Thursday, November 19, 2015

Takziah sahabatku..

13 November 2015. Tarikh yg membuat air mataku menitis. Betapa beratnye ujian Allah terhadap sahabatku itu. Kalau aku di tempatnye, mampukah aku sekuat itu?

Sahabatku sayang.. Sekiranya dikau membaca coretan ini... Ingatlah doaku terhadapmu tak pernah putus. Anak kecil itu ibarat anak ku sendiri. Kau sahabat ku. Cubit paha kiri, paha kanan pasti terasa.

Tak terluah dengan kata2. Kesedihan dlm hatiku. Apa lagi dalam hatimu. Tapi engkau sangat tabah sayangku. Yg pasti, anak kecil itu menunggumu di Jannah. Banyak hikmah yang ada. Aku tahu dirimu redha. Itulah tahap tertinggi seorang hamba kepada penciptanya. 

Tenanglah Adam Khaliff di sana..

Saturday, May 16, 2015

Happy Teacher's Day ;)

16th May... 

Happy teacher's day to myself and all teachers around the world!! 

I am a Happy me, as a teacher..!

Do you? ;)




;)

Friday, May 15, 2015

Cheer Up!

Mlm ni mlm last di kampung halaman. Esok saya akan kembali kpd rutin asal, cuma ada lg seminggu cuti drpd krj2 ofis.. ;)

Rentetan drpd post sblum ini.. Td sy ada deep conversation antara sy dan umi... Umi mmg sgt2 memahami.. Sejak berkahwin dan ada anak, mmg jarang skali utk kami berbual dr hati ke hati..

Luahan rasa hati kepada umi.. Hasilnya umi cakap, kadang2 hanya kita y rasa sebegitu negatif sdgkn orang lain baik2 shj.. Kita akan rasa negatif apabila kita terlalu memikirkan y negatif trhadap anggapan orang.. Sbenarnya it doesnt matter.. Teruskan hidup seperti biasa dan beranggapan baik pd semua orang...

Lega. Alhamdulillah. Sebenarnya sy beruntung kerana dikelilingi orang2 y baik2... Family sy dan family husband, rakan2 ofis dan semua y berurusan dgn saya stakat ni semua baik2..

Oh ya, saya ada terbaca satu artikel hr tu. Tajuk dia lebih kurang mcm ni, "what happened to my life after deleting my fb account".. Dan sy cuba nk praktikkan jg.. Cuma sy xdela delete, hnya deactivate shj.. Sbnrnya hidup dlm "offline" ni menjadikan kehidupan sy lebih relax.. Tanpa wassap dan telegram.. Tanpa fb.. Sy berniat untuk terus menulis di sini sahaja.. Kerana sy rasa lebih relax... Mungkin ada pembaca mungkin tiada.. Hanya utk memenuhi hobi sy shj.. ;)

Fb tu terlalu terbuka... Kdg2 sy rimas melihat pos2 y mengerikan dan menakutkan.. Juga pos2 caci mencaci memaki hamun, sindiran2 pedas y ditujukan buat seseorang... Fb ini satu platform y ckup bagus utk memecah belahkan umat nabi Muhammad saw... Memang dr satu sudut ia bagus, ttp y bagus itu terlalu sedikit dibandingkan dgn y buruk..

Sekarang hidup sy seolah2 "manual" balik.. Mesej jg manual, ataupun kol sahaja.. Hihi... Tp sbnrnya agak susah jg tnpa wassap n telegram ni, mengenangkan update info kat ofis pn bnyk guna medium tu..

Oklah.. Anak2 sudah tdo.. Ibu plak syok posting blog.. Hehe.. Smg esok lebih baik dr hr ini.. Insyaa Allah.. ;)

Thursday, May 14, 2015

Berpijak di Bumi, Tidak Mendongak Langit

Assalamualaikum wbt & Slm sejahtera.. :)

Alhamdulillah ada juga masa utk saya post something kat blog kesayangan sy ni.. :) terima kasih jg pd y sudi membaca....

Sebenarnya sy slalu ada rasa ingin update.. Tp lately rasa itu seakan terbatas, disebabkn diri sy sdri lately asyik risau akan pandangan org trhdp post saya..

Mgkn agak x masuk akal atau pun "entah pape" rasa itu.. Sy cuba hasilkan sesuatu y sy rsakan jujur dr hati sy, disebabkn minat sy sendiri.. Bukan utk menunjuk2, bukan utk berlagak pandai, bukan utk merasakan diri sy y terbaik. Sy sedar dlm diri sy trdapat beribu kelemahan y sy sendiri mgkn xdpt atasi. Dan tak mustahil Mgkn ada di kalangan pembaca y rasa meluat dgn tulisan sy (mungkin?)...

