Itu menggambarkan betapa sibuknya saya.. walaupun dalam hati keinginan menulis sesuatu di sini selalu ada. Sekarang mungkin saya boleh katakan hanya ada satu masa untuk saya blogging iaitu apabila cuti semester, pada waktu malam dan ketika kedua-dua hero sudah tidur..
Ya.. hero kedua selamat dilahirkan pada 1 oktober 2013. Alhamdulillah. Diberi nama Muhammad Uwais Qushayyi bin Mohd Rohaizad. Menjaga dua hero yang beza umur yang tak jauh ni ibarat menjaga sepasang kembar lelaki kot? Hehe..
With two little heroes |
My life now. ;p |
Betul. Masa merubah kita. Tetapi ia tak akan merubah kenangan. Kenangan akan tetap ada. Dan tak akan ada kenangan yang sama. Semoga Allah akan terus melindungi sebuah kehidupan. Sesungguhnya segala harapan hanya saya pautkan pada-Mu ya Allah... ;)