Sunday, March 20, 2011

Fasa kedua..

Assalamualaikum.
Hai semua.. ;)

Penat. Tension. Letih. Itulah yang Cik Layyinul Sutera rasakan sekarang ni..

Semalam baru sahaja pulang dari KL. Cik Layyinul Sutera teman umi ke Nilai untuk shopping sedikit kelengkapan. Alhamdulillah.. Langsir baru dah siap.. memang itu first time aku ke sana. rasa macam kelabu mata, tak tahu nak pilih yang mana., terutama kain-kain, karpet kat sana. sangat-sangat cantik dan banyak pilihan...

Herm.. sekarang aku dah merasakannya... betullah,, orang kata akan rasa mcm ni.. macam-macam terbit dalam fikiran.. Masa ni lah syaitan cuba mencelah, cuba mencari peluang mereka.. Ya Allah berilah kekuatan untuk setiap persiapan ini... Kadang-kadang rasa tension pun ada.. Al-quran juga tempat mencari ketenangan.. Semoga proses persiapan ini turut mendapat keberkatan-Mu ya Allah...

Haih.. rasa macam mau masa terus je berjalan dengan cepat.. Ha, jangan salah faham pulak tau.. hehe.. Aku rasa mahu sahaja semua ni selesai.. aku rasa penat.. dan juga mahu berehat! Sudah lama tak weekend di rumah.. Ya Allah, berilah aku kekuatan...

Lepas cakap ngan Aimi (my best friend) rasa lega sket.. Dan macam da janji2 plak.. wedding aimi dan aku pada tarikh yang sama! hee.. so no wonder la kami ada the same feeling now~ hee... Lepas cakap ngan dia, aku tau la setiap orang pada fasa kedua pertunangan akan rasa yang sama... Bila aku bagitau pada Encik tunangku, dia juga akui merasakan yang sama... Semoga Allah permudahkan semuanya.. Dalam masa yang tinggal ini, aku harap segala-galanya akan dipermudahkan... ;))

K lah setakat ni dulu... Nanti ada masa aku akan coretkan lagi nukilan hatiku.. ;)))

bye n cau!!

Sunday, March 13, 2011

(^_^)

Assalamualaikum..
Hi semua.. sihat ke? hope sihat2 saje tau!!

Sebelum Cik Layyinul Sutera nak meneruskan ayat2 seterusnya,, Cik Layyinul Sutera nk ucapkan TAHNIAH kepada my very best buddy, Izza Adnan yg telah melangsungkan perkahwinan beliau semalam.. Selamat menempuh alam rumah tangga ye~~ ;)))

Herm.. Cik Layyinul Sutera plak baru je habis berkursus Kahwin 2 hari ujung minggu hari tu... Kursus yang amat sempoi tapi sangat bermakna dan berguna.. Pelbagai ilmu yg aku dapat,, daripada ilmu berumah tangga sehinggalah ilmu tentang kehidupan yang begitu berguna untuk diamalkan dalam kehidupan seharian...

Sebenarnya, Islam itu cukup indah dan sempurna kan? Setiap aspek kehidupan dititikberatkan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar2 hal dalam kehidupan kita... Cuma,, yelah, kita manusia memang selalu lalai dan alpa tentang semua ini....

Alhamdulillah.. selesai sudah kursus perkahwinan.. lepas ni banyak lagi yang perlu diuruskan... Semoga kami diberi kekuatan untuk sama2 menguruskan segala-galanya untuk melancarkan majlis kami nanti.... Semoga Allah permudahkan segala urusan... Amiinn.. ;))

Bye n cau~~ ;D

Sunday, March 6, 2011

Penat y seronok..

Assalamualaikum..
Hi semua.. ;))

Adehh. penat betul rasanya.. Cik Layyinul Sutera baru je smpai penang balik dari KB.. tiap2 minggu balik.. em, rasanya bleh jd penyumbang utama kot utk sumber pendapatan bas Mutiara ni.. hihii..

Tapi penat kali ni berbaloi.. jumpa gak yang dicari2.. dan tema impian utk majlis nanti hmpir tercapai... heee... insya Allah... tema apa?? tungguu smpai majlis kami nanti ek.. hehe

Herm.. cepat sungguh masa berlalu kan.. tarikh dah ditetapkan.. sekarang sibuk dengan pelbagai persiapan... Nasib baik la ramai saudara mara yang banyak membantu aku dlm persiapan utk jangkamasa yang amat singkat ini... terima kasih y xterhingga aku ucapkan pada semua ahli2 keluarga yang banyak memberi kerjasama.... aku rasa terharu sangat.. n xsangka ramai plak my aunties y nk sponsor itu dan ini.. Alhamdulillah.. ;))

Herm.. minggu depan akan hadiri kursus perkahwinan bersama dia.. hee.. Semoga kursus nanti berjalan lancar n x membosankan la.. nama pn kursus kan.. hehee... Minggu satu lg plak akan ke Nilai, utk teman umi beli langsir n bberapa kelengkapan lain.. haihh.. mmg weekend aku skrg tersangat lah bz... penat xyah cakap la...

Erm.. tadi abah sembang dengan aku... Abah gtaw, "ni abah nak pesan... ingat lah majlis nanti cuma sehari.. yang lebih penting adalah kehidupan selepas majlis tu.. so biarlah sederhana sahaja, xperlu beria-ia sangat.." huhuu... BAIKKK, abah,... insya Allah.. lgpun aku pn mmg suka simple but lovely,, heee.. insya Allah semoga majlis nanti menjadi majlis y diberkati-Nya.. itu y lebih utama kan...

K lah.. aku pn nk rehat2 ni.. penat2 trus bukak tenet.. hihi..

K bye n cau.... semoga Allah turut merahmati pembaca sekalian.. ;)))