Kdg2, kita rasa kita xada buat slh apa2... Kita rasa kita x ada musuh, kita rs kita xprnh sakiti sesiapa... Tp itu sebenarnya apa y kita rasa.. Di saat apa y kita rsakan itu, sedar atau tidak ada jg y sbenarnya tak suka kita.. (they just dont like us!) mgkn scra diam kita telah lukakan hati seseorang tnpa kita sedari?

Maaf seandainya post kali ini agak 'negatif'.. Sungguh, sy x suka rasa itu, y lately sgt menghantui sy... Sy seorang y lebih suka menjalani kehidupan normal, tdk terlalu suka dikenali, tidak suka sesuatu keadaan  y membuatkan sy tersepit.. Sy lebih suka menjd seorang y sederhana, berpandangan positif terhadap kehidupan sy sendiri.. Inilah sy... Sy cintakan ketenangan hidup bertuhan (Allah yg satu), dan sy suka kehidupan sy y tidak menyusahkan org lain..

Sy lebih suka bersikap neutral dlm bnyk keadaan... Terpulanglah kpd individu2 y cuba menilai hati saya, diri saya..... Terpulanglah... Terpulang.. Itu hak masing2 y xmampu sy kawal dgn kudrat sy sbgai manusia biasa...

At last.. Kembali pd pencipta...serahkn saja semuanya kpd Dia.. Hati, diri dan kehidupan.. Biar Dia saja y menilai....

Monday, February 23, 2015

2015 ;)

Dengan nama Allah yg maha pemurah lg maha mengasihani..... 

Ini post pertama saya pada tahun 2015...
2014 sudah ditinggalkan.... Bnyk kenangan pahit manis yg sukar diungkapkan dengan kata2... Terasa bnyk hal yg mahu dicoretkan di sini tetapi saya tak tahu di mana nak mula... Banyak. Sgt banyak!

Pendekkan cerita. Benda yg paling penting yang saya pelajari pd tahun 2014 adalah nilai kekeluargaan.. Kasih sayang ibu bapa yg tiada bandingan.

Saya berharap. Sgt berharap dan berdoa... 2015 dapat saya lalui dgn tenang........ Semoga kehadiran saya disenangi semua, dan semoga tiada hati y saya sakiti...... Bahagiakan orang supaya kita pn rasa bahagia... Juga erti hidup dengan memberi... Penghargaan Allah y utama... Biar Allah y menilai diri ini, hati ini..... Usah gusar andai kita x dihargai, asalkan kita di "mata" Allah tetap sbg hambaNya yg soleh.. (walau iman ini selalu saja lemah dan tak menentu)....

Aminn... ;)

Wednesday, November 26, 2014

Siapaku tanpaMu...

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani....

Hari ini... Semua berjalan macam biasa.. Alhamdulillah.. Rutin harian yg tak pernah kosong dgn aktiviti. Saya ni seorang yang memang x boleh duduk diam. Balik rumah ada saje benda y terlintas nak buat. Alhamdulillah. Allah sentiasa pinjamkan kekuatanNya kpd saya, penat balik kerja dan sambung pula tugasan rumahtangga y x pernah habis..

Sekiranya saya mampu. Ingin saja saya di rumah. Pergi ke mana sahaja saya mahu, buat apa sahaja yang saya suka. Pulang menjenguk saudara mara di kampung yang sudah lama tidak saya temui.. 

Tapi.. Apakan daya.. Takdir Allah begini.. Terpaksa di rantauan mencari rezeki.. Terikat pula dengan amanah tugasan y dipertanggungjawabkan...

Ya Allah.. Sungguh.. Kdg2 hambaMu ini penat... Tapi aku mohon ya Allah.. Teruslah membimbingku.. Jgnlah Engkau putuskan rahmatMu terhadapku, suami, anak2 dan seluruh keluargaku... Satukanlah hati kami selalu.... Sesungguhnya ya Allah, tanpaMu siapalah aku....

Sunday, November 16, 2014

Melihat Alam Jadi Tenang?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.....

Pernah tak kita terfikir, kenapa kita suka melihat keindahan dan kehijauan alam? Kita suka mendengar bunyi percikan air terjun. Kita asyik menghayati indahnya deruan ombak. Kita kagum dengan indahnya suasana matahari terbenam.

