Sometimes.. We just have to ignore. Ignore unimportant things that disturb our hearts. Just be ourselves, do whatever we love, just go on with our life.
Orang boleh kata macam2 pasal kita. Boleh kata y baik dan juga y xsedap didengar. As long as kita tau apa niat kita, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.. Kadang2 agak perit utk menerima yang negatif tentang kita. Tp sebenarnya ia juga boleh jd sbg self reminder dan cuba ambil positif, mungkin betul apa yang dikatakan. Jadi kita boleh ubah diri kita menjadi lebih baik kan?
Entahla. Kadang2 saya fikir, semua tu asam garam hidup. Mungkin saya ada silap yang saya x sedari. Tak apalah, cuba memaafkan dan melupakan. Bukanlah susah sangat tapi ia tak semudah yang disangka. Tapi saya bersyukur kerana Allah permudahkan urusan hati saya, saya dapat maafkan dan Allah bagi saya jalan untuk melupakan. Kerana saya akui saya adalah sangat lemah dan tidak sempurna. Mungkin ada kata-kata saya yang mengguris tanpa saya sedari.
Apa yang saya harapkan, saya dapat lalui kehidupan mendatang dengan lebih tenang, tanpa dendam, tanpa prasangka dan tanpa apa2 perasaan yang negatif. Seperti orang lain, saya juga cintakan ketenangan hati. Dan itu hanya dapat diperoleh dengan meminta dari yang Esa. Insyaa Allah... :))
~LAYYINUL SUTERA ADALAH INSAN BIASA.. YANG MENDAMBAKAN KEBAHAGIAAN.KETENANGAN.KERIANGAN.SEIRING DENGAN RAHMAT DAN REDHA ILAHI~
Sunday, November 16, 2014
Saturday, September 27, 2014
Damailah hati ;)
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...
ALLAH.. Baca maksud Bismillah pun boleh menitis air mata. ALLAH maha pemurah.. Banyaknya rezeki yang diberi. Betapa hidup ini terlalu bergantung dan berharap dgn rezeki dariNya. ALLAH maha mengasihani. Berapa kali di saat kita sedih dan kecewa kita mengadu padaNya? Apa yang kita rasakan adalah ketenangan. ALLAH campakkan ketenangan dalam hati kita. Kerana Dia tahu kita perlukan ketenangan. ALLAH maha mengasihani.
Hari ni saya cuti. Anak yang kedua chicken pox selepas dua minggu si abang kena. ALLAH. Dugaan ini. Entah kenapa terasa berat dugaan kali ni. Tapi Saya yakin ada hikmah. Sudah berapa lama Allah bagi kesenangan dan kebahagiaan? Baru dua minggu Allah bagi kesusahan, wajarkah saya mengeluh?
ALLAH. Saya akui. Rutin hidup kadang-kadang melalaikan saya. DugaanMu ya Allah, membuatkan saya 'berehat' dan berfikir sejenak. Betapa saya jauh dari Allah. Jauh dari al-Quran. Saya rindukan ketenangan dan kedamaian. Ya, itu fitrah. Terima kasih ya Allah kerana dugaan ini telah menyedarkan saya kembali.
Suatu masa dahulu, pernah hidup saya diuji dengan dugaan yang hebat. Di saat itu, hanya pada Allah tempat bergantung dan mengadu. Sehinggalah dugaan itu beransur hilang dari kehidupan saya. Hilang bersama jauhnya saya dari Allah. Saya solat. Tapi tak kusyuk. Saya mengaji tapi xmenghayati. Curangkah saya padaMu?
Andai hati ini boleh berkata-kata.. Tentu sudah mengeluh dengan titik-titik hitam yang hadir. Ya Allah sucikan kembali hati ini. Damaikan ia. Tenangkan ia. Sesungguhnya hati itu raja dalam diri. Andai hati kotor, hidup ini tiada arah tuju. Sedangkan Allah dan akhirat tujuan hidup kita.
