Sunday, April 18, 2010

First year teaching! ;)

Assalamualaikum..
Hi.. ;)

Herm.. dah lama niat ingin menulis post yang baru.. tapi asyik xberkesempatan aje.. namanya duduk kat umah, tapi masa xpernah cukup! hehe

Kali ni, aku nak citer sket pengalaman aku sebagai seorang Chemistry Lecturer kat KMPP.. Yelah, balik cuti ni, ramai sangat bertanya, camne mengajar matrik? okey ke? students mcm
mana?? hehe.. so skrg if nak tau, baca lah ye.. ;) slamat membaca.. hihi ;p

Tapi before tu, sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat all of my students yang banyak memberi kerjasama pada aku.. thanx coz memahami guru baru ini yang masih terkapai-kapai menyesuaikan diri dengan suasana kamu.. hihi..

Em.. imbas kembali... Aku risau sangat2 dengan my students' first impression coz aku tau sbgai pensyarah baru, masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari.. Ntahla, aku memang sepenuh hati mengajar diaorang, tapi xtau lah macam mana penerimaan diaorang sebenarnya... Tapi until I read one of my students' blog, aku macam sedikit teruja coz aku dapat rasakan sedikit usaha aku mengajar diorang ada meninggalkan kesan.. walaupun tak banyak tapi aku harap segala yang aku ajar akan sentiasa terpahat kat otak dan hati diorang.. ;)

If korang nak baca blog tu, korang bleh baca kat link di bwh ni:
The Odýsseia of an Idealist: Dear Miss Hanani

Haih.. berbalik pada experience of my first year teaching... hehe..
Herm.. 1st time aku masuk mengajar.. Aku kena ambik 5 praktikum.. Topik pertama yang aku kena ajar adalah "Alkane".. huhu.. Agak cuak nak msuk mengajar, sbb aku kurang preparation dari segi mental and physical.. huhu.. maklumlah, dapat surat tawaran 28th December 2009, tapi 30th December terus kena lapor diri... apa yang aku boleh buat, buat sedikit preparation and mempergunakan segala ilmu yang masih lekat dalam otak aku ni..

Tuhan je tahu, betapa cuaknya aku... risau students bertanyakan soalan2 yang tak terjawab oleh otak aku yang terhad ni.. hihi... zaman matrik sudah 5 tahun ditinggalkan so aku xleh nak menjangka apakah soalan-soalan yang boleh bermain dalam fikiran my students.. tambahan pula, aku xsempat nak kaji syllabus yang diorang belajar.. aku xtau nak prepare apa yang perlu diaorang tahu, dan apa yg xperlu diberitahu lagi untuk peringkat matrikulasi.. Maklumlah, ilmu yang dipelajari sentiasa berubah-ubah.. kat matrik belajar lain, tapi bila masuk U segala yang belajar kat matrik kadang2 berubah mengikut thesis dan research yang dijalankan oleh lecturer universiti..

My lovely students.. H2P3

kadang2 agak susah untuk aku menerangkan tentang sesuatu persoalan yang high level thinking.. Yelah, kadang2 kat U pun ada sesetengah topik dalam Chemistry yang aku amat tidak suka dan meluat pn ada.. hee.. contohnya masa subjek Organic Chemistry III kat UM dulu, aku sangat2 meluat dengan isomer configuration bagi compound yang pelik2 itu.. huhu.. teringat plak kat Dr Kam... sekali terimbas chemical compound yang sampai sekarang aku masih xfaham apa rasionalnya aku belajar sume tu.. ;p

H2T1

H4T1

Ada jugak kadang2 tu bila students tanya, aku terpaksa take a few minutes just to think about the solution!! hihi... If ada students yang baca post ni, mesti diaorang tahu.. kadang2 masa dalam kelas, bila diorang tanya soalan, aku jadi blank dan susah nak explain.. tapi sebaik sahaja habis waktu kelas n masa berjalan balik ke ofis, baru terlintas jawapan untuk soalan2 itu.. huhu... memang laa aku ni.. ishhh.. ;p

tu bab mengajar.. tentang attitude my students, aku rasa smua students aku okey dan baik2 aje.. hehe.. cuma nakal2 remaja tu biasalah.. aku juga pernah melalui saat2 menjadi nakal seperti tu suatu ketika dahulu... kenakalan lagi bertambah bila masuk U.. Erm.. teringat pula saat simbah bubur nasi dan kuah kari atas kereta seorang guy kat UM dulu.. Kejadian pada hari Jumaat... hihi.. yang ni nanti aku cerita di lain waktu ye.. hehe.. or biarlah disimpan sebagai kenangan kami bertiga.. hehe ;p

Kelebihan mengajar di matrikulasi, kita boleh treat students as our friends... Sebab aku kelihatan seakan2 sebaya ngan diorang (walaupun dah tua sbenarnya.. hikhik), pernah juga masa awal2 dulu ada sekumpulan student laki yang usik2 (kononnya nak mengorat aku la) waktu aku tengah berjalan dari ofis ke kelas.. Tanpa segan2 sorang student cakap kat aku depan2, "awak, dia nak kenal".. hee.. aku buat xtau je la, masa tu aku xdapat lagi name tag.. Then kali kedua aku jumpa kumpulan budak tu, diorang nampak terkejut tengok aku dengan name tag.. aku senyum aje, then dengar desas desus, "wehh cikgu la wehh!!".. hehe..