Sebenarnya itulah fitrah. Fitrah kita adalah sesuatu yang baik. Yang tenang. Dan tenang itu boleh kita dapat dengan mengingatiNya. Sedarkah kita bahawa alam sentiasa berzikir? Ya, sebab itulah kita akan rasa tenang melihat keindahan alam. SUBHANALLAH.... Kagum sangat kan?

Terima kasih pada yang sudi meluangkan masa membaca nukilan saya. Satu kepuasan apabila dapat berkongsi apa yang saya rasa di sini. :)

Keranaku Tidak Sempurna :)

Sometimes.. We just have to ignore. Ignore unimportant things that disturb our hearts. Just be ourselves, do whatever we love, just go on with our life.

Orang boleh kata macam2 pasal kita. Boleh kata y baik dan juga y xsedap didengar. As long as kita tau apa niat kita, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.. Kadang2 agak perit utk menerima yang negatif tentang kita. Tp sebenarnya ia juga boleh jd sbg self reminder dan cuba ambil positif, mungkin betul apa yang dikatakan. Jadi kita boleh ubah diri kita menjadi lebih baik kan?

Entahla. Kadang2 saya fikir, semua tu asam garam hidup. Mungkin saya ada silap yang saya x sedari. Tak apalah, cuba memaafkan dan melupakan. Bukanlah susah sangat tapi ia tak semudah yang disangka. Tapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan hati saya, saya dapat maafkan dan Allah bagi saya jalan untuk melupakan. Kerana saya akui saya adalah sangat lemah dan tidak sempurna. Mungkin ada kata-kata saya yang mengguris tanpa saya sedari.

Apa yang  saya harapkan, saya dapat lalui kehidupan mendatang dengan lebih tenang, tanpa dendam, tanpa prasangka dan tanpa apa2 perasaan yang negatif. Seperti orang lain, saya juga cintakan ketenangan hati. Dan itu hanya dapat diperoleh dengan meminta dari yang Esa. Insyaa Allah... :))

Saturday, September 27, 2014

Damailah hati ;)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

ALLAH.. Baca maksud Bismillah pun boleh menitis air mata. ALLAH maha pemurah.. Banyaknya rezeki yang diberi. Betapa hidup ini terlalu bergantung dan berharap dgn rezeki dariNya. ALLAH maha mengasihani. Berapa kali di saat kita sedih dan kecewa kita mengadu padaNya? Apa yang kita rasakan adalah ketenangan. ALLAH campakkan ketenangan dalam hati kita. Kerana Dia tahu kita perlukan ketenangan. ALLAH maha mengasihani.

Hari ni saya cuti. Anak yang kedua chicken pox selepas dua minggu si abang kena. ALLAH. Dugaan ini. Entah kenapa terasa berat dugaan kali ni. Tapi Saya yakin ada hikmah. Sudah berapa lama Allah bagi kesenangan dan kebahagiaan? Baru dua minggu Allah bagi kesusahan, wajarkah saya mengeluh?

ALLAH. Saya akui. Rutin hidup kadang-kadang melalaikan saya. DugaanMu ya Allah, membuatkan saya 'berehat' dan berfikir sejenak. Betapa saya jauh dari Allah. Jauh dari al-Quran. Saya rindukan ketenangan dan kedamaian. Ya, itu fitrah. Terima kasih ya Allah kerana dugaan ini telah menyedarkan saya kembali.

Suatu masa dahulu, pernah hidup saya diuji dengan dugaan yang hebat. Di saat itu, hanya pada Allah tempat bergantung dan mengadu. Sehinggalah dugaan itu beransur hilang dari kehidupan saya. Hilang bersama jauhnya saya dari Allah. Saya solat. Tapi tak kusyuk. Saya mengaji tapi xmenghayati. Curangkah saya padaMu?

Andai hati ini boleh berkata-kata.. Tentu sudah mengeluh dengan titik-titik hitam yang hadir. Ya Allah sucikan kembali hati ini. Damaikan ia. Tenangkan ia. Sesungguhnya hati itu raja dalam diri. Andai hati kotor, hidup ini tiada arah tuju. Sedangkan Allah dan akhirat tujuan hidup kita.