Saya menulis. Sebab saya suka menulis. Apa yang saya suarakan adalah dari hati saya. Tak pernah untuk memburukkan atau menjatuhkan sesiapa. Tapi saya belajar sesuatu. Tulisan mempunyai kuasa yang besar. Jika tersilap tafsiran, saya akan menyinggung perasaan orang lain. Ya Allah. Satu satu perkara yang paling saya risaukan. Kecintaan pada menulis, saya pernah menulis novel. Hajat sebenar memang ingin dihantar ke syarikat penulisan. Sudah pernah email dan berbalas. Tetapi berhenti di situ. Kerana saya risau. Maksud penulisan disalah tafsir dan tidak sampai maksudnya. Akhirnya tinggal menjadi simpanan peribadi. Satu-satunya insan yang pernah membaca novel tulisan saya adalah suami saya sendiri. Walaupun dia baca tanpa kebenaran dan pengetahuan saya ketika itu. Tak apalah, saya akan terus menulis dan menulis di sini.. :)
Wednesday, May 7, 2014
Masa merubah kita ;)
Assalamualaikum pembaca blog layyinul Sutera!! Sihat ke? Last post saya adalah pada 31 Julai 2012... hari ni, semasa saya menaip new post kat sini sudah pun bertarikh 7 Mei 2014!! Wah memang lama kan? Hehe
Itu menggambarkan betapa sibuknya saya.. walaupun dalam hati keinginan menulis sesuatu di sini selalu ada. Sekarang mungkin saya boleh katakan hanya ada satu masa untuk saya blogging iaitu apabila cuti semester, pada waktu malam dan ketika kedua-dua hero sudah tidur..
Ya.. hero kedua selamat dilahirkan pada 1 oktober 2013. Alhamdulillah. Diberi nama Muhammad Uwais Qushayyi bin Mohd Rohaizad. Menjaga dua hero yang beza umur yang tak jauh ni ibarat menjaga sepasang kembar lelaki kot? Hehe..
Saya tersenyum sendiri apabila membaca posts saya yang dulu-dulu. Saya juga tersenyum melihat list blog kawan-kawan yang hampir semua sunyi dan sepi. Sungguh.. masa merubah kita. Sememangnya saya sengaja untuk meneruskan blog ini. Ada teman yang sudah delete blog yang dulu. Oh.. Blog ini sungguh banyak kenangan pada saya. Jatuh bangun ketawa sedih saya banyak dikongsi di sini. Mana mungkin saya buang ia. ;)
Betul. Masa merubah kita. Tetapi ia tak akan merubah kenangan. Kenangan akan tetap ada. Dan tak akan ada kenangan yang sama. Semoga Allah akan terus melindungi sebuah kehidupan. Sesungguhnya segala harapan hanya saya pautkan pada-Mu ya Allah... ;)
Itu menggambarkan betapa sibuknya saya.. walaupun dalam hati keinginan menulis sesuatu di sini selalu ada. Sekarang mungkin saya boleh katakan hanya ada satu masa untuk saya blogging iaitu apabila cuti semester, pada waktu malam dan ketika kedua-dua hero sudah tidur..
Ya.. hero kedua selamat dilahirkan pada 1 oktober 2013. Alhamdulillah. Diberi nama Muhammad Uwais Qushayyi bin Mohd Rohaizad. Menjaga dua hero yang beza umur yang tak jauh ni ibarat menjaga sepasang kembar lelaki kot? Hehe..
With two little heroes |
My life now. ;p |
Betul. Masa merubah kita. Tetapi ia tak akan merubah kenangan. Kenangan akan tetap ada. Dan tak akan ada kenangan yang sama. Semoga Allah akan terus melindungi sebuah kehidupan. Sesungguhnya segala harapan hanya saya pautkan pada-Mu ya Allah... ;)
Tuesday, July 31, 2012
Our SweetHeart ;)
Assalamualaikum..
Hi semua.. dah lama Layyinul Sutera tak post pape kat sini.. smpai sekarang Layyinul Sutera sudah bertukar status sebagai seorang ibu! hehe.. Alhamdulillah, tanggal 11 Julai 2012, pada pukul 8.54 malam, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sempurna sifatnya, diberi nama Muhammad Umar Qayyum b. Mohd Rohaizad..
Herm.. pengalaman melahirkan, memang satu pengalaman yang sangat berharga dan saat2 yang tak akan dilupakan oleh setiap insan yang bergelar ibu.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sayang yang tidak terhingga kepada suami saya, yang setia menemani saya semaktu saya sakit hendak bersalin... Ya Allah, Engkau sahaja yang tahu betapa sakitnya saat itu.. seolah2 berperang dengan maut.. tu pun orang kata sakit bersalin itu sakit kedua selepas sakaratul maut.. huu maknanya sakit mati tu lagi sakit la kan?