Then seterusnya bila jumpa ngan kumpulan students tu lagi, diorang mesti cakap, "Assalamualaikum Cikgu..".. hee.. tersengih dan tergelak sorang2 pulak bila teringat.. walaupun agak segan untuk berjalan bersama-sama students, tapi memang aku xde jalan lain nak lalu.. nak xnak kena lalu jugak.. hehe..

Aku tahu, smua students aku membawa harapan keluarga mereka... Macam aku juga dulu... Kadang2, aku kesian pulak kat my students.. terlalu banyak aktiviti yang diorang kena attend.. dengan content yang terlalu banyak.. herm.. tapi percayalah my students, x ada yang mustahil dalam dunia ini jika kita berusaha bersungguh-sungguh... Semoga all of my students akan menjadi insan-insan cemerlang yang berguna suatu hari nanti... insya Allah... ;)

Apa pun... Aku kena juga berusaha meningkatkan teaching skill aku... menambah lagi chemistry knowledge dan meningkatkan contents of chemistry yang akan aku deliver pada my students... Next semester, aku akan terima students baru n i hope that i can correct all of my mistakes dan be a better lecturer! ;))

sejuk tau air ni!! hee (xde kaitan ngan topik yang dibincangkan) ;p


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku nanti.. Amiinn.. ;))

Monday, April 5, 2010

Teringat kembali.

Assalamualaikum..
Hi..;)

Laa Ilaaha illallah...
Tiada Tuhan selain Allah..

Sekarang, tengah exam week for my students.. Luckily aku tersenarai sebagai pengawas peperiksaan untuk sepanjang dua minggu peperiksaan ini berlangsung.. Dan pada hari ini (5 April 2010) untuk kali pertama dalam hidup aku, aku menjadi pengawas peperiksaan yang amat besar.. Jika sebelum ni aku yang menduduki peperiksaan-peperiksaan besar, tetapi kali ini aku betugas mengawasi students exam.. Memang satu pengalaman yang memang xakan dilupakan..

Aku bertugas menjaga peperiksaan di Makmal Biologi 9, walaupun semua students yang ditempatkan dalam makmal itu adalah students aliran Sains Fizik.. Memandangkan dewan al-Farabi (Dewan utama) xcukup muat untuk menampung semua students yang begitu ramai, so makmal2 dan bilik tutorial terpaksa digunakan sebagai bilik peperiksaan..
Herm.. Awal2 tu, agak gabra juga.. kena ambil kertas peperiksaan, sign itu dan ini, distribute exam paper kepada students dan mengawasi mereka selama dua jam! kedengaran seolah-olah simple dan mudah sahaja.. Tetapi, sebenarnya ia satu amanah yang agak berat juga.. Ia bukanlah semudah yang disangka.. dan memang banyak prosedur yang kena ikut memandangkan ia adalah satu peperiksaan yang besar dan terpenting bagi kolej matrikulasi..

Selama dua jam aku mengawasi mereka, sempat juga terfikir, aku dulu macam mana agaknya kelihatan sewaktu jawab exam ye..? Dan aku sempat perhatikan setiap raut wajah students aku yang memang memerah otak untuk menjawab setiap soalan yang diberikan.. Pada hari ni, ada dua paper, Bahasa Inggeris kertas 1 dan Fizik kertas 1.. Kecuakan amat ketara pada raut wajah diaorang sewaktu paper Fizik tu.. Mungkin agak mencabar kot soalan tu.. Entahla, aku pun xboleh nak bajet sejauh manakah susahnya soalan itu kerana Fizik bukan lah subjek aku.. Dan aku rasa berdebar-debar pula untuk menunggu tarikh bagi exam Chemistry nanti.. Hope my students doing well in the exam..

Herm.. cepat sungguh masa berlalu.. tadi, semasa bertugas, terkenang pula zaman aku kat matrikulasi dulu.... Em, betullah.. Bukan senang untuk berjaya mencapai cita-cita.. Sesungguhnya aku bersyukur sangat2... Masa majlis restu ilmu baru-baru ni, diadakan solat hajat dan bacaan Yaasin bersama students di Masjid KMPP ni.. Masa tu aku rasa sebak sangat.. teringat pula dulu, siang malam berdoa supaya Allah permudahkan semua urusan dan dibukakan pintu hati sewaktu menjawab exam..

Kenangan terindah.. ;)

Memang.. Doa seperti tu xpernah pun lekang dari bibir ni sejak dari aku sekolah sampai lah aku habis belajar dan telah mendapat segulung ijazah.. Ya Allah, syukur sangat2... Itu tandanya Allah mendengar doa aku... Cuma sekarang, doa seperti itu tidak lagi dibaca, cuma sudah diubah kepada doa supaya Allah permudahkan semua urusan kerja aku dan supaya ikhlas kerana-Nya menjalankan amanah yang diberi.. Sebab tu lah aku cakap, bukan mudah untuk berjaya.. Memang banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan untuk berjaya mencapai cita-cita.. Dan kini aku sudah pun mendapat kerjaya yang tetap dalam hidupku.. Aku sudah pun bergelar pensyarah di kolej matrikulasi ni... Syukur Pada-Mu ya Allah..

Aku. ;)


Kejayaan yang diraikan bersama teman-teman.. ;)

Apa pun.. Aku juga mendoakan yang sama untuk semua students aku.... Hope diaorang akan berjaya lebih dari itu, dan semoga mereka tidak lupa asal usul mereka, dari mana mereka datang... Kejayaan tak akan datang bergolek.. dan sudah terbukti ianya memerlukan satu usaha yang sangat besar ke arah kejayaan itu...

Semoga Allah sentiasa mengiringi jalan hidupku dan kita semua.. Amin~ ;)