Saya menulis. Sebab saya suka menulis. Apa yang saya suarakan adalah dari hati saya. Tak pernah untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa. Tapi saya belajar sesuatu. Tulisan mempunyai kuasa yang besar. Jika tersilap tafsiran, saya akan menyinggung perasaan orang lain. Ya Allah. Satu satu perkara yang paling saya risaukan. Kecintaan pada menulis, saya pernah menulis novel. Hajat sebenar memang ingin dihantar ke syarikat penulisan. Sudah pernah email dan berbalas. Tetapi berhenti di situ. Kerana saya risau. Maksud penulisan disalah tafsir dan tidak sampai maksudnya. Akhirnya tinggal menjadi simpanan peribadi. Satu-satunya insan yang pernah membaca novel tulisan saya adalah suami saya sendiri. Walaupun dia baca tanpa kebenaran dan pengetahuan saya ketika itu. Tak apalah, saya akan terus menulis dan menulis di sini.. :)

Wednesday, May 7, 2014

Masa merubah kita ;)

Assalamualaikum pembaca blog layyinul Sutera!! Sihat ke? Last post saya adalah pada 31 Julai 2012... hari ni, semasa saya menaip new post kat sini sudah pun bertarikh 7 Mei 2014!! Wah memang lama kan? Hehe

Itu menggambarkan betapa sibuknya saya.. walaupun dalam hati keinginan menulis sesuatu di sini selalu ada. Sekarang mungkin saya boleh katakan hanya ada satu masa untuk saya blogging iaitu apabila cuti semester, pada waktu malam dan ketika kedua-dua hero sudah tidur..

Ya.. hero kedua selamat dilahirkan pada 1 oktober 2013. Alhamdulillah.  Diberi nama Muhammad Uwais Qushayyi bin Mohd Rohaizad.  Menjaga dua hero yang beza umur yang tak jauh ni ibarat menjaga sepasang kembar lelaki kot? Hehe..

With two little heroes 

My life now. ;p
Saya tersenyum sendiri apabila membaca posts saya yang dulu-dulu. Saya juga tersenyum melihat list blog kawan-kawan yang hampir semua sunyi dan sepi. Sungguh.. masa merubah kita. Sememangnya saya sengaja untuk meneruskan blog ini. Ada teman yang sudah delete blog yang dulu. Oh.. Blog ini sungguh banyak kenangan pada saya. Jatuh bangun ketawa sedih saya banyak dikongsi di sini. Mana mungkin saya buang ia. ;)

Betul. Masa merubah kita. Tetapi ia tak akan merubah kenangan. Kenangan akan tetap ada. Dan tak akan ada kenangan yang sama. Semoga Allah akan terus melindungi sebuah kehidupan. Sesungguhnya segala harapan hanya saya pautkan pada-Mu ya Allah... ;)



Tuesday, July 31, 2012

Our SweetHeart ;)

Assalamualaikum..

Hi semua.. dah lama Layyinul Sutera tak post pape kat sini.. smpai sekarang Layyinul Sutera sudah bertukar status sebagai seorang ibu! hehe.. Alhamdulillah, tanggal 11 Julai 2012, pada pukul 8.54 malam, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sempurna sifatnya, diberi nama Muhammad Umar Qayyum b. Mohd Rohaizad..

Muhammad Umar Qayyum sebaik sahaja dilahirkan


Herm.. pengalaman melahirkan, memang satu pengalaman yang sangat berharga dan saat2 yang tak akan dilupakan oleh setiap insan yang bergelar ibu.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sayang yang tidak terhingga kepada suami saya, yang setia menemani saya semaktu saya sakit hendak bersalin... Ya Allah, Engkau sahaja yang tahu betapa sakitnya saat itu.. seolah2 berperang dengan maut.. tu pun orang kata sakit bersalin itu sakit kedua selepas sakaratul maut.. huu maknanya sakit mati tu lagi sakit la kan?

Pada lebih kurang pukul 5.45 pagi, 11 Julai 2012, suami memecut keretanya ke Hospital Muar setelah saya rasa ada semacam air mengalir keluar.. (mungkin air ketuban kot).. Sesampainya di hospital, doktor terus membuat pemeriksaan, dan bukaan laluan bayi baru sahaja 1cm.. Doktor menjelaskan cecair itu bukan air ketuban, sebaliknya itu adalah 'show', iaitu tanda2 hendak bersalin.. Jadi doktor minta saya ditahan ke dalam ward terlebih dahulu..

Saya mula rasakan sakit yang ketara bermula pukul 5.30 petang, apabila masa tu bukaan laluan utk bayi keluar sudah meningkat ke 2cm.. Untuk masuk ke Labour room, bukaan perlu 4cm.. so saya kena menunggu dulu di katil ward, ditemani suami saya yang tidak putus2 memberi kata2 semangat.. ;) makin lama, kekerapan sakit makin ketara, setiap 15 minit saya rasakan sakit yang teramat yang xdapat dibayangkan.. Tepat pukul 8.00 malam, saya sudah tidak dapat menahan kesakitan dan memanggil nurse ke katil saya..

