Assalamualaikum..
Hi..;)
Laa Ilaaha illallah...
Tiada Tuhan selain Allah..
Sekarang, tengah exam week for my students.. Luckily aku tersenarai sebagai pengawas peperiksaan untuk sepanjang dua minggu peperiksaan ini berlangsung.. Dan pada hari ini (5 April 2010) untuk kali pertama dalam hidup aku, aku menjadi pengawas peperiksaan yang amat besar.. Jika sebelum ni aku yang menduduki peperiksaan-peperiksaan besar, tetapi kali ini aku betugas mengawasi students exam.. Memang satu pengalaman yang memang xakan dilupakan..
Aku bertugas menjaga peperiksaan di Makmal Biologi 9, walaupun semua students yang ditempatkan dalam makmal itu adalah students aliran Sains Fizik.. Memandangkan dewan al-Farabi (Dewan utama) xcukup muat untuk menampung semua students yang begitu ramai, so makmal2 dan bilik tutorial terpaksa digunakan sebagai bilik peperiksaan..
Herm.. Awal2 tu, agak gabra juga.. kena ambil kertas peperiksaan, sign itu dan ini, distribute exam paper kepada students dan mengawasi mereka selama dua jam! kedengaran seolah-olah simple dan mudah sahaja.. Tetapi, sebenarnya ia satu amanah yang agak berat juga.. Ia bukanlah semudah yang disangka.. dan memang banyak prosedur yang kena ikut memandangkan ia adalah satu peperiksaan yang besar dan terpenting bagi kolej matrikulasi..
Selama dua jam aku mengawasi mereka, sempat juga terfikir, aku dulu macam mana agaknya kelihatan sewaktu jawab exam ye..? Dan aku sempat perhatikan setiap raut wajah students aku yang memang memerah otak untuk menjawab setiap soalan yang diberikan.. Pada hari ni, ada dua paper, Bahasa Inggeris kertas 1 dan Fizik kertas 1.. Kecuakan amat ketara pada raut wajah diaorang sewaktu paper Fizik tu.. Mungkin agak mencabar kot soalan tu.. Entahla, aku pun xboleh nak bajet sejauh manakah susahnya soalan itu kerana Fizik bukan lah subjek aku.. Dan aku rasa berdebar-debar pula untuk menunggu tarikh bagi exam Chemistry nanti.. Hope my students doing well in the exam..
Herm.. cepat sungguh masa berlalu.. tadi, semasa bertugas, terkenang pula zaman aku kat matrikulasi dulu.... Em, betullah.. Bukan senang untuk berjaya mencapai cita-cita.. Sesungguhnya aku bersyukur sangat2... Masa majlis restu ilmu baru-baru ni, diadakan solat hajat dan bacaan Yaasin bersama students di Masjid KMPP ni.. Masa tu aku rasa sebak sangat.. teringat pula dulu, siang malam berdoa supaya Allah permudahkan semua urusan dan dibukakan pintu hati sewaktu menjawab exam..
Memang.. Doa seperti tu xpernah pun lekang dari bibir ni sejak dari aku sekolah sampai lah aku habis belajar dan telah mendapat segulung ijazah.. Ya Allah, syukur sangat2... Itu tandanya Allah mendengar doa aku... Cuma sekarang, doa seperti itu tidak lagi dibaca, cuma sudah diubah kepada doa supaya Allah permudahkan semua urusan kerja aku dan supaya ikhlas kerana-Nya menjalankan amanah yang diberi.. Sebab tu lah aku cakap, bukan mudah untuk berjaya.. Memang banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk berjaya mencapai cita-cita.. Dan kini aku sudah pun mendapat kerjaya yang tetap dalam hidupku.. Aku sudah pun bergelar pensyarah di kolej matrikulasi ni... Syukur Pada-Mu ya Allah..
Apa pun.. Aku juga mendoakan yang sama untuk semua students aku.... Hope diaorang akan berjaya lebih dari itu, dan semoga mereka tidak lupa asal usul mereka, dari mana mereka datang... Kejayaan tak akan datang bergolek.. dan sudah terbukti ianya memerlukan satu usaha yang sangat besar ke arah kejayaan itu...
Semoga Allah sentiasa mengiringi jalan hidupku dan kita semua.. Amin~ ;)
amin ya rabbal alamin...
ReplyDeletethanx jaja mengaminkan doa.. ;)
ReplyDeleteAmin.....
ReplyDelete