Pada lebih kurang pukul 5.45 pagi, 11 Julai 2012, suami memecut keretanya ke Hospital Muar setelah saya rasa ada semacam air mengalir keluar.. (mungkin air ketuban kot).. Sesampainya di hospital, doktor terus membuat pemeriksaan, dan bukaan laluan bayi baru sahaja 1cm.. Doktor menjelaskan cecair itu bukan air ketuban, sebaliknya itu adalah 'show', iaitu tanda2 hendak bersalin.. Jadi doktor minta saya ditahan ke dalam ward terlebih dahulu..
Saya mula rasakan sakit yang ketara bermula pukul 5.30 petang, apabila masa tu bukaan laluan utk bayi keluar sudah meningkat ke 2cm.. Untuk masuk ke Labour room, bukaan perlu 4cm.. so saya kena menunggu dulu di katil ward, ditemani suami saya yang tidak putus2 memberi kata2 semangat.. ;) makin lama, kekerapan sakit makin ketara, setiap 15 minit saya rasakan sakit yang teramat yang xdapat dibayangkan.. Tepat pukul 8.00 malam, saya sudah tidak dapat menahan kesakitan dan memanggil nurse ke katil saya..
Bila doktor buat pemeriksaan, bukaan laluan sudah 6cm! So saya segera dibawa ke bilik bersalin.. Berbekalkan doa, wirid dan selawat ke atas nabi, saya cuba menguatkan semangat dan tidak putus2 berdoa semoga Allah akan memudahkan urusan saya ketika bersalin nanti.. Alhamdulillah, sewaktu saya dihantar ke labour room, kebetulan masa tu tiada pesakit yang hendak bersalin, jadi 3 orang doktor yang masuk bersama-sama memantau saya.. Doktor juga menyuruh saya sentiasa membaca doa2..
Hampir 54 minit saya bertarung dalam bilik bersalin, akhirnya saya dapat melihat wajah bayi saya.. ;)) Alhamdulillah.. Nurse menyuruh saya menyebut jantina bayi saya, dan melihat dia punya tutttt saya katakan baby boy! hehee... sebenarnya, semasa usia kandungan 7 bulan, doktor yang scan sangat confident mengatakan bayi saya adalah bayi perempuan. hihi... tapi, xapalah, yang penting dia sihat.. ;))
Sekarang, saya dan suami sudah menjadi ibu dan abi kepada seorang anak kecil lelaki... Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik anak kami menjadi anak yang soleh... Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kami... ;))

Muhammad Umar Qayyum sebaik sahaja dilahirkan |

Friday, February 24, 2012
Hampir Sempurna.. ;)
Assalamualaikum...
hi semua pembaca blog layyinul Sutera, hope semua dalam keadaan sihat walafiat dan dalam lindungan dan rahmat-Nya.. :D
Layyinul Sutera ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama bersyukur ke hadrat Allah atas segala kurniaan ini... Alhamdulillah, dengan kehidupan yang serba cukup, kerjaya yang baik, dan kehidupan yang baik, menjadikan kehidupan kita seakan-akan cukup sempurna walaupun masih ada kekurangan-kekurangan yang tidak dapat dielakkan... Tapi, itulah lumrah sebagai seorang manusia, tidak akan ada yang betul-betul sempurna kan? ;))
Sekiranya Allah tidak mengizinkan, tentu kita tidak akan berada di zon kehidupan begini kan? Dengan izin Allah juga, kita masih dikelilingi insan-insan yang kita sayangi dan menyayangi kita... Dengan izin Allah juga, kita masih diberi peluang untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.. Subhanallah! begitu besar kurniaan Allah buat kita...
Walaupun pelbagai ujian dan rintangan yang ditempuhi, tapi percayalah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Apabila Layyinul Sutera membaca balik diari lama, betapa syukurnya dirasakan kerana segala pahit manis kehidupan yang dilalui selama ini rupanya telah membawa Layyinul Sutera ke dalam kehidupan sekarang...