Bila doktor buat pemeriksaan, bukaan laluan sudah 6cm! So saya segera dibawa ke bilik bersalin.. Berbekalkan doa, wirid dan selawat ke atas nabi, saya cuba menguatkan semangat dan tidak putus2 berdoa semoga Allah akan memudahkan urusan saya ketika bersalin nanti.. Alhamdulillah, sewaktu saya dihantar ke labour room, kebetulan masa tu tiada pesakit yang hendak bersalin, jadi 3 orang doktor yang masuk bersama-sama memantau saya.. Doktor juga menyuruh saya sentiasa membaca doa2..

Hampir 54 minit saya bertarung dalam bilik bersalin, akhirnya saya dapat melihat wajah bayi saya.. ;)) Alhamdulillah.. Nurse menyuruh saya menyebut jantina bayi saya, dan melihat dia punya tutttt saya katakan baby boy! hehee... sebenarnya, semasa usia kandungan 7 bulan, doktor yang scan sangat confident mengatakan bayi saya adalah bayi perempuan. hihi... tapi, xapalah, yang penting dia sihat.. ;))

Sekarang, saya dan suami sudah menjadi ibu dan abi kepada seorang anak kecil lelaki... Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik anak kami menjadi anak yang soleh... Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami... ;))


Friday, February 24, 2012

Hampir Sempurna.. ;)

Assalamualaikum...
hi semua pembaca blog layyinul Sutera, hope semua dalam keadaan sihat walafiat dan dalam lindungan dan rahmat-Nya.. :D

Layyinul Sutera ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah atas segala kurniaan ini... Alhamdulillah, dengan kehidupan yang serba cukup, kerjaya yang baik, dan kehidupan yang baik, menjadikan kehidupan kita seakan-akan cukup sempurna walaupun masih ada kekurangan-kekurangan yang tidak dapat dielakkan... Tapi, itulah lumrah sebagai seorang manusia, tidak akan ada yang betul-betul sempurna kan? ;))

Sekiranya Allah tidak mengizinkan, tentu kita tidak akan berada di zon kehidupan begini kan? Dengan izin Allah juga, kita masih dikelilingi insan-insan yang kita sayangi dan menyayangi kita... Dengan izin Allah juga, kita masih diberi peluang untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.. Subhanallah! begitu besar kurniaan Allah buat kita...

Walaupun pelbagai ujian dan rintangan yang ditempuhi, tapi percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Apabila Layyinul Sutera membaca balik diari lama, betapa syukurnya dirasakan kerana segala pahit manis kehidupan yang dilalui selama ini rupanya telah membawa Layyinul Sutera ke dalam kehidupan sekarang...

Segala keluh kesah yang kita hadapi, andai diadukan kepada ALLAH, percayalah bahawa Dia maha mendengar..... Sudah banyak yang Layyinul Sutera perhatikan, Alhamdulillah, doa yang dipinta Allah makbulkan walau kadang2 setelah kita mendapat sesuatu, barulah kita teringat yang kita pernah berdoa, mengadu kepada-Nya tentang hal itu... Sungguh apa yang Allah aturkan dalam kehidupan kita itulah yang terbaik untuk kita.... ;)

Akhir kata, semoga kita sentiasa terus dalam lindungan dan rahmat-Nya.... Aminn.. ;))


Saturday, January 14, 2012

Pengalaman pertama ;)

Assalamualaikum...

Hi semua.. ;))

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita diberi peluang lagi untuk bernafas di bumi Allah ini.. ;)

Sudah lama Layyinul Sutera xmencoretkan apa2 kat sini... Padahal, keinginan untuk menulis tu sentiasa membuak-buak dalam diri ni... Tapi, disebabkan kesibukan diri ditambah dengan evening sickness yang dialami, semuanya terpaksa ditangguhkan... hehe.. tapi tak apalah, apa sahaja, demi baby, saya redha untuk melalui semuanya... ;)

Oh ya, teringin juga nak berkongsi pengalaman saya ini... Mungkin ia akan jadi salah satu kenangan terindah buat saya dan suami, lebih2 lagi setelah buah hati kami lahir nanti.. insya Allah..

