba yang berpaling dari redha-Nya.. Namun slalu sahaja tersungkur.. menyebabkan hati dan jiwa ini jauh dari-Mu... Sesuatu yang amat aku risaukan.. nikmat kebahagiaan yang aku kecapi sekarang akan ditarik balik oleh-Nya..

Sesungguhnya.. aku tidak tahu apakah nikmat ini untuk menguji? Ya Allah.. jika ia untuk menguji, aku amat risau, apakah mampu aku melaluinya...

betapa lemahnya diri ini.... memang... hidup ini terlalu bergantung kepada-Mu... Engkau yang kurniakan semua ini...

Ya Allah.. kekalkanlah kebahagiaan dalam hati ini~~