Assalamualaikum..
Hi sume~ :))
Herm.. sedar x sedar da 6 hari kita di tahun baru 2011.. cepat je kan masa berlalu.. Rasa mcm baru je semalam grad... hehe.. tp sedar xsedar rupanya da stahun da aku bergelar pensyarah kimia di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang neh.. hehe
Apa pun, tahun 2010 sudah berlalu dan banyak pengajaran yang boleh diambil.. mungkin yang paling menarik tahun lepas adalah bermulanya kerjaya aku sebagai seorang pendidik selepas bertahun-tahun berhempas pulas di menara gading.. hehe.. skema je ayat kan.. hihi
2010 sudah ditinggalkan..Yang lalu usahlah dikenang. yang berlaku hadapilah dengan tenang, dan yang mendatang satukan dalam wawasan! ;DD
Tahun 2011.. tahun ini bakal aku tempuhi.. Tahun 2011 bakal menjadi tahun yang penuh dengan perancangan dalam merealisasikan impian-impian yang masih belum tercapai.. Insya Allah..
Semoga semuanya akan dipermudahkan dan diberkati... Harapan aku, semoga para pembaca turut sama-sama mendoakan ok... ;))
K lah that's all for now.... bye n cau!!
Assalamualaikum~ ;))
No comments:
Post a Comment
What do U think?