Masuk dua bulan kandungan, baby sudah pandai buat ibu dia rasa macam-macam.. hehe.. antara perkara yang saya alami ialah;

- Mual dan pening dengan tiba-tiba, terutama sebaik sahaja sampai ke rumah dari ofis

- sangat-sangat benci bau orang menumis atau bau2 bawang.. kesannya, saya sudah lama tak memasak dan tak menjenguk dapur.. herm.. ciann hubby... hehe

-tak boleh makan ayam!! adeh... asal makan ayam je, terasa mau keluar balik... kesannya, saya hanya mampu makan ikan dan lauk pauk yang lain..

-juga xboleh makan nasi.... memang tak ada selera langsung dengan nasik.. so, hanya mampu makan mee/ bihun/ k.tiaw saje...

-mengidam.. hehe.. mula2 mengidam ikan patin, nasib baik dapat.. tapi sekarang mau KETAM dan DAGING RUSA... errr... ketam tu mungkin senang nk cari, tapi daging rusa tu kat mana ye..?? takpe baby, kita tunggu abi carikan ye.. hehee

Saya juga rasa teramat penat, terutama lepas saja solat maghrib.. saya akan tertidur mati, memang xsedar apa2 dah... Siann jgak tgk my hubby, kdg2 bila saya tersedar pkul 10 malam baru dia makan malam... huk huk.... nasib baik dia memahami... hee.. thanx a lot abang.... ;)

Cuma lepas kandungan masuk 3 bulan, semua tu makin berkurang, cuma kadang2 ada juga rasa y dtg secara tiba-tiba... Tapi, bab daging rusa dan ketam itu,,, masih dalam penantian.. hihi...

Semoga semuanya berjalan lancar... Ada saya terbaca, masa kandungan 3 atau 4 bulan, roh akan ditiupkan ke janin.. Ya Allah, berilah kekuatan.... semoga terlindung dan terhindar daripada perkara yg tak diingini.. insya Allah...

To my hubby, thanks a lot for being very understanding and loving~ heeee... I love u so much!

To baby, jangan nakal2 sgt tau kat dalam tu... n please jgn mintak makanan pelik2 lagi,, ciann hubby nk kena g cari... hehe.... tp, persoalannya, ibu ke baby y nak ye?? heheee ;pp

Ok lah, setakat ni dulu perkongsian kali ini.. do take care ye everybody!! pray for me k.. ;))

Bye n cau~ ;D

Wednesday, November 23, 2011

After 6 months.. ;))

30hb November nanti, genaplah enam bulan usia perkahwinan kami...
I feel so blessed.. thanks Allah...

Alhamdulillah, kehadiran 'orang baru' insya Allah akan menceriakan lagi rumah tangga kami.... Itu yang kami doakan dan kami yakin Allah mendengar doa kami...

Semoga semuanya seiring dengan Rahmat ALLAH.. I love U ALLAH... Luv u hubby~ ;))
n I hope our little love will be safely grown in me~ ;))

Friday, October 28, 2011

you mean everything to me.


Salam semua... semoga semua sihat dalam rahmat-Nya... ;))

Terdengar lagu zaman bercinta + bertunang dulu.. hehe.. Kadang-kadang, apabila kita mengimbau kenangan lama bersama, itu juga salah satu cara yang boleh mengeratkan lagi hubungan kita dengan pasangan kan.. hehe.. So, silalah dengar lagu CINTA kami berdua... ;)

;))



Our LOVE song forever.. always be.. Love u Hubby~ ;)))

Thursday, October 13, 2011

Setelah 4 bulan.. ;))




Assalamualaikum...
Hi semua.... ;))

Sudah lama xmencoretkan apa2 kat sini... entah ada lagi tak yang membacanya ye... hehe ;)

4 bulan setelah bergelar seorang isteri... Alhamdulillah, semuanya setakat ini berjalan lancar, dengan izin-Nya... Ternyata, alam rumah tangga menjanjikan seribu kemanisan dan rahmat, tersangat bahagia dirasakan. Semoga Allah sentiasa merahmati rumah tangga kami, dengan SAKINAH, MAWADDAH dan RAHMAH....

Bergelar seorang isteri, tersangatlah indah.. Andai semuanya dilakukan kerana-Nya.... Menyiapkan suami dan menyediakan makan dan minum suami, semuanya adalah suatu yang tersangat bahagia.. Apa lagi melihat suami tersenyum dan kekenyangan hasil air tangan sendiri.. hehe.. ;))


Cepatnya masa berlalu kan.. Alhamdulillah, aku dan suami dua-dua satu kepala... kadang-kadang agak gila-gila jugak kot.. hehe.. suka berjalan... suka layan lagu-lagu jiwang.... suka pantai... hehe.. apa lagi ye, rasanya semua sempurna dan saling melengkapi... Alhamdulillah, semuanya anugerah daripada Allah... Semuanya dengan izin-Nya...