Segala keluh kesah yang kita hadapi, andai diadukan kepada ALLAH, percayalah bahawa Dia maha mendengar..... Sudah banyak yang Layyinul Sutera perhatikan, Alhamdulillah, doa yang dipinta Allah makbulkan walau kadang2 setelah kita mendapat sesuatu, barulah kita teringat yang kita pernah berdoa, mengadu kepada-Nya tentang hal itu... Sungguh apa yang Allah aturkan dalam kehidupan kita itulah yang terbaik untuk kita.... ;)
Akhir kata, semoga kita sentiasa terus dalam lindungan dan rahmat-Nya.... Aminn.. ;))
Saturday, January 14, 2012
Pengalaman pertama ;)
Assalamualaikum...
Hi semua.. ;))
Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita diberi peluang lagi untuk bernafas di bumi Allah ini.. ;)
Sudah lama Layyinul Sutera xmencoretkan apa2 kat sini... Padahal, keinginan untuk menulis tu sentiasa membuak-buak dalam diri ni... Tapi, disebabkan kesibukan diri ditambah dengan evening sickness yang dialami, semuanya terpaksa ditangguhkan... hehe.. tapi tak apalah, apa sahaja, demi baby, saya redha untuk melalui semuanya... ;)
Oh ya, teringin juga nak berkongsi pengalaman saya ini... Mungkin ia akan jadi salah satu kenangan terindah buat saya dan suami, lebih2 lagi setelah buah hati kami lahir nanti.. insya Allah..
Masuk dua bulan kandungan, baby sudah pandai buat ibu dia rasa macam-macam.. hehe.. antara perkara yang saya alami ialah;
- Mual dan pening dengan tiba-tiba, terutama sebaik sahaja sampai ke rumah dari ofis
- sangat-sangat benci bau orang menumis atau bau2 bawang.. kesannya, saya sudah lama tak memasak dan tak menjenguk dapur.. herm.. ciann hubby... hehe
-tak boleh makan ayam!! adeh... asal makan ayam je, terasa mau keluar balik... kesannya, saya hanya mampu makan ikan dan lauk pauk yang lain..
-juga xboleh makan nasi.... memang tak ada selera langsung dengan nasik.. so, hanya mampu makan mee/ bihun/ k.tiaw saje...
-mengidam.. hehe.. mula2 mengidam ikan patin, nasib baik dapat.. tapi sekarang mau KETAM dan DAGING RUSA... errr... ketam tu mungkin senang nk cari, tapi daging rusa tu kat mana ye..?? takpe baby, kita tunggu abi carikan ye.. hehee
Saya juga rasa teramat penat, terutama lepas saja solat maghrib.. saya akan tertidur mati, memang xsedar apa2 dah... Siann jgak tgk my hubby, kdg2 bila saya tersedar pkul 10 malam baru dia makan malam... huk huk.... nasib baik dia memahami... hee.. thanx a lot abang.... ;)
Cuma lepas kandungan masuk 3 bulan, semua tu makin berkurang, cuma kadang2 ada juga rasa y dtg secara tiba-tiba... Tapi, bab daging rusa dan ketam itu,,, masih dalam penantian.. hihi...
Semoga semuanya berjalan lancar... Ada saya terbaca, masa kandungan 3 atau 4 bulan, roh akan ditiupkan ke janin.. Ya Allah, berilah kekuatan.... semoga terlindung dan terhindar daripada perkara yg tak diingini.. insya Allah...
To my hubby, thanks a lot for being very understanding and loving~ heeee... I love u so much!
To baby, jangan nakal2 sgt tau kat dalam tu... n please jgn mintak makanan pelik2 lagi,, ciann hubby nk kena g cari... hehe.... tp, persoalannya, ibu ke baby y nak ye?? heheee ;pp
Ok lah, setakat ni dulu perkongsian kali ini.. do take care ye everybody!! pray for me k.. ;))
Bye n cau~ ;D
Wednesday, November 23, 2011
After 6 months.. ;))
30hb November nanti, genaplah enam bulan usia perkahwinan kami...
I feel so blessed.. thanks Allah...
Alhamdulillah, kehadiran 'orang baru' insya Allah akan menceriakan lagi rumah tangga kami.... Itu yang kami doakan dan kami yakin Allah mendengar doa kami...
Semoga semuanya seiring dengan Rahmat ALLAH.. I love U ALLAH... Luv u hubby~ ;))
n I hope our little love will be safely grown in me~ ;))

Subscribe to:
Posts (Atom)