Assalamualaikum.. ;)
pekhabar sume pembaca blog layyinul sutera... ;)) hope sihat2 aje..
Herm... penat hari ni.. satu hari berkursus... tapi sangat best! ia pasal terapi kesihatan.. khas utk sume staff kat kmpp.. ;)) banyak benda yg aku pelajari hari ini.. ;))
Sekarang ni... Banyak benda yg aku perlu pelajari.... Yelah,utk menjadi seorang yang lebih baik dan membaiki segala kelemahan dalam diri... ;))
Sesungguhnya dalam hidup ni, kita perlu sentiasa belajar.. Apa lagi sebagai seorang perempuan, atau wanita, ilmu pengetahuan sangat penting... Lebih2 lagi ilmu utk kehidupan berumah tangga... bukan setakat ilmu2 yg kita belajar kat universiti je tau.. hehe ;))
Alam rumah tangga bukanlah sekadar untuk sehari dua, tetapi untuk kekal hingga ke syurga., itu matlamat utama yg perlu kita sematkan dalam hati... Perkahwinan juga bukan setakat akad dan majlis, tetapi ianya lebih dari itu...
Sebab itulah persediaan itu penting... Herm.. yang penting, perkahwinan itu perlulah perkahwinan yang diredhai Allah... Mengikut pengalaman rakan2 yang sudah memasuki alam rumah tangga, perkahwinan bukanlah semudah alam percintaan.. namun ianya tidaklah susah sekiranya kita berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah.. malah, ia akan lebih indah dari itu.. Segalanya sudah tersedia, kita sebagai hamba-Nya hanya perlu mengikuti sahaja dengan keikhlasan.. ;)
Oh ya, teringat pula masa kursus staf tadi... Setiap perbuatan perlu disertakan dengan niat... Jadi, sekiranya niat kita untuk berkahwin kerana cinta, cinta lah yg kita dapat.. sekiranya kerana nafsu, maka nafsu jugalah yg akan menguasai... jika kerana harta, harta juga lah yg kita akan miliki... namun segala-galanya adakah akan kekal? cinta, nafsu dan harta hanyalah bersifat sementara.. namun, sekiranya niat adalah kerana ALLAH.... insya Allah, dengan izin-Nya, keredhaan Allah yang kita rasai yang akan kekal hingga ke akhirat.. ;))
Setiap pasangan yg ingin berkahwin juga perlu tahu akan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan... tugas sebagai suami/isteri bukanlah semudah pakwe/makwe kan... Jadi, kedua-dua pasangan perlulah mempersiapkan diri masing2... Pokok pangkalnya,,, tanggungjawab kepada ALLAH... sekiranya tanggungjawab kepada ALLAH sudah beres, insya Allah tanggungjawab yang lain juga akan berjalan seiring... insya Allah...
Namun, janganlah menganggap perkahwinan itu sesuatu yang menyusahkan... Perkahwinan itu insya Allah akan memudahkan setiap pasangan.. kita berasa tenang apabila bersama pasangan, dan yang lebih penting, kita akan merasa lebih dekat dengan pencipta kita, ALLAH apabila ada di samping pasangan.. ;))
Hee.. apa yg aku tulis tu adalah apa yg aku baca dan hasil perkongsian daripada rakan2.. Semoga aku menjadi seorang wanita yang lebih bersedia.... dan semoga jodoh ku juga sedang bersedia di sana.... hee ;)).. Hanya DIA yang tahu segala-galanya apa yang masih menjadi rahsia... apa yang aku doakan, semoga semua urusan akan dipermudahkan.. insya Allah.... ;))
No comments:
Post a Comment
What do U think?