Semoga kebahagiaan ini kekal selama-lamanya... insya Allah sampai ke syurga..... ;))))


setiap langkah ingin bersamamu.....

Friday, June 17, 2011

Untitled.. just about LOVE.. ;)

Assalamualaikum.....
hi sume..!! ;DD

This is my first posting here... after being someone's MRS.... heee

Well.. thanx Allah for everything... Majlis berjalan lancar... semuanya dengan izin ALLAH.. ALHAMDULILLAH...

Mrs. Ijad... hehe ;)

Setelah bergelar isteri.... jiwa makin tenang..... hati makin lapang.. Alhamdulillah.. syukur yang tak terhingga.... dikurniakan seorang suami yang penyayang, sabar dan sangat memahami..... Dan yang paling penting, sentiasa mengingatkan aku apabila aku terlupa... dan kejutkan aku utk solat subuh.... ngeeeee.... biasanya hubby akan bangun dulu dan akan kejutkan wife dia ni utk solat jemaah bersama-sama..... hehe.. aku rasa sangat bahagia... beribadat bersama-sama, dan setiap aktiviti masa lapang akan dilakukan bersama..... syukur Alhamdulillah....

Alhamdulillah ya Allah.. nikmat-Mu sungguh luas... bila dikenang balik.... memang tak sangka HE IS THE ONE!!! yelah, asal daripada nobody, become coursemate, jadi jiran kejap,, jadi satu geng lepak2... finally he became my husband..... Memang betul, ketentuan ALLAH itu sesuatu yang x dijangka...
X lama kami berkawan dan bercinta.... tapi mungkin niat ikhlas antara kami telah memudahkan segala-galanya... mengenali dia membuatkan hati lebih tenang..... kami memulakan langkah sebagai sahabat.. berkongsi kisah kehidupan, suka dan duka.... lama-lama timbul keserasian.... dan hatiku terdetik mungkinkah dia jodohku...


Lama-lama, Allah beri petunjuk... walaupun masih samar, tapi aku tetap ikut gerak hati.... kami bertunang, dan 3 bulan lepas tu kami kahwin..... rupa-rupanya Allah telah mengatur segala-galanya... DIA mengetahui semua ini terlebih dahulu daripada kami...... dan itulah yang dikatakan Jodoh di tangan-Nya.... kini aku lebih mengerti istilah itu......


Apa yang kami doakan, agar kebahagiaan rumah tangga kami akan kekal selama-lamanya dalam lindungan dan rahmat yang Esa.... betullah, bertolak ansur sangat penting... dan aku doakan moga2 kami diberi kekuatan utk sama2 mengharungi hidup ini.... dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata yang soleh dan solehah sebagai penghibur hati kami... insya Allah....

I love U, abang.... ;)
K, bye.. wassalam.. ;)))

Monday, May 9, 2011

Tik tok tik tok.........

Assalamualaikum..
Hi sume... ;)))

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan segala rezeki kepada hamba-hamba-Nya...
;))

Tik tok tik tok... banyak persiapan sudah dibuat... Cuma, selagi majlis tak berlangsung, selagi itulah rasa kelam kabut dan macam banyak aje lagi yg x siap.... Kadang2, aku jadi buntu apa lagi yg perlu disiapkan... kadang2 rasa tensen sbb xtau apa lagi yg kena buat.... Emm.. nasib baik Encik Tunang sentiasa cool.... sekarang aku mau cuba jd cool macam dia.. hehee

2 minggu cuti semester akhir, mmg aku tak rehat langsung.... sekarang aku di penang kembali sebelum aku pulang untuk majlis penuh bermakna dalam hidupku.... Ya Allah berilah aku kekuatan..... Permudahkanlah segala-galanya, dengan redha Mu ya Allah....

Dalam masa ni, aku ingin fokuskan terhadap persiapan diri aku pulak... Sudah bersediakah aku untuk menjadi seorang isteri? Herm... Ya Allah, berilah aku petunjuk dan Kekuatan.... Semoga permulaan kepada rumah tangga kami ini penuh keberkatan dan menjadi satu titik permulaan untuk sebuah kebahagiaan abadi, iaitu kebahagiaan akhirat...

Aku mengumpul kekuatan... Aku tahu persediaan mental dan fizikal sangat penting.... insya Allah, everything will be fine, itu kata Encik Tunang... Nanti, rutin harianku sememangnya akan berubah... akan ada satu tanggungjawab yang amat besar untukku... persoalannya,,, mampukah aku?? Ya Allah, aku mohon kekuatan dan permudahkanlah segala urusan... Engkau bimbinglah aku dan berilah aku petunjuk agar aku dapat menjadi isteri yang solehah buat suamiku nanti....

Ya Allah... kebahagiaan ku adalah dengan izin-Mu... terima kasih Ya Allah....

Sunday, April 3, 2011

Fasa kedua 2..

Assalamualaikum..
Hi semua.. ;)))

Masa terus berlalu dan berlalu..
Aku?? macam-macam yang aku fikirkan sekarang..
Tapi macam kata Encik Tunang, tak perlu fikir, tapi teruskan sahaja persiapan kami.. Thanks Encik Tunang tersayang,, kerana sentiasa ada untukku..

Tadi, lepas Maghrib, aku termenung jap.. Entah la, actually apabila sudah sampai waktu-waktu begini, di mana kita mahu bertukar fasa kehidupan, iaitu dari satu fasa kehidupan yang mungkin agak selesa (zaman bujang) kepada satu fasa kehidupan yang mana kita akan berkongsi seluruh kehidupan kita (zaman perkahwinan), kita akan fikirkan itu dan ini.. Namun, teringat pesan orang-orang tua, jangan terlalu memasang impian, kerana realiti tak seindah mimpi.. Apa yang penting, cuba usahakan yang terbaik, seikhlas yang mungkin. Cari keredhaan Allah yang paling utama..

Aku termenung.. Patutlah aku rasa penat, kerana kekuatan itu milik Allah.. Aku perlu meminta kekuatan itu dari-Nya.. Sejak sibuk dengan persiapan ini, solat hajat makin kurang.. Bukanlah apa aku tulis semua ni, cuma mungkin ia menjadi satu tempat untukku muhasabah diri ini.. Kekuatan itu milik Dia, mintalah dari-Nya... Allah maha mendengar, insya Allah Dia akan makbulkan..

Semoga Segala-galanya akan dipermudahkan.. dan mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya..
Insya Allah..

;)))

Sunday, March 20, 2011

Fasa kedua..

Assalamualaikum.
Hai semua.. ;)

Penat. Tension. Letih. Itulah yang Cik Layyinul Sutera rasakan sekarang ni..

Semalam baru sahaja pulang dari KL. Cik Layyinul Sutera teman umi ke Nilai untuk shopping sedikit kelengkapan. Alhamdulillah.. Langsir baru dah siap.. memang itu first time aku ke sana. rasa macam kelabu mata, tak tahu nak pilih yang mana., terutama kain-kain, karpet kat sana. sangat-sangat cantik dan banyak pilihan...

Herm.. sekarang aku dah merasakannya... betullah,, orang kata akan rasa mcm ni.. macam-macam terbit dalam fikiran.. Masa ni lah syaitan cuba mencelah, cuba mencari peluang mereka.. Ya Allah berilah kekuatan untuk setiap persiapan ini... Kadang-kadang rasa tension pun ada.. Al-quran juga tempat mencari ketenangan.. Semoga proses persiapan ini turut mendapat keberkatan-Mu ya Allah...

Haih.. rasa macam mau masa terus je berjalan dengan cepat.. Ha, jangan salah faham pulak tau.. hehe.. Aku rasa mahu sahaja semua ni selesai.. aku rasa penat.. dan juga mahu berehat! Sudah lama tak weekend di rumah.. Ya Allah, berilah aku kekuatan...

Lepas cakap ngan Aimi (my best friend) rasa lega sket.. Dan macam da janji2 plak.. wedding aimi dan aku pada tarikh yang sama! hee.. so no wonder la kami ada the same feeling now~ hee... Lepas cakap ngan dia, aku tau la setiap orang pada fasa kedua pertunangan akan rasa yang sama... Bila aku bagitau pada Encik tunangku, dia juga akui merasakan yang sama... Semoga Allah permudahkan semuanya.. Dalam masa yang tinggal ini, aku harap segala-galanya akan dipermudahkan... ;))

K lah setakat ni dulu... Nanti ada masa aku akan coretkan lagi nukilan hatiku.. ;)))

bye n cau!!